'cookieChoices = {};' //Sweetest diary

ASSALAMUALAIKUM

Asssalamualaikum and hye visitor...Aku Liyana Lee. Boleh check IG aku @liyanairah_lee | Manusia Biasa | Masih sibuk mencari kebolehan diri | Doakan yg baik-baik utk aku dunia dan akhirat. Tekan Saya utk tutup blog ni


Monday, 1 April 2013 • 05:55 • 1 Sweet hearts


Jom melawat blog utama saya!   <--- Klik Sini






DOA....
(Oleh : Liyana Irah, 5 Sains Pintar)

Dia mendongak ke langit. Mencari-cari cahaya bulan mahupun bintang. Mungkin bukan rezekinya untuk melihat sinaran cahaya bulan dan bintang yang sering menjadi teman untuk dia melepaskan semua sebak yang tebuku di ruang sanubarinya. “Barangkali, bulan dan bintang berselindung di sebalik awan yang mendung.” Berkemungkinan, malam itu bumi akan dibasahi oleh titisan-titisan air yang dibawa oleh awan. Pasti nyaman dan tenang malam ini. Akhirnya, setelah lama dia merenung langit menerusi jendela yang terbuka luas, air matanya menitis jua. Pada masa yang sama, hujan turun dengan lebatnya. Seakan-akan turut menangis melihat keadaan Adwa Dhiyaul Islam yang tidak mampu menahan gelora di dalam jiwanya. Meskipun dia seorang remaja lelaki, tetapi hatinya mudah tersentuh.

“Ya Allah, apakah aku masih berpeluang untuk melihat ibuku? Adakah kesempatan waktu untukku melepaskan rinduku kepada insan yang telah mengandungkan aku, berjuang untuk melahirkan aku dan melepaskan aku tanpa kerelaannya, semata-mata ingin menyelamatkan aku daripada hidup daif seperti dia?” Semakin laju air matanya mengalir dari tubir matanya. Tangannya menggenggam kuat songkok yang sejak tadi berada di dalam genggamannya. Keadaan itu menandakan hatinya tidak mampu untuk menahan perasaan rindu di dalam hatinya.

“Ah!!! Aku perlu keluar dari sini! Aku perlu melihat ibuku!” Adwa Dhiyaul Islam mengelap air matanya dengan kasar. Kakinya menghala ke tandas. Dia ingin mengambil wuduk bagi menenangkan perasaanya serta dia ingin menunaikan solat Isyak. Usai sahaja menunaikan kewajipan yang satu itu, dia terus membuka almari pakaiannya. Tangan Adwa Dhiyaul Islam cekap mengemas dan melipat pakaian-pakaian yang ingin dibawa bersama-sama. Selesai mengemas, songkok dipakai. Dia meninggalkan sepucuk surat yang telah ditulis olehnya selepas menunaikan solat sebentar tadi. Dia membiarkan surat itu di atas meja belajar yang penuh dengan kitab-kitab ilmu yang sering menjadi tatapan anak muda itu.

Dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim”, Adwa Dhiyaul Islam segera melangkah keluar daripada rumah mewah milik keluarga angkatnya. Adwa Dhiyaul Islam sempat berdoa, “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya, memelihara dan mendidikku semasa kecil.” Adwa Dhiyaul Islam menahan sebuah teksi yang kebetulan melalui kawasan rumah keluarga angkatnya. “Pak Cik, tolong hantarkan saya ke Hospital Serdang.” Lelaki tua itu hanya mengangguk. Hatinya kembali berduka. Tiba-tiba, dia teringat satu doa yang sudah lama dia tidak amalkan. Lalu sekali lagi dia berdoa kepada Allah yang Maha Esa. Dia berharap agar doa itu dapat mengubati perasaannya yang sedang berduka.

“Ya Allah, sesungguhnya aku ialah hamba-Mu, anak hamba-Mu(lelaki) dan anak hamba-Mu(perempuan). Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qadak(keputusan)-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku.” Dia meraup wajahnya. Dia mendapat sedikit ketenangan.

“Nak, kita dah sampai,” ucap lelaki tua itu. Lelaki tua itu menghadiahkan seukir senyuman. “Terima kasih, Pak Cik. Ini tambangnya.” Lelaki tua itu mengambil not-not berwarna biru itu. “Assalamualaikum.” Aswa Dhiyaul Islam keluar daripada perut teksi itu. Pak Cik itu menjawab salam yang diucapkan oleh Adwa Dhiyaul Islam sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam hospital itu. Pak Cik itu sempat mendoakan kesejahteraan Adwa.

Adwa Dhiyaul Islam segera menuju ke kaunter pertanyaan. “Maafkan saya, boleh saya tahu di manakah letaknya wad seorang pesakit yang bernama Nur Jannah Masturah?” Setelah mendapat maklumat yang diperlukan, dia segera mencari wad ibu kandungnya itu. Kini, dia berada di hadapan wad Nur Jannah Masturah, wanita yang semakin hari menimbulkan perasaan rindu yang membuak-buak di dalm hati Adwa Dhiyaul Islam. Adwa Dhiyaul Islam membelek-belek sekeping gambar yang diberikan oleh ibu angkatnya tempoh hari. Dia ke sini disebabkan ibu angkatnya memberitahu tentang kewujudan ibu kandungnya. Itulah punca dia begitu tekad untuk bertemu dengan Nur Jannah Masturah, ibunya.

“Assalamualaikum”. Matanya terlihat seorang wanita tua yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya. Sudu pada genggaman wanita tua itu terjatuh ke lantai. Air matanya mengalir. Hatinya berkali-kali mengucap syukur kepada Allah yang Maha Esa. Adwa Dhiyaul Islam turut mengalirkan air mata. Dia segera memeluk tubuh tua itu. Tertunailah hajatnya yang ingin bertemu dengan ibunya itu. “Mak.” Hanya itu yang mampu dia lafazkan. Dia tidak mampu untuk meneruskan kata-kata kerana Adwa Dhiyaul Islam terlalu gembira. Segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Nur Jannah Masturah bersyukur kerana doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah SWT. “Alhamdulillah, terbuka hati kamu untuk bertemu dengan aku.” Nur Jannah Masturah mengucup ubun-ubun anak kandungnya. Nur Jannah Masturah begitu mengenali wajah anak kandungnya, Adwa Dhiyaul Islam kerana Nur Jannah Masturah selalu mengekori Adwa Dhiyaul Islam semasa anaknya berada di sekolah. Sehinggalah, Nur Jannah Masturah bertemu debgan sahabatnya, Nur Atifah yang merupakan ibu angkat Adwa. Nur Atifah berasa simpati dengan Nur Jannah Masturah yang begitu menyayangi Adwa Dhiyaul Islam. Biarpun berat bagi Nur Atifah untuk membuka rahsia yang disimpan sekian lama, dia bertekad ingin menyatukan hubungan ibu dan anak yang hampir 20 tahun berpisah.

Pada masa yang sama, Nur Atifah yang berada di rumah, berada di dalam bilik Adwa Dhiyaul Islam. Menitis air matanya kerana hajatnya untuk menyatukan hubungan Nur Jannah Masturah dan Adwa Dhiyaul Islam tercapai. Dia meletakkan semula surat yang dikarang oleh Adwa Dhiyaul Islam kerana Adwa Dhiyaul Islam menghantar satu pesanan ringkas kepada Nur Atifah. “Ibu, Adwa berjanji akan menjaga ibu kandung Adwa sebaiknya. Adwa juga berjanji akan sentiasa melawat ibu biarpun Adwa tidak lagi tinggal bersama-sama keluarga ibu. Adwa tetap menganggap ibu sebagai “ibu” Adwa. Adwa akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu, insya-Allah. Terima kasih ibu. Assalamualaikum.” Nur Atifah berasa lega kerana Adwa Dhiyaul Islam tetap menghargai dirinya. Kini, dia semakin yakin bahawa tindakannya itu benar.

Benarlah, apabila kita berniat baik, maka Allah SWT akan membalasnya dengan perkara yang baik. Selain itu, jika kita sentiasa berdoa, diikuti dengan ikhtiar dan akhirnya tawakkal, insya-Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan. “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kamalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan yang tidak dikabulkan.” (Riwayat Muslim no.2722)

# Thanks Hamnah Rosli sbb tolong taipkan # :D

Labels:


1 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... 11 April 2013 at 11:01

Ni cerita sedih ek? Kbai.

Post a Comment


Follow or leave ?

Chatting Here


Don't use harsh word
Put your blog url

SHOUTBOX CODE HERE
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: