'cookieChoices = {};' //Sweetest diary

ASSALAMUALAIKUM

Asssalamualaikum and hye visitor...Aku Liyana Lee. Boleh check IG aku @liyanairah_lee | Manusia Biasa | Masih sibuk mencari kebolehan diri | Doakan yg baik-baik utk aku dunia dan akhirat. Tekan Saya utk tutup blog ni


Sunday 14 April 2013 • 09:42 • 0 Sweet hearts

Jom melawat blog utama saya! <-- Klik Sini.




CIK VOCHELLE... AKU PUNYA!
  Bahagian 1
-Cerpen-
(Cerpen untuk Sabrina)-Enjoy!- 





"You're always there for me. 

When things tend to go wrong.

It's that faith you have in me.

That makes our love strong."





^.^


'Hello teh Cameron Highland.' Sabrina mencapai bekas yang di dalamnya terdapat uncang teh Boh.  Tangan kanannya mencapai teko yang baru dilap. Air panas di tuang ke dalam teko. Gula dilarutkan. Langkah terakhir, uncang teh boh direndam dan air dikacau. Siap! Sabrina tersenyum puas sebaik sahaja dia merasa air teh yang disediakan oleh dirinya sendiri.



"Sabrina... Dah siap ke airnya?" Ibunya menjenguk. Sabrina sedang sibuk menyusun cawan-cawan ke dalam dulang.

"Dah siap." Sabrina menatang dulang tersebut untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Dia mengatur langkahnya.


Setibanya dia di ruangtamu, sebuah keluarga memandang ke arahnya. Sabrina menelan liur. 'Kalau ye pun janganlah tenung aku ramai-ramai. Ngeri lah!' Bisik hati kecilnya.


Tetamu yang datang ke rumahnya begitu ramai. Sebenarnya ini merupakan kali kedua dia ke dapur bagi menyediakan air teh kerana tidak mencukupi sebentar tadi. Suasana di ruangtamu itu tidak ubah seperti majlis kenduri. Riuh.


Sabrina berhati-hati menghidangkan air. Kepalanya hanya tertunduk. Malu hendak memandang tetamu yang ada. Bukan dia perasan pun siapa yang ada dekat situ. Dia menuang air teh tersebut dengan penuh fokus. Ibunya sudah berada di ruangtamu.


"Ha...Jemputlah minum. Ini aje yang mampu." Kata ibunya. Sabrina yang sudah selesai menjalankan tugasnya terus memanjangkan langkahnya ke dapur. Belum sempat dia hendak sampai ke destinasi yang di tuju, seorang kanak-kanak perempuan menarik hujung bajunya.


"Kakak..kakak.." Sabrina memandang kanak-kanak comel yang rambutnya diikat gaya 'pokok kelapa'.


"Ye saya. Ada apa?" Sabrina menyoal kanak-kanak perempuan tersebut. Dia mula mencangkung. Kepala kanak-kanak itu diusap,


Kanak-kanak itu mendekatkan mulutnya ke telinga Sabrina. Sabrina yang terkejut hanya ketawa kecil. 'Nak bisik rupanya.'


"Kakak... Abang  Ikmal tanya... Biskut kering tak ada ke?" Sabrina terkesima. 'Ikmal? Macam pernah dengar je nama tu.'


"Abang Ikmal...?" Belum sempat Sabrina bertanya siapakah gerangan 'Ikmal' itu, kanak-kanak itu telah melarikan diri kembali ke ruangtamu.


'Erk.. Lari pulak budak ni.'. Sabrina meneruskan langkahnya.


'Ye tak ye jugak. Takkan nak hidang air je.' Sabrina mengagguk-angguk. Dia membuka peti sejuk.


'Yes! Ada lagi.' Kek coklat yang dibuatnya semalam masih ada lebih. Dia memotong kek tersebut. Lalu diletakkan ke dalam pinggan. Pinggan lain dicapai untuk meletakkan biskut kering pula.


'Okey. Selesai.' Dia membawa kedua-dua makanan itu ke ruangtamu. Ketika itu, tetamu dan ibunya sedang rancak berbual.


Sabrina meletakkan pinggan-pinggan tersebut di atas meja. Tanpa dia sedari, seorang lelaki bangun menuju ke dapur.


Dalam beberapa saat, lelaki itu kembali dengan membawa piring serta sudu dan garfu. Lelaki itu turut meletakkan barang-barang tersebut di atas meja.


"Korang. Makanlah kek ni." Lelaki itu berkata sambil membantu Sabrina meletakkan kek tersebut di dalam setiap piring. Para tetamu masih lagi berborak. Sabrina tidak tahu hendak buat apa. Dia hanya memerhati. Otaknya ligat berfikir.


"Mak cik Wawa, kek ni Sabrina yang buat kan?" Selesai menghidang kek tersebut. Lelaki itu mengutarakan soalan kepada ibu Sabrina. Dia menelan secubit kek coklat itu. Yang lain turut sibuk menyuapkan kek coklat tersebut ke dalam mulut masing-masing dengan penuh berselera.


"Ye. Sabrina yang buat. Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Sabrina yang menjawab soalan itu. Ibunya hanya memerhati. Dia turut menjamah kek itu.


"Sedap." Lelaki yang secara tidak langsung telah membantunya sebentar tadi, mengukirkan senyuman kepada Sabrina. Dia menyuap sesudu kek ke dalam mulut. Air mukanya jelas menunjukkan yang dia berpuas hati dengan rasa kek coklat hasil air tangan Sabrina.


Sabrina menelan liur. Peluh mula menunjukkan diri di dahi Sabrina. Degupan jantung terasa pantas mengepam . 'Erk...Dia.. dia...Ikmal!  Budak landak!' Barulah Sabrina mengecam siapakah lelaki itu. Baru dia tahu yang Ikmal ini merupakan anak kepada kawan rapat ibunya. 'Masak aku.' Tutur hati Sabrina.


"Sabrina, tak makan sekali ke?" Ibu kepada 'Budak landak' bertanya. Sabrina hanya menggeleng sambil menghadiahkan seukir senyuman. Senyuman segan!


Sabrina mula meninggalkan ruangtamu. Tak betah berlama-lama di situ. Huhu... 


Tetamu sibuk berborak.

Ikmal hanya memerhati Sabrina. 'Dia macam tak ingat aku je.' Bisik hati Ikmal. Dia menyuapkan kek coklat tersebut ke dalam mulut adik bongsunya. Sebenarnya dia yang mengarahkan adiknya itu untuk menyampaikan pesanan kepada Sabrina sebentar tadi.





^.^

Selepas tetamu sudah pulang. Sabrina membuka blognya.


Doa menekan 'New Post'.


Tajuk ditaip. 'Budak landak datang rumah!'


Dia memulakan luahan hatinya.


'Oh tidak! Tidak! Tidak!!! (Maaf terlebih emosi). Kenapa budak landak tu ada tadi? Kenapa mesti dia yang datang? Dah tak ada orang lain ke dalam muka bumi ni yang aku perlu berdepan? Why! T^T'


Sabrina berhenti menaip. Dia meraup mukanya. 

Kemudian, dia menyambung agendanya semula.

'Ikmal! Kenapa kau mesti muncul lagi sekali? Kenapa? Huhu.. Tiba-tiba aku rasa macam nak delete semua perkara yang berkaitan dengan mamat landak tu! Benci! Tak suka! I hate that guy! He's..!!! Ugh! Korang... Kenapa dia? Aku boleh sakit jiwa bila ingat dia. T^T Kenapa~ Huhu... Untuk pengetahuan korang, dia ni lah yang menyebabkan hidup aku huru-hara! Aku tak suka dia! Sangat tak suka! Kalau ikutkan hati aku.. dah lama aku bakar rambut landak dia tu........


Sabrina berhenti menaip seketika. akalnya mula membayangkan semula wajah Ikmal yang dia lihat sebentar tadi. Lalu dia menyambung semula kisahnya a.l.d.s luahan hati.
(a.l.d.s- atau lebih dikenali sebagai)


Wait! Baru aku perasan. Mamat landak tu.. Rambut dia... Dah lain. Owh.. okey..  Rasanya, aku terlepas pandang tadi. (Patutlah aku tak cam dia tadi)
Okey.. disebabkan aku dah terlajak buat entri pasal mamat tu.. Aku nak cerita serba sedikit tentang kekejaman dia. Begini cerita dia....

Sabrina meneguk air pula. Tidak sabar-sabar hendak meluahkan semua yang terbuku di dalam hati sebentar tadi. Dia meletakkan cawan tersebut. Dengan penuh bersemangat dia memulakan ceritanya.


Selang beberpa minit. Dia menekan 'Publish' dengan penuh keriangan. 'Amik kau. Puas hati aku!'



Laju pulak dia menaip kali ni. Lebih laju daripada selalu. Boleh tahan panjang berjela dia taip.

Dia mematikan komputer ribanya. Tuala dicapai. Dia hendak membersihkan diri.





^.^

 "Hahahahaha...." Dia hanya tertawa selepas membaca blog merah jambu yang kelihatan menarik sekali. Kali ini dia benar-benar seronok membaca entri yang dikarang oleh pemilik blog tersebut.

"Okey..okey.. Aku faham dah... Sab..sab... Budak landak... Hahahaha" Dia membaca komen-komen yang ada untuk entri tersebut. 'Ada ke patut dia panggil aku 'Budak landak'. Haha'


Lagi sekali, dia tertawa kecil. 'Ramai betul orang sokong kau Sabrina. Haha..' Bisik hatinya.


"Woi... dah...dah lah tu sengeh, ketawa sorang-sorang. Naik rimas aku tengok kau. Ish!" Khaliq membaling sebuah bantal kecil tepat ke muka Ikmal.


"Eh.. Kurang ajor lah kau. Suka hati aku lah nak ketawa ke... nak guling-guling ke... nak baham pintu ke... Sibuk je. Siapkan aje lah kerja kau. Bukan aku ganggu pon." Ikmal membaling semula bantal tersebut.


"Kau kata tak ganggu? Banyak pandai... Tahu tak? Aku sampai naik gila dengar kau ketawa tadi.. Rasa macam duduk dengan orang sewel pulak. Ugh!" Khaliq membaling pendrive kepada Ikmal. Ikmal menyambut spontan.


"Apa ni?" Khaliq membuat isyarat agar Ikmal membuka file di dalam pendrive tersebut.


"File yang mana?" Khaliq melabuhkan punggungnya di sebelah Ikmal.


"Nah.. Baca yang tu..." Selesai memberitahu Ikmal file yang mana satu, Khaliq menyambung kerjanya semula. Ikmal pula sibuk membaca.


Selesai membaca. "Wohoo... mana kau dapat? Terperinci betul." Ikmal mengalih pandangannya memandang Khaliq yang ketika itu sedang berbaring. Tertidur sebenarnya.


"Huh? Apa kau tanya?" Khaliq menggosok-gosok matanya. Sempat juga dia membersihkan tahi mata. Eww.. Geli pulak. Huhu..


"Mana kau dapat semua ni? Kau upah perisik ke apa?" Mata Ikmal membaca lagi sekali benda yang membuatkan dia berasa senang hati.


"Owh.. Aku memang upah orang pon. Kawan-kawan terdekat dia." Khaliq bangun. Dia membuka peti ais. Air diteguk. 'Siapa punya air lah yang jadi mangsa aku ni. Nasiblah.'


"Owh.. Okey. Hebat. Sangat membantu. Thanks bro." Ikmal membaling pendrive tersebut ke arah Khaliq setelah dia selesai menyimpan file tersebut ke dalam komputer ribanya.


"Your Welcome. Sila tepati janji... Mop lantai." Khaliq mencapai tuala. Dia masuk ke dalam bilik air. Ikmal hanya mengangguk. 'Ingat lagi rupanya. Gasaklah. Mop lantai pun.. mop lantai lah. Dah alang-alang, baik kemas terus satu rumah.' Ikmal mematikan komputer ribanya. Ikmal bangun menuju ke stor. Bersedia untuk menunaikan janjinya. Masa untuk mengemas!





^.^


"Ibu... Tudung yang ni elok tak?" Sabrina menggayakan tudung Ariani yang labuh itu. 

"Sabrina nak yang tu ke?" Puan Wawa menyoal anaknya. Sengaja dia membawa Sabrina membeli belah hari ini. Dia kebosanan duduk di rumah. Suami dan anak-anak lelakinya sibuk bergotong-royong di surau. Jadi, dia berhajat ingin membeli hadiah untuk suami dan anak-anaknya itu. 

"Boleh ke?" Sabrina membuat muka tak tahu apa-apa. Puan Wawa menghadiahkan senyuman. 

"Boleh... Apa tak bolehnya. Belilah dalam 5 helai." 

"5 helai? Ibu biar betul? Banyaknya!" Sabrina terkejut. 

"Yelah. Ambil lah 5 helai. Ibu sengaja je nak belanja hari ni." Puan Wawa mengusap kepala satu-satunya anak daranya itu.

"Yeay! Sayang ibu!" Sabrina memeluk erat ibunya. 

"Lepas beli tudung. Teman ibu beli barang untuk ayah dengan adik-adik kamu pulak. Owh.. teman ibu beli barang dapur." Sabrina mengangguk.



^.^

Mereka berdua sedang sibuk memilih barang-barang dapur. Troli mereka, nampaknya sudah penuh dengan pelbagai jenis makanan. Sabrina dan Puan Wawa memang shopping sakan. Tapi shopping barang-barang keperluanlah. Bukan beli ikut hawa nafsu semata-mata. No..no..no..

Secara tidak sengaja, mata Sabrina terpandangkan sesuatu. Dia mula berkira-kira di dalam hati. 'Nak ambil ke, tak payah ambil? Hmm...'

"Err.. ibu.." Puan Wawa yang sedang sibuk membelek tin Nestum itu hanya menganggkat keningnya. Tanda dia mendengar.

"Ibu... Sabrina nak coklat Vochelle, boleh?" Pinta Sabrina. 'Tolong lah boleh.. Pleasee..Tolonglah boleh! Nanti aku meroyan.. huhu...'

"Owh.. Amiklah. Letak dalam troli. Ibu tau Sabrina dah lama tak makan Vochelle kan." Sabrina bersorak kegembiraan. Dalam hati jelah. Takkan nak sorak depan-depan ibunya pula. Nanti ibunya ingat anaknya kena sampuk pulak. Huhu...

"Dah jom.. Semua dah ada. Sabrina, tolong tolakkan troli ni. Bayar dekat kaunter hujung tu." Sabrina memulakan tugasnya tanpa banyak soal. Kaunter hujung itu tidak terlalu panjang barisannya.

Mereka berdua beratur dengan penuh kesabaran. Setelah 5 minit beratur, tibalah giliran mereka.


"Eh, Ikmal... Kamu kerja sini ke? Patutlah mak cik rasa macam kenal aje budak yang jaga kaunter ni." Ikmal menyalami Puan Wawa. Sabrina hanya memerhati. Malas hendak masuk campur. Walaupun pada luarannya nampak tenang, dalam hati dia dah macam disko. 'Ish! Dia lagi! Ugh!'...bla..bla..bla..


Ikmal hanya memberikan senyuman kepada Sabrina. Hakikatnya, di dalam hati, dia ketawa sakan apabila terkenangkan luahan hati Sabrina di dalam blog minggu lepas.


Sabrina mengalihkan pandangan. 'Kenapa rasa macam nak tonyoh-tonyoh muka Ikmal eh?' Hati kecil Sabrina berbisik nakal.


Selesai berurus niaga... Puan Wawa berbisik sesuatu dengan Ikmal. Sabrina sabar menanti masa untuk melarikan diri daripada Ikmal. Selesai berbisik, Puan Wawa dan Sabrina beredar.


'Fuh.. Lega.' Sabrina menjadi sedikit tenang.





^.^

'Yes! Green light!' Ikmal masih tersengih-sengih selepas Puan Wawa menyampaikan satu pesanan yang menghiburkan hatinya sambil melaksanakan kerjanya.

Kemuadian dia ditegur...


"Dik. Abang beli Kit Kat tu satu je. Kenapa adik scan tiga kali?" Ikmal tersedar daripada khayalan.


"Huh? Owh.. maafkan saya bang. Saya tak sedar saya dah scan tadi. Maaf." Ikmal meminta maaf. Dia melakukan apa yang patut. Pelanggan tadi hanya mengangguk.


'Uishh... Boleh pulak aku leka. Huhu' Ikmal menyerahkan baki kepada pelanggan tersebut.


Farhan menepuk bahu Ikmal. "Ikmal... Syif kau dah habis... Turn aku pulak." Ikmal mula bergerak keluar daripada kawasan dia bekerja. Dia menuju ke tandas. Hendak menukar pakaian dan menunaikan solat Asar.


Sebenarnya tu kerja part time je. Dia pun dah ada kerja tetap. Gaji pun boleh tahan lah. Sengaja dia nak isi masa hari Sabtu dan Ahad dengan bekerja di situ.




^.^

Hujan renyai-renyai. Sabrina hanya termenung di jendela. Dia bukan di rumah, tetapi dia berada di Starbucks Coffee. Sengaja dia memilih tempat duduk paling hujung. Dia mahu menghayati kedamaian bersendirian. 

Sabrina sengaja singgah Alamanda. Yelah, ibu dan ayah telah selamat menjejakkan kaki ke tanah suci beberapa hari yang lepas bagi menunaikan umrah. Manakala ketiga-tiga adik lelakinya pulang ke asrama. Kini, tinggallah dia seorang diri di rumah. Daripada dia kebosanan duduk menghadap laptop sepanjang hari, lebih baik dia makan angin.

'Gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi..' Telefon bimbit Sabrina mula memekakkan telinga. '1 Messege'. Sabrina membaca mesej tersebut.. 'Anda telah menerima RM10 dari 013456780. Baki pada 02/04/2013 ialah RM7.18 dan sah sehingga 01/05/2013. From: 1*13000000000.'

"Aik? Siapa pulak yang tolong top-up untuk aku ni?" Sabrina menggaru kepala. Dia sibuk memeriksa pemilik nombor telefon tersebut.


"Hmm... tak ada pon nombor ni dalam list." Sabrina mengeluh. 'Takpelah, rezeki.. Hehehe..' Sabrina ketawa nakal di dalam hati.


Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering pula. 'Hishh... Eh.. Nombor tadi lah... Nak angkat ke tak eh?' Sabrina berkira-kira di dalam hati.


Akhirnya butang bewarna hijau ditekan. 'Apa aku buat ni?' Telefon bimbit ditekapkan ke telinga. Dia hanya diam menanti si pemanggil memulakan bicara.


"Assalamualaikum. Saya 'Budak Landak' sedang bercakap. Hai Sab...Haha..Terkejut tak?' Ikmal tersengih. Dia dapat melihat muka cuak Sabrina dari jauh. Sebenarnya sejak Sabrina keluar dari rumah tadi, Ikmal mengekori Sabrina. Yelah, bukan sebab dia nak menggatal ke apa. Tapi mak dia yang minta dia tengok-tengokkan Sabrina. 'Entah mimpi apalah mak aku nak suruh aku jaga si Sabrina tu.' Itulah ayat yang terlintas di dalam hatinya semasa maknya meminta bantuan darinya.


"Erk... Waalaikumusalam. Ikmal?" Sabrina bertanya, meminta kepastian. 'Biar betul. Mana dia dapat nombor phone aku? Ibu yang kasi ke?' Sabrina mula curiga.


"Haha.. Pembetulan. Bukan Ikmal. Tapi 'Budak Landak.' " Ikmal hanya ketawa di dalam hati. Seronok mengusik Sabrina. Dah lama dia tidak menyakat gadis itu. Selama ini, Sabrina lah mangsa utama dia. Hahahaaha!


"Hmm.. Apa-apa jelah Ikmal. Ops.. Budak Landak!" Sabrina mula panas hati. 'Dia ni kan.... Wait! Mana dia tau nama gelaran yang aku cipta khas untuk dia ni?' Berderau darah Sabrina. Jeng jeng jeng..


"Haha.. Aik. Macam marah je? Haha.. Okey..okey.. Dengar ni.. Aku tengah perhatikan kau sekarang ni." Sabrina mula panik. Dia tidak senang duduk. Matanya melilau mencari Ikmal.


"Hey.. Jangan paniklah.. Bukannya aku nak buat jahat dekat kau. Ish... Aku just nak cakap, kalau ada masalah call aku.. Sebab mak aku and ibu kau dah amanahkan aku untuk tengok-tengokkan kau. Okey?" Ikmal memberitahu situasi sebenar. Sabrina hanya menelan liur. 'What?!'


"Maksudnya, nombor phone aku ni, kau dapat daripada ibu aku lah?"


"Tak lah... Aku dapat daripada kawan aku yang boleh dipercayai. Ada faham?" Ikmal masih memerkhatikan gerak-geri Sabrina.


"Hmm.. okey..." Tanpa rasa ragu-ragu Sabrina terus menekan butang merah bagi menamatkan perbualan. Malas hendak berbicara dengan musuh ketatnya itu. 'Dulu kau huru-harakan hidup aku, sekarang pun kau nak sambung balik aktiviti tak berfaedah kau tu?' Sabrina membebel di dalam hati. Dia terus melangkah keluar daripada Starbucks Coffee.


Entah lah. Bukannya Ikmal yang nak sangat tengok-tengokkan dia. Sabrina...Sabrina... Cuba ingat balik ayat Ikmal tadi, ."...mak aku and ibu kau dah amanahkan aku untuk tengok-tengokkan kau...". Nah, Ikmal tak bersalah dalam hal ni. Hmm... sekejap... Tak boleh jugak nak marah Sabrina. Dulu pun Ikmal jugak yang selalu mengganggu ketenteraman hidup dia. So, salah siapa eh? 

Ikmal yang masih memerhatikan Sabrina hanya bertutur perlahan. "Benci betul dia dengan aku. Huhu.. Kejam sangat ke aku dulu?"


Eh..eh Ikmal ni... Dia yang baca entri Sabrina dekat blog hari tu... Buat-buat tak faham pulak apa yang Sabrina 'cerita'.




^.^
Ikmal berbaring di atas katil. Terasa sengal-sengal badannya setelah satu hari sibuk membantu ahli keluarganya untuk majlis persandingan abangnya Ikwan tadi. Tak sangka meriah majlis tu. Sampaikan Ikmal tak menang tangan nak aturkan semuanya. Maklumlah, Ikmal kan orang penting. Kiranya tadi dia ni 'Big Boss'.... sebabnya, dia ni memang mahir dalam bab-bab mengatur majlis ni.

Dalam pada dia sedang memerhatikan kipas yang elok terletak di siling, tiba-tiba akalnya terimbas kembali kenangan sewaktu dia di bangku sekolah. Sebaris senyuman mula terukir. Terlupa seketika kepenatan yang dialami.






 




"Ikmal, cuba kau tengok tu." Kepala Ikmal mula berpaling mencari 'subjek' yang sedang disibukkan oleh Azham.

"Hmm.. kenapa dengan minah tu?" Ikmal berpaling memandang Azham pula. 'Kenapa dengan Sabrina? Azham kenal ke?'


"Aku ingat nak kacau dia lah." Azham hanya tersengih. Akalnya mula sibuk memikirkan rancangan nakalnya.


'Erk? Aku salah dengar ke?' 


"Kau ni, tak payah lah kacau minah tu. Kalau kau nak kacau, kau kacau minah mulut laser dalam kelas kita tu. Dia tu lebih layak untuk dihuru-harakan hidup dia." Ikmal memberikan cadangan.

 "Ish... Tak nak lah. Mulut dia tu macam bertih jagung. Sekali mulut dia terbuka, haishh... menanah telinga aku." Azham mengeluh.


"Alaaa... apa ada hal. Senang je nak kasi minah gedik tu senyap." Mata Ikmal fokus kepada buku yang terbuka.


Azham mendekatkan telinganya kepada Ikmal. "Macam mana caranya?" Soal Azham.


"Kau kenal majalah?" Ikmal memandang Azham sambil mengangkat sebelah keningnya. Azham menggaru kepala pada mulanya. Kemudian dia mengangguk. "Kenal. Kenapa dengan majalah?" Azham belum dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ikmal.


Ikmal menarik nafas, lalu melepaskan keluhan. 'Susah pulak nak bercakap dengan orang slow ni' Ikmal mengutuk di dalam hati.


"Kau ni... Majalah.. M.A.J.A.L.A.H.... Dalam majalah sekarang ni kan banyak gambar and poster mamat Korea." Azham masih memandang Ikmal. "So? Apa kaitannya?" Ikmal menepuk dahi. 'Aiyshh.... Panas dan lembab betullah kawan aku sekor ni.'


"Aduh.. semua orang tahu yang minah tu suka K-POP... So, kaitannya ialah... kau rasuahlah minah mulut laser tu dengan poster mamat Korea yang dia suka. Senyap lah dia nanti bila dah dapat. Itu pun tak faham jugak ke." Ikmal menggelengkan kepala. Dia menyambung semula pembacaannya yang tergendala tadi.


Azham hanya mengangguk-angguk. Dia mula terlupa hendak memikirkan rancangan bagi mengenakan  pelajar perempuan yang berada di dalam perpustakaan tadi. Akalnya telah beralih memikirkan rancangan hendak mengenakan pelajar perempuan yang sekelas dengannya. 'Minah laser.'


"Ikmal.. Ikut aku jom" Lengan baju Ikmal ditarik oleh Azham. Ikmal terpaksa mengikut langkah Azham yang laju semacam itu.


"Nak pergi mana pulak?! Aku tengah syok nak baca Physics.. Kau kacau aku." Ikmal sedikit geram dengan Azham. Mana tidaknya, tadi dia sibuk membaca buku subjek kegemarannya. Pantang betul dia kalau orang ganggu kosentrasi dia dalam menelaah Physics. Bagi Ikmal subjek Physics menyeronokkan kerana memerlukan banyak kreativiti.


Ikmal masih mengikut langkah Azham. Bengang macam mana pun, dia terpaksa layan Azham dengan baik. Sebabnya, Azham ni... hmm.. kurang kasih sayang. Walaupun dia ni anak orang kaya. Nak ikutkan, Ikmal ajelah kawan Azham yang paling rapat
dalam sekolah ni.


"Teman aku pergi keluar sekolah." Rahang Ikmal terasa seperti longgar. 'Apa? Lagi sekali?' Ikmal menepuk bahu Azham. Azham memandang Ikmal. Langkah mereka terhenti.


"Cuba kau pandang bilik atas tu." Ikmal menunding ke sebuah bilik. 'Bilik Pengetua?' Bisik hati Azham.

"Kenapa dengan bilik tu?" Azham semula. 

"Hari tu, pengetua jumpa aku. Dia kata kalau kita keluar dari sekolah lagi sekali... Kau dengan aku kena gantung sekolah. Aku tak nak cari pasal dah. Kalau kau nak keluar jugak... Kau pergilah sorang-sorang ye? Sorry lah der. Aku tak boleh nak ikut kau." Ikmal menepuk bahu Azham.

"Alaaa.... Kali ni je. Ni last." Ikmal menghela nafas

"Kau ni, kau fikir pengetua tak nampak ke kita keluar? Walaupun tingkap bilik dia tu gelap. Tapi boleh nampak tau. Kau tak payah lah keluar sekolah. Tunggu habis sekolah nanti, kau nak buat apa yang kau suka.. terpulanglah." Ikmal memberi nasihat.

"Alahai. Lecehlah. Aku nak beli 'Cicak' je. Aku nak kenakan Fiya sekejap lagi." Azham merungut

"Nanti-nati lah kau beli. Esok-esok pon boleh. Ish. Kecohlah." Ikmal sekali lagi menepuk bahu Azham yang bertujuan memujuk sahabatnya itu.

"Okeylah... Esok pon esok lah." Azham mengalah. Ikmal tersenyum puas. Mereka berdua berjalan beriringan untuk menuju ke kelas. Waktu rehat sudah tamat.

"Ikmal! Azham! Nanti dulu!" Cikgu Myo memanggil mereka berdua. Langkah Ikmal dan Azham mati. Mereka berdua hanya berdiri statik sambil berpaling ke belakang. Cikgu Pendidikan Jasmani itu terus berjalan untuk mendapatkan kedua-dua anak muridnya itu.

"Kenapa ni cikgu?" Azham bertanya kepada Cikgu Myo sebaik sahaja guru itu sudah berada di hadapan kedua-dua anak muda itu..

"Cikgu nak minta tolong daripada kamu berdua. Nah ambil kunci ni. Pergi tingkat dua. Tolong ambil 2 kotak dekat meja Cikgu Haziq. Tolong ye? Nanti kunci tu letak dalam laci cikgu. Cikgu ada hal ni. Terima kasih." Cikgu Myo pergi dengan tergesa-gesa.

Nak tak nak, Azham dan Ikmal terpaksa juga pergi. Lagipun hari ini memang ramai cikgu yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kiranya ramai jugaklah yang tak dapat masuk kelas. Sebab itulah Ikmal dan Azham lepak dalam library.

Setibanya mereka di tempat yang diberitahu oleh Cikgu Myo sebentar tadi.

"Adui.... Beratnya. Apa benda lah dalam kotak ni. Batu ke?" Ikmal membebel.

"Memang batu pon. Cuba tengok ni." Azham membuka kotak itu. Ikmal hanya memandang dengan reaksi seolah-olah tidak percaya.

"Jom lah. Lagi cepat benda ni settle. Boleh lepak lama-lama." Azham mula mengangkat kotak tersebut. Mereka berdua menaiki lif. Malas hendak menggunakan tangga.

Pintu lif terbuka...

Secara tidak sengaja... 

Buk! Habis berterabur batu-batu yang ada di dalam kotak yang Ikmal bawa. Rupa-rupanya dia berlaga dengan Sabrina.

Sabrina pula sibuk memegang kakinya. Terasa kakinya sengal semacam. Kakinya telah terhimpap oleh batu yang berterabur tadi. Azham membantu Ikmal mengutip batu-batu yang bersepah di hadapan lif itu.  Sabrina pula terus melarikan diri masuk ke dalam lif semula. 

"Kurang asam punya perempuan. Sikit pon tak mintak maaf?" Azham tidak berpuas hati dengan perilaku Sabrina sebentar tadi. Ikmal hanya mendiamkan diri.

Selesai mengutip batu-batu tersebut. Mereka melakukan apa yang sepatutnya.

Ketika itu, Ikmal masih memikirkan kesakitan yang dialami oleh Sabrina. Dia tidak menyalahkan Sabrina tentang peristiwa itu. Malah, dia kasihan melihat Sabrina berada di dalam kesakitan. Yelah... Kalau batu yang menghimpap kaki Sabrina itu kecil, tak ada lah dia nak simpati. Ini...... batu tu dah sama besar dengan batu bata. Nasib baik seketul je yang menghimpap kaki Sabrina. Kalau berketul-ketul? Huhu...

Mereka menuju ke kelas semula.








"Syhh... Diam lah." Mereka berdua menahan ketawa. Terasa  tidak sabar-sabar hendak melihat reaksi Ikmal.

Selesai melakukan aktiviti yang tidak berfaedah itu. Mereka berdua menjauhi Ikmal. Mereka berdua menunggu reaksi Ikmal.

Dalam beberapa saat.... 

"Puihhhhh!!!!!!!! Purffttt!!!  Woi! Ape benda yang masin ni!!!" Ikmal terjaga daripada mimpinya. Segar bugar matanya. Habis semua memori zaman persekolahannya hilang berterbangan.

"Hahahahaha!" Khaliq dan Azham ketawa melihat reaksi Ikmal yang dah boleh disamakan dengan seekor King Kong. 

Ikmal yang tidak selesa dengan keadaan tekaknya, terus berlari ke dapur bagi mendapatkan air.

Peti ais dibuka kasar. Dia meneguk air dengan rakus. 

"Hahaha.. Ikmal. Kau marah ke?" Mereka berdua masih ketawa. Muka Ikmal sedikit bengang. Namun tidak lama kemudian dia ketawa.

"Gila lah. Dah lama aku tak kena macam tu." Ketawa mereka masih tidak henti.

Sebenarnya, Khaliq dan Azham meletakkan garam ke dalam mulut Ikmal sewaktu Ikmal lena dibuai mimpi. Bukannya sikit diorang letak. Satu sudu besar diorang letak. Itupun dah dikira sedikit. Kalau diikut cadangan Azham, dia nak letak sesenduk garam ke dalam mulut Ikmal.

"Kau lah. Tidur berdengur. Mulut ternganga. Lepas tu terkangkang. Dah macam apa je aku tengok." Mereka masih lagi ketawa. Tetapi tidak sebingit tadi.

"Dah lah. Aku letih satu hari ni. Blah..blah.. Nak pergi mandi." Ikmal menolak bahu kedua-dua rakannya. Bukannya reti nak marah. Ketawa lagi adalah. 

Itulah mereka bertiga. Dari dulu hingga sekarang, suka sangat buat benda tak senonoh. Itulah namanya 'kawan'.  Mereka susah nak bergaduh. Kalau bergaduh pun, tak sampai 20 minit dah elok balik.




^.^

Sabrina membelokkan keretanya. Mengantuknya masih terasa. Rasa macam nak sambung tidur je lepas sarapan tadi. Tapi apa boleh buat, dia perlu menjemput adik-adiknya dari asrama. Cuti sekolah.

 Setibanya di tempat adik-adiknya menimba ilmu. Sabrina menunggu adik-adiknya masuk ke dalam kereta.


Mereka bertiga menyalami Sabrina. 

Sabrina menjadi pelik dengan perilaku adik-adiknya itu. Mereka bertiga tersengih-sengih.

"Kenapa ni? Pelik je korang hari ni." Sabrina memberi pandangan tidak puas hati. Adik-adiknya sedaya upaya untuk menyembunyikan senyum.

"Huh? Pelik? Apa yang pelik? Biasa je." Safaraz cuba untuk mengaburi mata kakaknya. 

"Hmm... apa-apa jelah." Kereta mereka mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.

Safaraz membaca sekali lagi mesej yang di terima sebentar tadi. 

'Jangan bagi tau akak dulu. Senyap je.'

Safaraz menjadi tidak sabar hendak melihat reaksi kakaknya itu. Adik-adiknya juga tidak sabar. Mereka bertiga sedaya upaya berlagak biasa.




^.^

Setibanya di rumah.

"Assalamualaikum." Salam diberi. Mereka adik-beradik melangkah masuk. Namun, Sabrina menjadi curiga.

'Aik? Ramainya orang.'

Safaraz yang baru sahaja hendak gembira, menjadi terkejut. 'Eh? Siapa pulak ni? Mana abang Mal?'

Sabrina dan adik-adiknya menyalami tetamu. Ibu dan ayah mereka kelihatan tidak begitu gembira.

Puan Wawa segera menarik Sabrina ke kamar. Terkebil-kebil Sabrina melihat perilaku bondanya.

"Akak... Ibu nak tanya... Akak ada jemput siapa-siapa ke datang rumah?"

"Tak ada pun ibu. Kenapa ni ibu?" Sabrina berasa pelik.

"Azham tu kawan Sabrina ye?" 'Azham? Kenapa dengan dia.'

"Ye. Dia kawan Sabrina masa sekolah menengah dulu. Kenapa dengan dia?"  'Pelik. Kenapa pulak tiba-tiba nama Azham naik? Aku mana pernah rapat dengan dia.'

"Sebab tu ibu tanya. Sebenarnya, keluarga Azham nak masuk meminang Sabrina. Tapi..." Puan Wawa berhenti berkata-kata.

"Tapi apa ibu?" Suasana menjadi suspen seketika.

"Tapi.... sebenarnya... Mama Ikmal pun nak masuk meminang Sabrina petang ni jugak. Apa yang ibu nak jawab dengan keluarga Azham?" 'What? Apa kena dengan budak berdua tu nak masuk meminang aku? Serentak? Huh?!' Sabrina seolah-olah tidak percaya dengan situasi yang dia alami kini.

"Me...meminang? Kenapa Sab tak tau apa-apa pun?" Puan Wawa menjadi serba salah.

"Ibu ingat nak bagitahu kamu kejap lagi. Tapi lain pulak yang jadi. Ada dua keluarga nak masuk meminang kamu hari ni." Puan Wawa menjadi serba salah. Dia buntu hendak melakukan apa-apa. 

Tidak lama kemudian...

"Assalamualaikum..." Kedengaran suara dari luar. Puan Wawa mengintai dari tingkap bilik.

"Eh! Rombongan Ikmal dah sampai!" Puan Wawa menjadi tidak keruan. Sabrina pulak, tak tahu hendak membuat reaksi apa. Dia sangat blur ketika itu. Lebih kepada terkejut....


^.^ 


Seminggu kemudian...

"Ikmal, Azham dengan kau dah berbaik ke?" Tangan Khaliq lincah melipat kain-kain yang baru diangkat dari jemuran. Ikmal pula sibuk membaca buku sambil berbaring.

Ikmal mengeluh. "Hmm... Dia marah aku lagi." Khaliq hanya mendengar. 

Tak sangka, sahabat karib duduk dalam rumah yang sama, boleh suka dekat orang yang sama, masuk meminang pada hari yang sama,  dan terpaksa merajuk bersama-sama!

"Kau dah mintak maaf dengan dia?" Khaliq bertanya lagi. Sebenarnya dia juga terkejut apabila mendapat tahu yang Ikmal dan Azham masuk meminang Sabrina pada hari yang sama. Patutlah minggu lepas masing-masing sibuk balik rumah famili.

"Dah. Tapi, belum sempat aku nak habiskan ayat.. Dia dah blah." Ikmal mengeluh lagi. Ikmal  masih berasa serba salah dengan sahabatnya itu. Tak sangka, dalam diam Azham ada simpan rasa sayang dekat Sabrina.

Nasib baik lah masa keluarga Ikmal dan Azham di rumah Sabrina hari itu, tak jadi apa-apa yang memalukan. Masing-masing mengalah. Walaupun 'mengalah'.... Esok tu masing-masing tunjuk belang. Bergaduh sakan diorang. Khaliq terpaksa jadi orang tengah untuk leraikan pergaduhan diorang. Ada jugaklah lebam-lebam. Biasalah, lelaki gaduh memang macam tu. 

"Aku nak keluar. Aku bawak kunci." Secara tiba-tiba Azham muncul sambil membawa kunci di tangan. Dia meneruskan langkah menuju ke pintu. 

Khaliq dan Ikmal mengeluh serentak.

"Bilalah agaknya korang nak berbaik ye?" Ikmal hanya mengeleng tidak tahu. Dia pula bingkas bangun daripada pembaringan.

"Weh, aku nak pergi kedai. Kau nak pesan apa-apa tak?" Ikmal mula menyarungkan kasut. Bersedia hendak keluar.

"Tak nak lah. Kenyang."

"Yelah tu kenyang. Karang, aku makan depan kau, kau jugak yang menyibuk nak makan skali." Mereka ketawa serentak. Ikmal menutup pintu rumah. Dia memulakan langkahnya.


^.^

"Tak guna punya member! Arghhh!!!" Sansak yang elok tergantung itu ditumbuk bertalu-talu. Rasa geram di hati semakin membuak-buak.

'Kalau aku tau yang dia pon suka dengan Sabrina, awal-awal lagi aku jadikan Sab bini aku!' Sekali lagi tangannya laju menumbuk Sansak itu. Terhayun-hayun Sansak tersebut selepas 'dikerjakan'.

Setelah letih memukul, menyepak dan berungut. Azham berhenti, lalu mencari air. Haus.

"Woi. Lama lagi ke kau nak lepak kat sini? Aku dah nak tutup tempat ni. Penat lah." Izzue hanya memandang Azham yang kelihatan selekeh itu. 'Macam ada masalah je mamat ni.' Bisik hati Izzue. Rasanya dah lama Azham tak datang situ.

"Hmm.... Okey.. Aku blah lah ni." Azham yang masih dalam mood bengang dengan 'Budak Landak' bingkas bangun untuk membersihkan dirinya sebelum beredar daripada pusat latihan meninju tersebut.


^.^

"Azham tak balik lagi?" Ikmal meletakkan bungkusan makanan tersebut di atas meja. Khaliq sibuk menyusun pinggan.

"Belum. Dah gelap ni. Kau call dia Mal..." Ikmal mengangguk. Telefon bimbit diambil. Ikmal Mahu menghubungi Azham. 

"Dia tak angkatlah. Aliq." Ikmal cuba menghubungi sekali lagi. Belum sempat dia menekan buatang hijau. Pintu dibuka oleh seseorang. Ikmal dan Khaliq memandang empunya badan yang sedang sibuk meletakkan kasutnya ke dalam rak kasut.

"Korang makan apa ni?" Azham kelihatan bersahaja. Tak seperti beberapa hari yang lalu. Mood bengang. Khaliq yang melihat perubahan diri Azham berasa sedikit pelik dan ada juga rasa lega di situ.

Mungkin Azham puas kut lepas geram tadi dekat tempat Izzue.

"Mee Hailam. Kau punya pon ada." Ikmal menganggkat mangkuk yang berisi Mee Hailam milik Azham. Mereka bertiga duduk di meja makan. Sepi. Masing-masing sibuk menghabiskan Mee Hailam tersebut.

"Ikmal...." Azham memecahkan kesunyian.

"Hmm....." 

"Ikut aku kejap lagi."

"Pergi mana?"

Khaliq hanya memerhati.

"Lepas solat Maghrib. Ikut aku. Nanti kau tau." 

"Hmm.. Okey."

Khaliq mula tidak sedap hati.




^.^ 


"Kita nak pergi mana ni?" Ikmal menggaru-garu kepalanya. Penat memikirkan ke mana hala tuju Azham. Walaupun  sebentar tadi Khaliq menghalang Ikmal untuk pergi mengikut Azham, Ikmal tetap berkeras untuk mengekori Azham. Mungkin Azham mahu berbaik dengannya.

"Dah nak sampai pon." Azham menolak daun pintu sebuah kedai.

"Bakery Shop? Untuk?" Ikmal masih bingung.

"Dengar ni." Azham memandang Ikmal.

Kemudian, dia menyambung semula kata-katanya.

"Aku ada cadangan untuk selesaikan masalah kita berdua." Ikmal mula tertarik hendak mendegar rancangan Azham.

"Apa dia?" Azham tersengih.

"Senang cerita, kau dengan aku, lawan."

"Lawan? Lawan apa? Lawan tarik tali? Lawan makan?" Hmm... mungkin memang lawan makan. Dah alang-alang menapak dekat kedai bakery ni. Bisik hati Ikmal.

"Adoi. Lawan tackle Sabrina lah der." Slow macam  Sloth pulak dah Ikmal ni.

"Sebelum tu. Mana kau dapat ilham nak lawan dengan aku untuk tackle Sab ni?" Ikmal menyoal. Pelik pulak nengok Azham ni. Hari tu marah mengalahkan King Kong. Hari ni tiba-tiba baik sikit mood dia.

"Hmm.... entah. Mungkin masa aku nak balik tadi, aku ternampak kedai ni. Tiba-tiba terfikir nak buat competition dengan kau."

"Nampak kedai ni? Huh? Apa kaitannya?" Sekali lagi. Ikmal menggaru-garu kepalanya seperti monyet yang penuh kepalanya dengan kutu. Ceh, dulu kutuk Azham 'panas dan lembap'. Sekarang ni, dia pulak jadi macam tu. Haha....

"Hm... Kau ni. Kau tahukan Sabrina suka makan chocolate. Jadi..." Azham berhenti berkata-kata.

"Owh. Okey...okey.. Aku faham." Ikmal berhenti menggaru. Dia kembali normal.

"So, bila nak mula and bila tamatnya competition ni?" Ikmal menyoal sambil membuat gaya poyo.

"Kita bertanding selama sebulan. Lepas habis tempoh tu. Aku, kau dan Sabrina berkumpul. Masa tu kita tanya dia... siapa yang menang. Apa macam? Ada bran?" Kening Azham mula terangkat-angkat.

"Setuju." Mereka berdua bersalaman tanda bersetuju dengan rancangan yang boleh dikatakan... rancangan budak-budak bawah umur. Tak matang langsung. Haha.. Kira okey apa. Lagi bagus daripada bergaduh macam nak putus nyawa. Dibuatnya mati masa bergaduh tu, dah tak sempat nak mintak maaf.. Tak ke naya tu? 




^.^

Sabrina masih sibuk dengan kerja-kerjanya. Sudah tepu rasanya kepala. Entah kenapa lah idea susah nak datang bertandang. 

"Sabrina. Ada call ni." Ayahnya memberikan telefon bimbit Sabrina yang sejak tadi memekakkan telinga. 'Aduh. Lupa pulak nak off phone.'

"Assalamualaikum. Siapa ni?"  Sabrina membuat muka pelik. Boleh pula si pemanggil bertanyakan siapa dia? Bukan sepatutnya aku ke yang tanya soalan itu? Bukan aku yang call dia. 

"Err.. Ni siapa ye." Suara lelaki. Garau. Tak pulak aku biasa dengar.

"Kau rasa siapa?" Si pemanggil buat lawak tahap LOL. Sabrina mula naik menyampah. Sudahlah dia banyak kerja ketika itu.

"Hmm.. Okey lah. Saya tak tau awak siapa. Jadi saya end call ye. Assalamualaikum." Sabrina terus mematikan panggilan tersebut. Tak cukup dengan itu, dia mematikan handphonenya. Malas hendak menjawab panggilan sesiapa pun. 

"Masa untuk fokus!" Jerit Sabrina sekuat hati!

"Kakak.... Kenapa tu?" Sabrina terkedu. Terlupa yang ayahnya masih di rumah. 'Ops... Sorry daddy. Anakmu sedang mencari semangat untuk menyiapkan kerja. Huhu..'

"Tak ada apa-apa ayah." Jawab Sabrina. Dia ketawa sendiri. Malu dengan perilakunya sebentar tadi.




^.^

"Adoi!!! Dia end call pulak dah!!!" Azham menjadi serabut. Dia menjerit kuat. Ikmal dan Khaliq yang sedang memerhatikan gelagat Azham dari sofa hanya ketawa sakan.

Azham yang sedang bengang, membaling bantak kecil yang berdekatan dengannya. Ikmal dan Khaliq sempat mengelak. Mereka masih ketawa. Siapa yang tahan tak ketawa tengok muka Azham. Sebijk macam baby boy yang membentak sebab tak dapat apa yang dia nak daripada mummy dia. Hehe.. Wait.... baby boy or little boy? Hmm... Owh.. Whatever... Hehe..

"Dah lah tu Azham. Kau ni, gelabah sangat. Semalam baru start, hari ni dah nak mula ngorat? Lek lu. Panaskan enjin dulu, barulah pecut. Tengok macam aku, lepak-lepak dulu. Fikir plan baik punya... Nah... bila dah ready baru lah masuk gear." Dengan penuh ke-poyo-an, Ikmal membetulkan rambutnya. Ceh! Gaya macam lah dia dah menang. Padahal, ada lagi 29 hari untuk pikat hati Sabrina. Dibuatnya dia terlambat, mahu menangis air mata darah si Ikmal bila Azham dapat pikat hati Sabrina.

"Poyo betul! Kau tengoklah nanti. Aku ke kau yang dapat Sabrina. Untuk pengetahuan kau. She's mine!" Ujar Azham sambil.... menjelir lidahnya. Okey fine.. He's little boy.

"Nope! She's aku punya!" Ikmal dan Azham bangun. Mereka berdiri menghadap antara satu sama lain. Masing-masing menghadiahkan pandangan membunuh! 

Khaliq yang sejak tadi hanya memerhati mereka berdua sedang sibuk menyuapkan pop corn ke dalam mulut. Khaliq sedang menghayati drama free yang berada di depan mata.

'Kalau hari-hari macam ni, ada drama free.. Jimat elektrik. Tak payah pakai tv dah. Haha..' Bisik hati Khaliq. 

Dalam pada dia sedang sibuk menyuapkan pop corn. Tiba-tiba 'pop corn'nya berterabur. 

Ingatkan berterabur sebab dia makan gelojoh.  Rupa-rupanya.... Ikmal dan Azham berebut hendak mendapatkan pop corn tersebut. Khaliq terpaksa melarikan diri jauh daripada tempat kejadian. Rakan-rakannya sibuk tarik menarik bungkusan pop corn tersebut. 

'Diorang ni... Dah macam kena rasuk dengan hantu perempuan lah pulak. Gaduh main tarik-tarik macam girls. Aww..' Hati Khaliq masih bertutur. Senyuman di bibir terukir.

Dia yang tidak tahu hendak buat apa. Terus ke dapur.  Telefon bimbit dikeluarkan daripada kocek. Nombor di dail.

"Assalamualaikum pak cik." Khaliq memulakan kata.

"Bila saya boleh datang ye?" Senyum di bibir Khaliq sekali lagi terukir. 

Sementara itu, Ikmal dan Azham sudah berhenti berebut. Mereka berdua akhirnya menghabiskan pop corn yang sebenarnya milik Khaliq itu bersama-sama. Muka budak berdua tu dah macam zombie. Agaknya tengah sibuk fikir plan nak kalahkan pihak lawan kut.

Khaliq yang baru sahaja selesai berbual melalui telefon, kembali ke ruangtamu. Dia memandang Ikmal dan Azham. 'Aik? Dah baik? Pelik betul budak berdua ni.' Dia hanya menggeleng.

"Woi. Korang. Aku nak belanja makan Kenny Rogers Roaster ni. Nak ikut tak? Tak nak ikut sudah. Aku melantak sorang." Khaliq terus berlalu pergi ke rak kasut. Bersedia hendak keluar dari rumah.

Ikmal dan Azham berhenti mengunyah. Mereka memandang antara satu sama lain. Dan....

Seperti lipas kudung mereka berdua berlari mendapatkan Khaliq. Khaliq yang sedang sibuk mengikat kasutnya hanya tersengih melihat gelagat rakan-rakannya yang sudah besar panjang itu.

 'Haila... Terasa macam hidup dengan kanak-kanak riang. Adoi. Gua akan merindui kalian berdua. Huhu.' Hati Khaliq tidak henti-henti berbisik.


"Jom gerak sekarang!" Azham dan Ikmal segera menarik lengan Khaliq. Tidak sabar-sabar hendak makan free! 

"Woi...woi. Jangan gelojoh sangat. Tak lari mana pon KRR tu." Kaki mereka bertiga laju menuju ke kereta.

Khaliq hanya ketawa di dalam hati. 'Pandai pulak nak bekerjasama waktu-waktu macam ni ye.'




^.^

 Bahagian 2, Akan disambung bila idea dgn baik hati mahu datang. Okey?
Sorry Sab. Aku ambil masa yang lama...
Huhu..
Maaf-maaf...
(Pendek Sangat Lah Pulak)



Labels:


0 Comments posted :

Post a Comment


Follow or leave ?

Chatting Here


Don't use harsh word
Put your blog url

SHOUTBOX CODE HERE
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: