JuST A SToRY larkspur © -YHLP-
♡ Welcome. JUST ENJOY READING CERPEN | ^-ω-^
Dashboard | +Follow

LiyanaIrah | LP " <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3891325101325719947\x26blogName\x3dJust+A+Story\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://larkspurpetakstory.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://larkspurpetakstory.blogspot.com/\x26vt\x3d-8480509036292630502', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
YHLP

Assalamualaikum. Ini blog saya. Sila hormati segala isi di dalamnya. Anda dilarang sama sekali untuk copy & paste. Ada masalah? Gurau.. Peace No War! ^^





Friends:


Seandainya ada silap dan salah. Maafkan saya.


Liyana_Irah, 23 Oct ...Malaysian❤Islam...




+ follow
blog(1) blog(2) blog(3)




Sejarah? :
Cekidaut!





Gebang Sini!


Cerpen: I am 'Ur Julie (Part 1)
written on Friday, 25 September 2015 @ 09:53 ✈




 Cc To: NilliaVanilla :)
___________________START NOW______________________

“All of us have someone who is hidden in the bottom of the heart. When we think of him… we will feel like umm… always feels pain inside. But we still want to keep him.”
A Crazy Little Thing Called Love.
 
“Wow… mendalam nya cerita ni. Dah berapa kali kau ulang cerita ni weh?”  Tompok diusap.

“Dalam 20 kali rasanya untuk bulan ni.” Bubur nasi itu ditiup perlahan.

“What?! Kau tengok setiap hari ke doh?” Tangannya sibuk memeluk Tompok.

“Agaklah.” Dia ketawa kecil.

“Awww…” Tompok membuat bising apabila Natalia berhenti mengusapnya.

“Eh melebih pulak mamat ni. Nah kau amik lah dia ni.” Natalia menyerahkan Tompok kepada Julie.

Tompok kini bertukar tuan. Julie berhenti menyuap bubur. Tangannya kini sibuk mengusap Tompok yang sedang menggesel manja.

Julie masih ingat di hari pertama dia bertemu dengan Tompok. Tompok berada di bawah Syed Idris (kereta). Mengintai-intai dari bawah. Takut dengan manusia yang pada ketika itu adalah Julie. Julie pada masa itu baru hendak berjinak-jinak menyukai kucing. Kerana sebelum ini dia kurang gemar dengan kucing.

Setelah itu, Julie hanya memandang Tompok. Langsung tidak memanggil. Tetapi Julie meluru masuk ke dalam rumah untuk memberi tahu kepada Amelia tentang kucing di bawah Syed tadi.

Apabila mereka berdua muncul di luar. Tompok telah menghilang. Amelia tidak berpeluang untuk melihat. Amelia adalah orang yang paling gemar dengan kucing. Sebab itu pada fikiran Julie, Amelia adalah orang yang sesuai untuk diberitahu tentang kehadiran kucing tersebut.

“Ala…. Dia dah larilah Lia.” Julie mengeluh kecewa.

Namun keesokkan harinya Tompok datang kembali. Kali ini mereka berjaya menangkap Tompok! Sejak itu Amelia menjadi tuan kesayangan Tompok. Julie hanya tumpang memberi kasih sayang. Dia masih belum ada keberanian dengan makhluk yang bergelar kucing.

Sehinggalah suatu hari, Tompok menukar tuan. Tompok memilih Julie sebagai tuannya. Tidak lagi Amelia. Ianya berlaku apabila Amelia melukakan hati Tompok. Bunyi macam tidak logik. Tetapi itulah yang berlaku. Ternyata haiwan juga ada sifat cemburu. Tompok cemburu apabila Amelia membelai seekor anak kucing.
Sejak itu Tompok tidak lagi bermanja dengan Amelia. Dia membuat keputusan untuk bermanja dengan Julie. Dan akhirnya, Julie yang perasan dengan sikap Tompok, sedikit sebanyak, perasaan takutnya terhadap kucing menghilang.

Kini Tompok adalah kucing kesayangan Julie.

“Tompok!!!” Julie menjerit nama Tompok setelah seharian Tompok menghilang.

“Aww…” Tompok muncul dari dapur.

“Eh budak ni. Merayap ke mana satu hari. Mentang-mentang kakak tak layan dia.” Bulu Tompok diusap. 
Kemudian makanan Tompok di isi. Tompok makan dengan berselera.

“Kakak banyak kerja lah hari ni. Tompok tahu, ada jugak lelaki yang takut dengan kucing. Kakak tergelak tadi.” Julie hanya ketawa. Tompok masih sibuk menyantap makanannya.

“Tahu tak, ada kawan awak yang warna hitam tu serang dia. Tak pasal-pasal dia menjerit. Lepas tu siap tanya kakak…” Julie senyum pula sebelum menyambung. “Kenapa dia serang aku doh?”

Julie kembali mengusap Tompok. Masih tertayang peristiwa di kedai nasi ayam itu tadi.

***
“Saat pertama aku mengenal diri mu. Bergetar jiwa raga ku kau mempesona ku. Tanpa mu aku lemah. Kau berikan ku cahaya. Terangi gelap hidup ku. Ku luluh padamu. Dengar hati ku kan ku bisikkan cintaku…”

“Weh pompuan! Melalak apa tu. Aku nak mandi lah! Ada kelas ni!”

“Alaa kau ni… Ini baru first time aku melalak dalam bilik air. Kasi lah can. Kau mandi ah dalam jamban sebelah. Bakul mandi kau kan kat luar.”

“Eh kau ni Julie. Yelah, yelah. Nasib kawan sendiri. Apalah nasib”. Natalia mengeluh. Tangannya mencapai bakul mandian di sebelah dapur. Dia kesiangan, semuanya gara-gara lab report Reactor yang perlu dia perbetulkan semua. Geram hatinya apabila mengenangkan sikap rakan sekumpulannya yang membuat lab report tersebut sambil lewa. Habis matanya menjadi lebam seperti mata panda.

“Nat… oh nat… Mandi ke tu…” Julie menjerit nama Nat dari bilik mandi bersebelahan.

“Hmm…. Nak apa.” Natalia membalas hambar.

“Marah ke Nat… Baju kau semua kat luar eh?” Soal Julie.

“Ha ah. Nape?” Jawab Natalia.

“Aku Cuma nak mengira je ni….” Julie menahan ketawa. Tangan nya sudah bersedia dgn gayung berisi air.

“Kira?” Natalia bingung

“Satu…. Dua… Tiga..!!!” Kebushhhhh!!!

“Julie!!!!!!!” Natalia menjerit.

Julie ketawa terbahak-bahak. Segera dia keluar daripada bilik mandi tersebut. Takut Natalia memberi serangan balas.

Sebaik sahaja Julie keluar daripada bilik mandi. Telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada panggilan masuk. Dia berlari anak kerana kakinya masih basah. Licin.

“Waalaikumusalam…. Belum… Bila? …. Dekat mana?... Untuk?.... Oh okey.” Itulah jawapan Julie kepada si pemanggil di corong telefon sebelah sana. Sebenarnya itu bukan jawapan. Lebih kepada soalan.

***

“Wow… Tepat masanya. Good job!” Fadil bertepuk tangan setelah Julie muncul.

“Aku terlambat ke weh?” Jam tangan nya dibelek.

“Haha.. Tak lah. Aku saje je usik kau. Cuak je tahu.”

“Yelah mana lah aku tahu. Kot lah tadi aku salah dengar ke. Cara cakap kau kan cara malas.” Julie membebel. Penat dia hendak datang kesini.

“Weh Jue… Ni ha… Amik lah. Saje kasi.” Kotak berbalut dengan pembalut bercorakkan vintage itu diserahkan kepada Julie.

“Apa ni? Kau nak kenakan aku eh?” Julie curiga dengan Fadil.

“Apa ni. Suka sangat buruk sangka dengan aku. Pernah ke selama ni aku buat jahat dengan kau?” soal Fadil. Tidak berpuas hati dengan persoalan Julie sebentar tadi.

“Hmm yelah. Sebenarnyakan…. Kau kasi hadiah ni sbb facebook kan?” Senyum Julie terukir.

“Haha… tahu takpe. Happy Birthday.” Muka Fadil teruja semasa mengucapkan ucapan Hari Jadi tadi.

“Ermm.. hehe.. Weh… Fadil. Sebenarnyakan….” Julie diam seketika. Masih senyum.

“Sebenarnya apa? Kau jgn…” Air muka Fadil berubah. Muka tidak puas hati.

“Aku saje je tukar date birthday aku kat fb. Hahahahahaaha…. Sebab aku nak tgok berapa orang yang betul-betul tahu pasal aku.” Julie tidak boleh cover lagi ketawa mengilainya itu. Terasa puas apabila berjaya mengenakan Fadil pada ketika itu.

Ternyata Fadil terkejut. Akhirya Julie mendapat hadia lebih special daripada hadiah di dalam kotak itu… Iaitu.. *Amaran… Mohon tutup kedua-dua belah telinga jika tidak mahu pekak*

“Bongok!!! Kureng kau pendek!” Fadil mengejar Julie. Julie melarikan diri. Mengamuk sakan Fadil.

“Kau tahu tak aku rasa tertipu!!! Bak balik hadiah tu!!! Pendek!!! Kau sini!!! Aku sekeh kepala kau!! Pendek!!! Kurang ajo!!!” Dan hari ini dalam sejarah, Fadil terkena teruk. Juga dalam sejarah. Ini adalah saat pertama Fadil membebel sebegitu panjang. Julie berlari laju meninggalkan Fadil si rangka.

***
“Weh pergi mana tadi? Gym ke? Ke hujan tadi?” Amelia dan Natalia memandang Julie yang basah kuyup.

“Aku kena simbah air lah.” Jawab Julie. Yang masih senyum. Entah kenapa hatinya terasa berbunga-bunga.

“Hahahahah… Padan muka! Fadil simbah eh? Tulah. Gatal sangat pagi tadi simbah aku. Kan dapat cash!” Natalia ketawa kemenangan. Puas hatinya.

“Eleh… at least kau memang nak mandi.” Julie menjelir lidah. Dia terus ke bilik. Dia mahu membersihkan diri. ‘Habislah panau…Hish… Dgn peluh lagi. Dengan air lagi.’ Keluh Julie.
Dia berlalu pergi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

***
Telefon bimbit masih ditangan. Julie sibuk membalas Whatsapp Fadil.

Fadil: Dah bukak hadiah ke?
Julie: Sabar. Kejap lagi.
Fadil: Cis... cptlah.
Julie: Eleh.. Hadiah aku. Suka hatilah aku nak bukak bila.
Fadil: Hmm… K

Tak sangka, walaupun Fadil telah tertipu tadi. Hadiah itu tetap Julie dapat. Walaupun semasa Fadil berleter tadi dia mention supaya Julie pulangkan semula hadiah tersebut.
Masih teringat dalam fikiran Julie, peristiwa mengapa dia boleh menjadi basah kuyup petang tadi.

“Pandai kau eh buat lawak yang tak lawak.” Fadil tidak lagi mengejar Julie. Setelah di simbahnya air kepada Julie.

“Kau pon. Pandai buat lawak yang tak lawak. Nasib baik aku datang sini jalan kaki. Kalau tak habis basah kereta aku.” Julie sudah menyarung jaket hitam milik Fadil.

“Ala… Sorry ah. Aku niat nak bergurau je. Tapi tak sangka aku ‘ter’balas dendam direct. Ahhahaah.” Kaki mereka melangkah menuju ke rumah Julie.

“Ha yelah. Tapi mana datang air tadi?”

“Lah tak perasan ke? Aku pakai air dalam baldi biru dekat depan rumah aku lah.”

“Huh? Air apa tu?”

“Tadahan air hujan. Semalam kan hujan.” Fadil ketawa lagi.

“Bengong. Demam ah aku nanti. Air hujan sekarang mana mcm air hujan dulu doh!” Julie memukul Fadil menggunakan kotak hadiah tersebut.

“Eh… Dah kenapa. Rosak lah hadiah tu nanti. Kau ni.” Marah Fadil.

“Apa kesah kalau rosak pon.” Julie mengembangkan hidungnya. Tanda protes. ‘Marah je tahu’ Luah hatinya dalam diam.

Perjalanan ke rumah Julie diteruskan. Gelak ketawa dan gurauan kasar daripada mulut masing-masing tidak henti. Punyalah jauh rumah Julie.

***
Part 1-END- 
Bakal bersambung

Maaflah.. bnyak sgt Part 1... sbb part 2 semuanya tgh pending. Tgh cari masa nak sambung sbnrnya. 
Sabar ye. Tak janji tau. :)

1 comment[s] | back to top



PAST




© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life