'cookieChoices = {};' //Sweetest diary

ASSALAMUALAIKUM

Asssalamualaikum and hye visitor...Aku Liyana Lee. Boleh check IG aku @liyanairah_lee | Manusia Biasa | Masih sibuk mencari kebolehan diri | Doakan yg baik-baik utk aku dunia dan akhirat. Tekan Saya utk tutup blog ni


Friday 31 May 2013 • 00:17 • 0 Sweet hearts


Kesinambungan DIA AYAH SAYA.




Buah tangan daripada seorang sahabat. Kesinambungan DIA AYAH SAYA..
Oleh NS2.





"Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan." Ayah diam seketika. Sesekali, ayah mengusap lengan. Barangkali menghalau nyamuk yang leka menghisap darah. Ayah, tidak pernah memukul nyamuk. Kata ayah suatu ketika dahulu : Nyamuk juga makhluk Allah. Ia juga perlu darah untuk hidup. Macam manusia, yang perlukan nasi dan air untuk hidup.

"Kamu masih ingat rukun Islam, nak?" Ayah memandang sekejap wajah Zanirah.

Zanirah terkebil-kebil mendengar pertanyaan ayah. Terbejat seketika otaknya. Bukan dia tidak tahu rukun Islam. Cuma dia lupa rukun Islam ada berapa. 5 ? 6 ? 8 ?

"Ayah yakin, Zan mesti ingat ? Bukankah kita Islam ? Bukan Islamlah kita jika rukun Islam tidak ingat tapi lirik lagu yang berjela, sinopsis novel yang berpuluh perkataan kita ingat. Kan ?" Hujung kata, suara ayahnya bergetaran.

Zanirah melirik mata ke arah ayahnya. Walaupun keadaan lampu di anjung rumah tidak terang, jelas mata ayahnya ditakung air.

"Zan, ayah sedih melihat anak muda zaman sekarang. Terlalu leka dengan dunia. Tapi akhirah, mereka lupa. Mereka seseolah lupa akan wujudnya akhirah. Bibir hanya mengalunkan seni lagu tapi zikir ? Tidak pernah. Atau barangkali, tidak tahu zikir. Zan, kita ini sekadar perantau, nak. Perantau. Bukannya pemilik dunia. Bukannya pemilik alam semesta yang hidup selamanya. Tidak. Kita cuma perantau." Ayah mengelap air mata yang pastinya gugur. "Kamu tahukan kehidupan perantau bagaimana? Lihat tv, sudah cukup untuk kita gambarkan kehidupan perantau itu bagaimana. Kita sebagai perantau di atas muka bumi ini, harus sentiasa sedar yang hidup ini tidak selamanya. Bekalan yang kita perlukan untuk terus 'hidup' ialah amal kebaikan, nak. Amal ibadat itu penting. Biar di dunia kita diuji dengan pelbagai ujian, tapi biarlah diakhirat kita dilimpahi kebahagiaan selamanya."

Zanirah mengangguk. Sambil mendengar, dia cuba ingat kembali rukun Islam. Tak dapat dinafikan, agak sentap dia mendengar kata-kata ayahnya. Walaupun ayah mungkin tidak menyindirnya, tapi hatinya terasa ngilu kerana dia sendiri ingat lirik lagu tapi rukun Islam, dia lupa. Ahhhhh...mahu dia rujuk balik buku agama ayah di almari.

"Zan, jangan ya nak meruntuhkan agama Islam. Jangan jadi sebahagian daripada insan yang lupa akan agama Allah. Jika ada yang tergelincir dari landasan Allah, bimbinglah dia, nak. Agar dia bersama-sama dengan kita semua yang memelihara agama Allah. Kamu tahu bagaimana caranya tidak mahu meruntuhkan agama Islam, Zan?" Ayah memandang Zanirah.

Zanirah sekadar menekur lantai anjung rumah yang hanya papan. Dupdapdupdap..dia berharap ayahnya tidak menyoalnya lebih-lebih. Dia, sungguh lupa !

"Berpeganglah pada rukun Islam dan rukun iman. Tahu apa rukun Islam, nak ?"

Bagai ada batu menghempap, dia menggigit bibir.

"Mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah), menunaikan zakat. Dan rukun iman pula,  percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah." Ayah tersenyum melihat Zanirah. Dia tahu, anaknya itu pasti lupa. Dia tidak salahkan anaknya. Yalah, sekarang ini bukan mudah untuk menepis anasir-anasir luar yang mempengaruhi anaknya. Lagi-lagi dahulu anaknya tinggal di bandar. Pastinya mudah anaknya goyah.

Ayah bangkit dan menepis habuk yang barangkali melekat pada kain pelekat. Zanirah mengangkat wajah. "Ayah nak masuk tidur ke?"

Ayah mengangguk. "Nanti malam, ayah nak bangun solat tahajjud. Nanti ayah kejutkan Zan ya?"

Laju Zanirah mengangguk. Dia mengangkat dulang dan belum sempat dia mahu melangkah masuk ke dalam rumah, ayah menepuk bahunya.

"Jangan malukan diri kita sebagai umat Islam kerana lupa rukun Islam dan rukun iman. Kerana itu asas Islam. Dan tanpa rukun Islam dan rukun iman, maka runtuhlah Islam kita. Zan jangan malu tanya ayah perihal agama, ya? Ayah sentiasa ada. Ada membantu Zan jika masih kelam lagi soal agama."

Dan..ayah pun berlalu meninggalkan Zanirah yang membatu di anjung rumah.




Pagi-pagi lagi ayah sudah keluar. Entah kemana, Zanirah kurang pasti. Malah, ayah sudah siap membeli sarapan pagi. Walhal ayah sudah maklum yang setiap pagi, dia akan siapkan sarapan. Tapi kali ini..

"Assalamualaikum!"

Zanirah berhenti menyapu sampah di ruang tamu. Laju dia menuju ke pintu rumah. Sempat dia mencapai tudung yang sememangnya disangkutkan pada kerusi.

Salam dijawab.

Namun, semangatnya menjawab salam dan sedia menyambut tamu terus layu bagaikan kuntuman bunga yang layu tanpa zat. Melihat gerangan yang datang, dia menjadi takut dan juga marah. Dalam keadaan dia diamuk rasa marah dan takut yang bersilih ganti, tanpa sedar dia menyumpah seranah dalam hati akan kehadiran insan itu.

Kenapa tidak mati sahaja lelaki itu? "Kau nak apa?" Keras nadanya. Langsung tidak menyelitkan kemesraan menyambut tamu. Wajah insan itu langsung tidak dipandang. Khuatir akan termuntah pula. Jeliknya akan lelaki itu, hanya Allah sahaja yang tahu.

"Zanirah, aku datang nak lawat kau. Akhirnya, kau dah pulang setelah sekian lama kau tinggalkan kampung kita ini."

Kita? Berkerut dahi Zanirah mendengar kata nama 'kita' yang digunakan lelaki itu untuk menunjukkan seseolah mereka sangat mesra. Sejak kejadian itu, istilah 'kita' antara mereka berakhir. Berakhir !

"Kau apa khabar?"

Zanirah memeluk tubuh. Rahangnya kelihatan bergerak. Ternyata dia amat tidak senang kehadiran lelaki itu. Kerana lelaki itulah, dia..

"Kau tak nak, jemput aku masuk?"

"You better leave now!" Lurus tangan kanan Zanirah menyuruh lelaki itu segera pergi. Makin dia bersabar, makin marah pula dia. Ternyata, belum masanya untuk dia memaafkan lelaki ini.

"Zan.."

"Encik Nabil, awak faham atau tidak bahasa Inggeris? Saya rasa awak faham memandangkan awak tokoh pidato Bahasa Inggeris suatu ketika dahulu." Keningnya terangkat. Ya Allah, menghadapi hambaMu ini sangat mencabar imanku. Ku mohon, berikanlah aku kekuatan.

"Apa kata, kau dengar dulu apa aku nak cakap.."

"Tempoh untuk kau bagi penjelasan dah tamat. Dah lama tamat ! Kalau kau bagi penjelasan pun, dah tak ada gunanya. Now, better you leave atau aku panggil ketua kampung ?"

"Apa..susah sangat ke kau.."

Zanirah mencelah. "Nabil ! Tak cukup ke selama ni kau mendera aku? Hari ini kau nak dera aku lagi? Please, I'm begging you. Leave my house now."

Nabil terkedu. Melihat raut wajah Zanirah yang tegang, dia tahu, kawan baiknya suatu ketika dahulu masih tidak dapat memaafkan dia. Jika dia mengingati kisah dahulu, ya, dia akui, dia sangat kejam membiarkan Zanirah kesepian menepis segalanya. Dia..sememangnya sangat berdosa terhadap Zanirah.

Tapi, dia bukan tidak pernah cuba mencari Zanirah setelah mendapat tahu gadis itu merantau. Dia mencuba. Tapi, akhirnya menemui jalan buntu. Nak tak nak, dia terpaksa mengalah. Dan semalam, emaknya entah bagaiman terlepas cakap perihal kepulangan Zanirah yang hampir tiga minggu. Hanya Allah sahaja tahu betapa syukurnya dia mendengar berita tidak sengaja itu. Sungguh, dia mahu memohon ampun terhadap Zanirah.

"Okey. Aku..akan pergi. Tapi, please bagi aku peluang untuk cakap. Aku nak kau tahu yang.."

"Peluang ? Peluang 8 tahun lalu..tidak cukupkah, Encik Nabil? I think, it too much when I give you chance long time ago, but you never appear. So, dengan segala rasa hormatnya, sila pergi sekarang. And for your information, you should glad I'm does not kill you." Bergetaran nada Zanirah menahan amarah.

Sepantas kilat, dia menutup pintu rumah. Rapat. Akhirnya, dia bersandar pada pintu rumah dan melurut duduk menahan tangis. Amarah yang tadi dia cuba tahan, akhirnya menerbitkan airmata. Terhinggut-hinggut bahunya menahan tangis. Demi tidak mahu Nabil mendengar tangisannya, dia menggigit bibir sekuat hati.

Kenapa..lelaki itu harus muncul tatkala dia sudah menemui kebahagiaannya sendiri?


Nabil terkedu mendengar kata-kata Zanirah.

'And for your information, you should glad I'm does not kill you.'

Begitu marahnya Zanirah, sehingga Zanirah terfikir mahu membunuhnya. Ya Allah, sungguh aku kejam. Apa yang harus aku lakukan. Ku pohon, lembutkanlah hati Zanirah, Ya Allah. Nabil melepaskan keluhan berat. Bungkusan apam balik yang dibelinya tadi dipandang lama. Lambat-lambat, dia meletakkan bungkusan itu di atas tangga rumah ayah Zanirah.

Nabil mula membuka langkah meninggalkan rumah ayah Zanirah. Silap diakah kerana tidak datang pada masa yang tepat? Barangkali jika ayah Zanirah ada di rumah, Zanirah akan menjadi lembut. Tapi..sangkaannya meleset.

Zanirah yang dulu, bukan Zanirah yang sekarang. Watak dahulu dan sekarang, sangat jauh beza. Zanirah yang dulu sangat baik. Tidak pernah melenting. Sekalipun tidak pernah marah. Tapi, Zanirah sekarang hampir membuatkan dia jatuh terduduk. Silapnya kerana mengubah watak Zanirah.

Dia..rindu Zanirah yang dulu.

2005_

"Lusa dah nak SPM. Kau takut tak?"

"Mestilah takut. Penentu masa depan. Aku takut, aku tak pass je."

"Eyyy..mana boleh. Kau dapat anugerah pelajar terbaik setiap tahun, takkanlah tak pass SPM pulak."

Zanirah sengih. Tak tahu nak bidas apa lagi. Kata-kata Nabil ada benarnya.

"Kau, nak jadi apa nanti bila dah graduate?"

"Pensyarah..kot?" Zanirah meletakkan hujung jarinya di hujung bibir sambil matanya menelek langit seseolah memikir. "Aku pun, tak sure. Kau?" Wajah Nabil dipandang senang.

"Doktor. Doktor pakar bedah."

"Kau suka bedah orang?"

Nabil mengangguk.

"Kenapa?"

"Bila aku bedah orang tidak kiralah kat jantung ke, kepala ke, perut ke..aku dapat melihat dalam badan manusia. Masa tu, barulah aku tahu, betapa agungnya ciptaan Illahi yang selama ini tidak pernah aku nampak."

"Kat tv kan ada."

"Kau ingat tv tu betul ke?"

"Betullah. Takkan tipu kot."

"Tu semua tipu ajelah."

"Ye ke?"

"Kalau betul pun, mesti diaorang ambil mayat dari India."

"India?"

"India ni kalau kau nak tahu, merupakan sumber mayat no satu di dunia."

"Seriously?"

"Yep.."

Zanirah mengangguk mengerti dan membuang pandang ke arah sawah padi yang terbentang luas. Padi hampir menguning. Nanti, bolehlah tengok mesin padi memenuhi sawah. Awwhhhh..suasana yang sangat seronok. Sebab masa itu, keadaan sawah tidak lagi dipenuhi padi. Bolehlah main kejar-kejar di sawah nanti.

2013_

Tapi, itu semuanya sebelum keadaan makin teruk.

Ketika itu, semuanya menjadi kelam kabut.

Dan, masa itulah jugak dia mendapat tawaran ke luar negara bagi menyambung pelajaran ke Switzerland dalam medik. Nabil meraup wajahnya. Nak tak nak, dia terpaksa akur akan saranan emaknya dan akur akan situasi memburuk.

MEI 2006_

"Aii..Zanirah, mana buah hati pengarang jantung kau tu? Tak pulak aku nampak kau berkepit dengan dia macam dulu." Suara Mak Timah, pemilik kedai runcit memecah gegendang telinganya tatkala kakinya melangkah masuk ke kedai.

Zanirah mengetap gigi dan meneruskan langkahnya menuju ke rak makanan dalam tin. Tin sardin, diambil dua. Tin pes tomato diambil satu.

"Takkanlah betul apa orang cakap yang dia lari dari engkau sebab kau dah..mengandungkan anak dia, kot?" lagi sekali, Mak Timah melaung dari kaunter kedai.

Zuppp! Tali jantung Zanirah hampir terputus mendengar kata-kata Mak Timah. Jika tidak mengenangkan dia di kedai, mahu dia rebah di situ! Apa silapnya dia sampai orang menuduh dia membuntingkan anak Nabil! Bukan dia tidak tahu, dia selalu dikaitkan dengan Nabil, anak ketua kampung. Dan bila Nabil menghilang tiba-tiba, dia dituduh pula mengandung anak luar nikah. Astagfirullah. Fikiran apakah orang kampung ini?

DISEMBER 2005_

"Korang ni, bercinta ke?" soal Sara, penolong ketua kelas sebelum mereka meninggalkan sekolah buat kali terakhir sebagai seorang pelajar. Hari ini, rasminya tamat peperiksaan SPM. Girangnya tidak dapat digambarkan. Sungguh riuh dewan sekolah ketika itu.

Nabil ketawa. Zanirah mengerutkan dahi.

"Bercinta?" Soal mereka serentak. "Gi-la. Kitaorang kawan ajelah." Nabil menyambung.

"Habis tu, apasal korang asyik berkepit? Tak lemas?"

"Berkepit sebagai kawan baik, tu bukan bercinta namanya, Ra." Zanirah mengambil kedudukan menjawab pertanyaan Sara pula.

"Lagipun, rumah kitaorang sebelah-sebelah aje kot."

"Yeah.."

"So, tak bercintalah ye?"

Kedua-duanya mengangguk laju. Sara mengangguk kelihatan berpuas hati.

"Kenapa tanya? Kau jealous ye?" Nabil ketawa di hujung kata. Pernah juga ada dengar gossip mengatakan Sara menyukai dia. Tapi sejak Sara bertunang dengan seorang lelaki yang tua setahun dari mereka, gossip itu terkubur begitu sahaja. Muda betul Sara bertunang. SPM belum habis, dah bertunang.

"Taklah. Aku prihatin je. Pening kepala aku dengar cerita tak sedap pasal korang ni."

"Pasal apa?" soal Zanirah. Hatinya mula tidak enak. Nabil di sebelahnya lekas matikan tawa.

"Pasal koranglah. Tak habis-habis kata korang ni bercinta. Tunggu greelight dari parents je nak kahwin."

Terus mereka terbisu.

FEBRUARI 2006_

"Saya tak ada apa-apalah dengan Nabil tu. Kami cuma kawan."

"Kawan ke? Tak nampak macam kawan pun." Diam. "Kamu tu dah anak dara, Zan. Kena jaga batas pergaulan. Ingat, Nabil tu lelaki!"

"Mak Lang, kan saya dah cakap, saya memang tak ada apa-apa dengan Nabil. Kami kawan baik. Dia ambil berat pasal saya dan sebaliknya." Sukar betul apabila menghadapi bicara dengan Mak Lang - mak Sara.

Dia tahu, Mak Lang sangat prihatin akannya memandangkan dia merupakan tutor Sara. Tapi, ini sudah lebih. Dia langsung tiada apa-apa perasaan terhadap Nabil. Dan Nabil juga begitu.

"Yalah. Mana tahu, Nabil ada perasaan pada kamu."

"Apa Mak Lang ni!"

2013_

Zanirah berteleku di atas tikar sejadah. Suara ayahnya mengaji, sayup-sayup kedengaran. Ayah memang rajin mengaji. Dalam sebulan, adalah jugak beberapa ayah khatam. Kagum melihat si ayah. Pernah juga dia teringin khatam seperti ayahnya, tapi selalu sahaja gagal. Ada sahaja perkara yang membataskan niatnya.

Lama termenung, dia teringat pula Nabil - lelaki yang tanpa notis tiba-tiba sahaja muncul depan rumah ayahnya. Kejutan itu sedikit sebanyak memberi kesan dalam dirinya. Benci yang dulunya disimpan dalam hati kini marak kembali. Adakalanya dia terfikir, dosa apakah dia sehingga ditakdirkan untuk menjadi kawan kepada lelaki itu ? Dia yakin, tanpa lelaki itu, dia tidak akan mengalami peristiwa gelap.

Perstiwa yang menjadi punca dia hampir membunuh diri.

Mujur ayah ada. Jika tidak..

"Zanirah.."

Zanirah tersentak. Dia mengangkat wajahnya lambat-lambat. Kelihatan ayahnya sedang berdiri di pintu biliknya. Senyum. Ayah..tak pernah lekang dengan senyuman. "Ada apa, yah ?"

"Menungkan apa nak ?"

Terkebil-kebil anak mata Zanirah mendengar pertanyaan si ayah. Perlahan-lahan dia menegakkan badan dan berdehem. Tidak sangka dia perilakunya ditangkap ayah. Dah lama ke ayah berdiri situ ? "Err.."

"Kalau ada masalah, ceritalah pada ayah. Ayah, sedia mendengar."

Zanirah tidak beriaksi. Sebaliknya dia mengeluh berat.



"Zan..tak dapat maafkan dia ayah. Kemunculan dia pagi tadi pun dah cukup buat Zan rasa mahu jadi seorang pembunuh." Setitis air matanya tumpah ke pipi. Mengalir jatuh ke telekungnya.

Selanjur itu, ayah mengucap. Terkejut akan kata-kata anak daranya. Tidak sangka betapa dendamnya Zanirah terhadap Nabil sehingga terfikir mahu menjadi seorang pembunuh. Sedikit kesal kerana dia terlepas pandang akan anaknya ini. Sangkanya, Zanirah sudah lama melupakan hal itu dan mungkin Zanirah sudah tidak mahu ambil kisah lagi. Tapi..hari ini membuktikan tafsirannya selama ini silap.

Ya Allah. Ampuni aku kerana mengabaikan anakku ini. Silapku tidak mendidik sepenuhnya. Ayah menarik nafas dalam. "Zanirah, bawak mengucap nak. Kamu sedarkah apa yang kamu sudah katakan tadi ? Pembunuh ?"

Zanirah diam.

"Zanirah, kamu tahu tak jika kamu membunuh Nabil, itu dikira sebagai qatlu al-amad yang bermaksud pembunuhan sengaja ? Dalam Al-Quran Surah An-Nisa' 4:93 - Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.' Zan, kamu mahu masuk ke neraka Jahannam? Kalau benar kamu mahu membunuh Nabil, ingatlah akan peristiwa Qabil terhadap Habil. Qabil yang membunuh Habil, akhirnya menyesal akan tindakannya yang terburu-buru. Membunuh itu bukan jalan penyelesaiannya. Ayah yakin, kalau kamu membunuh Nabil, kamu tidak akan dapat kepuasan. Kepuasan di mana selama ini kamu mencari, Zan."

Lembut namun tegas. Mencucuk sanubarinya. Tidak semena-mena dia menangis kecil. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangis. Wajahnya memerah bagaikan udang bakar. Kalau tidak kerana Nabil, pasti dia tidak perlu laluinya.

Melihat anak daranya menangis, hatinya rawan. Ditarik anaknya dalam pelukan. Ditepuk lembut. Zanirah tiada emak sebaik sahaja isterinya meninggalkan alam fana ini. Sejak perginya isteri, dialah ibu, dialah ayah kepada Zanirah. Kini, Zanirah di hadapannya memerlukan dia dan juga isterinya. Anak yang dikasihi itu, dialunkan selawat.

"Ayah..sakit sangat bila dia tinggalkan Zan macam itu. Dia sikit pun..tak lindungi Zan. Zan sahaja seperti orang bodoh menegakkan benang basah." suaranya tenggelam dalam tangisan.

Akhirnya, pecah takungan air mata ayah. Ayah mengangguk faham. Bukan dia tidak tahu, dia tahu! Malah dia juga pernah rasa marah terhadap orang kampung dan Nabil yang menghilang - seseolah ambil ringan. Tapi, apakan daya. Dia mahu menentang orang kampung, adalah mustahil. Jalan terbaik, dia sujud dan mengadu pada yang Maha Mendengar.

"Allah..sentiasa menguji kita dengan pelbagai jenis dugaan. Antaranya, dugaan yang menimpa ke atas dirimu, nak. Jadilah orang yang sabar dan ikhlas, nak. Kerana itulah orang yang Allah paling sayang. Ingat ya, nak. Yakinlah, Allah sentiasa ada melindungimu."

MEI 2006_

"Nabil! Nabil!!!"

"Eh, Zanirah..kau dah hilang akal ke apa ? Terjerit-jerit panggil anak aku kenapa?" Dari belakang rumah, mak Nabil muncul membawah penyapu lidi. Barangkali, wanita itu sedang menyapu halaman belakang tatkala dia memanggil Nabil agaknya.

"Mak cik, Nabil mana?"

"Ada apa kau mahu mencari dia?" Terjengil anak mata wanita itu.

Zanirah menelan liur. Matanya melilau sekeliling mencari kelibat Nabil. "Nabil!" Mana Nabil? Bil, aku ni. Keluarlah!

Mak Nabil tidak duduk diam. Penyapu lidi dicampak ke tanah. Dia lekas merapati Zanirah. Bukan dia tidak kenal, Zanirah inilah punca nama anaknya menjadi busuk. "Kau nak apa cari dia?!"

"Mak cik..tolonglah saya. Mana Nabil ?"

"Dia tak ada! Kalau dia adapun, aku haramkan dia jumpa kau. Dasar perempuan murah! Hei, kalau tak kerana kau, anak aku tak dipandang hinalah dengan penduduk kampung!"

Zanirah terkedu. Nabil..tak ada ? Separuh jiwanya menghilang. Namun, sekejap sahaja. Kata cacian mak Nabil langsung tidak diendahkan. Itulah yang ditelan sejak akhir-akhir ini. Bukan mak Nabil aje, malah kesemua penduduk kampung mencemuhnya dengan cacian yang sama."Dia ke mana?" Kemana Nabil akan pergi, aku akan kejar. Hanya Nabil yang dapat bantu aku!

"Kenapa? Kau nak jadikan anak aku sebagai pak sanggup!?" Serentak kata-kata itu, mak Nabil menampar kuat perut Zanirah yang disangka 'berisi'. "Jangan harap Zanirah oiii! Aku haramkan dia jadi ayah kepada budak haram tu!"

"Apa mak cik ni! Kenapa percaya benda karut semua tu!? Kami sikit pun tidak pernah pegang tangan, apatah lagi mahu terlanjur. Ada baiknya mak cik jaga mulut mak cik! Jangan menyesal!"

Mak Nabil mendengus. "Kau ingat, aku takut dengan ancaman kau, perempuan murahan? Dasar penggoda. Tak cukup ayah kau, Nabil pun kau mahu jadikan sasaran?!"

Astagfirullah. Hampir pitam Zanirah mendengar tuduhan melampau mak Nabil. Nabil, mana awak..kenapa awak tiada dikala saya memerlukan awak? Tidak semena-mena Zanirah jatuh terduduk di atas tanah. Bahunya terhinggut menahan tangis. Tidak cukup Nabil, kini ayahnya pula ? Allah..dugaan apa ni? Kenapa berat benar ?

"Mak cik..Nabil..mana ?" serak suaranya bertanya.

"Untuk apa lagi? Jadi pak sanggup?!"

"Saya kata, mana dia!!!!!!!!" Cukuplah..dia sudah hilang sabar. Tipisnya kesabaran di kala ini, cukup mencabar imannya.

"Dia dah berangkat ke Switzerland. Bagus betul anak aku tu. Dengar cakap aku supaya tinggalkan kau yang bukan sahaja dah goda dia, tapi membuntingkan anak untuk dia!"

Zanirah tersengih dalam tangis. "Saya..masih ada maruah. Saya ada harga diri. Sikit pun takkan saya lakukan hal jijik itu jika ianya sudah terbentang luas di hadapan saya. Kenapa..mak cik tuduh saya yang bukan-bukan jika..mata kepala mak cik sendiri tidak melihatnya?"

"Sebab..satu kampung dah cerita pasal kaulah!"

"Alangkah bodohnya manusia." Lambat-lambat dia berdiri dan meninggalkan perkarangan rumah Nabil. Apalah gunanya dia berdebat dengan manusia begini? Benarlah kata Imam Syafie suatu ketika dahulu, 'Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu'.

Air mata Zanirah, gagal berhenti seiring langkahnya. Seiring itu, kepala kosong. Dadanya sebu. Dia, tidak dapat berfikir waras.

Tanpa ada yang sedar, tangannya sudah dilumuri darah. Rupanya, disebalik genggaman tangannya, terdapat serpihan kaca. Makk..Makk..adik, nak ikut mak.

Zanirah pengsan tidak sedarkan diri.

2013_

Melihat anaknya tidak beriaksi, ayah yakin, anaknya itu sudah terlelap. Wajah Zanirah yang sembab dan comot dengan bekas air mata, dilap lembut dengan serbannya.

Dengan segala kudrat yang ada, mengangkat anaknya. Walaupun tidak sekuat lelaki muda, dia mencuba. Tidaklah dia mahu mengejutkan anaknya yang penat menangis. Cukuplah anaknya penat melepaskan rasa. Biarlah anaknya berehat.

Dahi Zanirah dikucup lama. "Orang yang menangis, tidak selamanya menangis. Sabarlah sayangku. Kelak, air matamu akan Allah gantikan dengan bahagia."



Sekali lagi, Nabil singgah ke rumah ayah Zanirah.

Pagi.

Takut..memang takut. Tapi, dia harus. Harus mendapat kemaafan dari Zanirah. Sumpah dia katakan, sejak dia berangkat ke Switzerland dulu, hidupnya kucar kacir. Semuanya serba tidak kena.

Zanirah.

Ya..kerana Zanirah, dia jadi begitu. Bersalahnya dia pada gadis itu bagaikan bukit yang tinggi.

"Assalamualaikum. Nabil ya?" Ayah yang entah dari mana, memberi salam dari belakang. Kelihatan ayah menuntun basikal tua masuk ke halaman rumahnya.

Nabil terkejut. Melihat ayah Zanirah, lekas dia mendapatkan lelaki itu dan mereka bersalaman. Sedikit segan apabila bukan Zanirah yang muncul tapi ayah Zanirah. Basikal yang dituntun ayah cuba diambil untuk membantu. Namun, ayah melarang lembut.

"Pergilah duduk. Nanti, pak cik bukak pintu depan. Zanirah memang macam tu. Pagi-pagi jarang bukak pintu rumah. Bukak pintu dapur aje tau. Tunggu ya, nak."

Nabil mengangguk seraya menghantar ayah dengan pandangan mata. Lega kerana ayah menerimanya dengan baik. Tidak macam Zanirah. Ahhh..Nabil, bukan silap Zanirah untuk layan kau ibarat sampah. Ini semua silap kau!

Nabil tunduk memandang tanah. Ya..silap aku.

APRIL-MEI 2006_

"Nabil..kamu tu elok-elok sikit dengan si Zanirah tu. Aku tengok dia tu miang semacam."

"Miang macam mana tu pak cik?" balas Nabil malas tatkala ditegur Pak Lut di gerai kuih hujung jalan. Malas sungguh apabila pagi-pagi lagi telinganya sudah disumbat dengan kutukan.

"Pak cik tengok..dia tu macam nak pancing kamu jadikan umpan dia. Yalah, tak cukup ayah, kamu pulak dijadikan sasaran."

Astagfirullah. Nabil diam tidak berkata apa.



"Aku hairan betul tengok si Nabil tu."

"Nabil mana?"

"Nabil anak kaulah!"

Mak Nabil mencebik. "Kenapanya?!" sedikit bentak wanita itu.

"Selalu sangat berkepit dengan Zanirah. Bukan itu aje, selalu betul Nabil tu belikan makanan untuk Zanirah. Aii..tak tahulah pulak aku si Zan tu tak berkaki." Mak Som menenyeh sireh ke dalam mulutnya. Laju dia mengunyah sireh. Sekejap sahaja, sudah oren giginya.

Mak Nabil mendengus. "Biarkanlah mereka. Diorang kawan kan? Takkan nak halang!"

"Yalah tu! Jangan-jangan si Zan tu mengidam!"

"Mengidam kenapa pulak?"

"Yalah, dah mengandungkan cucu kau!"

Terbelalak mata wanita tua itu.

2013_

"Dah lama ke sampai?" tegur ayah tatkala pintu depan dibuka ayah.

Sedikit tunduk hormat Nabil kepada orang tua itu. "Tak adalah lama sangat pak cik. Tak sampai seminit pun saya berdiri masa pak cik sampai tu." jawabnya mesra.

Ayah mempelawa Nabil duduk di sofa yang sememangnya diletakkan di anjung rumah. Ayah melepaskan lelah. "Pak cik sebenarnya baru aje balik dari kandang lembu. Bagi makan. Lepas tu jumpa Pak Deris. Dia nak tumbang seekor lembu untuk majlis kahwin anaknya dia nanti. Tak sangka pulak kamu nak datang. Kalau pak cik tau, pak cik keluar lambat sikit tadi sambut kamu datang."

"Eh..tak perlu susah-susah pak cik. Pak cik terima kedatangan saya ni pun, saya dah cukup bersyukur sangat." Suaranya mengendur. "Saya takut..pak cik tak terima kedatangan saya. Itu aje."

Bahu Nabil ditepuk. "Tidaklah. Jangan risau. Pak cik sentiasa sambut sesiapa yang sudi bertandang ke teratak buruk pak cik ini. Kalau kamu fikir, pak cik masih terasa dengan sikap kamu beberapa tahun yang lalu, kamu silap. Sudah lama pak cik lupakan. Sedikit pun, pak cik tak simpan dendam. Kamu perlu risaukan.."

"Ayah, siapa datang tu? Nak Zan buatkan teh ke?" Suara Zanirah tiba-tiba kedengaran dari dalam rumah.

Kedua-dua kening Nabil dan ayah terangkat dan bibir mereka menguntum senyum. Panjang umur Zanirah. Ayah menepuk bahu Nabil lagi sebelum bangun mahu mendapatkan Zanirah. Nabil sudah tidak keruan. Terasa memulas perutnya memikirkan hal yang akan berlaku kelak jika Zanirah tahu dia muncul lagi.

Namun, terlambat untuk ayah bertindak.

Zanirah terlebih dahulu menjengah ke anjung rumah siap bertudung. Dan keadaan seseolah berhenti seketika.

Mata Zanirah yang sedikit sembab jelas menunjukkan betapa kecewanya dia melihat susuk tubuh Nabil. Lama dia memandang Nabil yang kelihatan serba salah sebelum beralih pada ayahnya. Bertentangan dengan mata ayah, dia jadi lemah. Hatinya yang mula dirasuk dendam, kembali normal.

Lambat-lambat dia tersenyum. Biarpun tidak manis seperti selalu.

"Zanirah..buatkan teh." dan gadis itu meninggalkan tempat mereka.


"Aku..minta maaf, Zanirah."

Ayah yang memerhati sekadar mengangguk. Hujung matanya memerhatikan pula tindak balas si anak. Jauh dari sudut hati, dia berdoa agar Allah lembutkan hati Zanirah.

Zanirah diam. Maaf ?

HUJUNG APRIL 2006_

"Aku penat dengar mereka mengata aku. Sekali dua dengar, tidak mengapalah. Tapi..ini sudah melampau. Ke mana sahaja aku pergi mereka kata aku mahu memancing kau. Aku pandang kau sebagai manusia. Kenapa kau dipandang mereka seekor ikan?"

Nabil ketawa kuat. Kelakar betul kata-kata Zanirah. Karipap yang tadinya mahu disuapkan ke dalam mulutnya, tidak jadi dia suap.

"Kenapa kau ketawa?"

"Kelakar."

"Apa yang kelakar?"

Nabil menggeleng. Kalau diterangkan pun, Zanirah pasti akan mempersoalkan lagi dan lagi.

"Kau tak penat mereka mengata kita berdua?"

"Alah..biarkanlah mereka nak kutuk kita pun. Pahala mereka, free aje transfer kat kita."

"Mudahnya kau berkata."

"Betullah aku cakap. Buat apa nak kisah pasal orang yang mengata kita? Mereka itu mengata kita tanpa bukti sahih. Biarlah mereka mengata kita. Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. So, jangan risau. Suatu hari nanti..Allah akan balas segala perbuatan mereka."

"Tapi..hati aku sakit."

Nabil diam.

2013_

"Kau hilang..tanpa sedikit pun beritahu aku. Dan bila aku pulang sini, kau minta maaf?"

Nabil menelan liur. Silapnya tidak memaklumkan hal itu kepada Zanirah. Walhal, Zanirah awal-awal lagi sudah berpesan agar memaklumkan jika dia mahu berangkat ke mana-mana.

"Aku..aku fikir mak aku akan bagitahu kau."

Zanirah tersengih tawar. "Mak kau..memang bagitahu aku. Tapi kau tahu apa sebagai tambahan?" Lambat-lambat Zanirah memandang tepat anak mata Nabil. Kelihatan anak matanya dibanjiri air mata yang bila-bila masa sahaja akan tumpah. "Cacian. Makian." Ditekan suaranya. "Aku cari kau bagai nak gila, tapi kau tak ada. Rupanya..dah beribu batu kau tinggalkan aku. Hairannya, kau begitu santai meninggalkan aku seseolah aku hidup aman damai disini dengan segala makian orang kampung. Mana belas kasihan kau, Nabil!" Tegas.

Nabil kehilangan kata. "Aku..aku.."

"Kau dah janji akan ada di samping aku tidak kira macam mana pun dugaan. Tapi.."

APRIL 2006_

"Aku ada. Kau jangan risau. Teruk macam mana kau pun, aku tetap ada menjadi pelindung kau. Kau jangan risau. Aku janji!"

MEI 2006_

Nabil melepaskan nafas berat. Perlahan-lahan fotonya bergambar dengan Zanirah dikoyak empat dan dilepaskan ke lantai KLIA. Lambat-lambat dia melangkah meninggalkan balai berlepas.

Maafkan aku Zanirah. Aku..pergi meninggalkan kau demi mencari kehidupan baru.

Teringat kata emaknya malam tadi. 'Kau tak payahlah duduk sini, Bil. Cari kehidupan baru di sana. Kampung ini, tahu ajelah macam mana. Mulut orang itu tidak reti duduk diam. Lupakan Zanirah. Kalau dia betul kawan kau, pasti dia tahu kau akan berangkat esok!'

Walhal..emaknya tidak tahu, dia tidak beritahu Zanirah kerana khuatir Zanirah sedih ditinggalkan dia. Lagipun, jika Zanirah datang pun, emaknya akan halang Zanirah daripada jumpa dengan dia. Sudah maklum sangat perangai emaknya yang berubah menjadi agresif sejak fitnah antara dia dan Zanirah melanda kampung mereka ini.

Zanirah..kenapa kau tidak tepis fitnah mereka? Benarkah kata-kata orang kampung kau mahu jadikan aku..sebagai..ahh.

Tapi..Nabil, kau dah janji untuk kawan dengan dia tidak kira apa pun berlaku. Kau janji dengan dia untuk lindungi kau. Mana janji-janji kau Nabil? Kau tak kasihankan Zanirah yang keseorang difitnah? Kalau tak kerana kau, pasti semua tidak berlaku. Kau sendiri mahu berkepit dengan Zanirah walaupun beberapa kali Zanirah menolak.

Konon..Zanirah sangat selesa dijadikan kawan baik. Malah..isteri?

Langkah Nabil terhenti. Dipandang ke belakang. Agak jauh balai berlepas dia tinggalkan. Kini, dia tersepit.

Zanirah..

2013_

"Aku  keliru. Aku.." Nabil menarik nafas dalam. "Jujur aku katakan, sepanjang aku di sana, aku sangat hilang arah. Kelibat kau ada di mana-mana. Hidup aku tidak tentu arah. Semakin hari, semakin menggunung dosaku pada kau. Saban hari aku berharap dapat pulang ke Malaysia. Tapi, kau sendiri tahu..aku ditaja JPA. Bukan mudah untuk aku pulang sesuka hati. Kalau raya pun..aku beraya di sana. Kau pasti tidak tahu kan yang aku 6 tahun berturut tidak pulang kerana mahu mengumpul wang untuk pulang habis grad nanti. Dan bila aku dapat tahu kau sudah pulang ke kampung ini, aku rasa bersyukur sangat. Dan aku berharap dapat mendapat kemaafan dari kau. Tapi..mungkin belum masanya untuk kau maafkan aku." hujung kata, suara Nabil tenggelam timbul. Pastinya cuba menahan sebak.

Lagi sekali, Zanirah buat tidak peduli. Nak tak nak, ayah masuk campur. Degil juga anaknya ini.

"Nabil..kemaafan itu bila-bila masa sahaja boleh diberikan. Tidak ada tempoh tertentu untuk memaafkan seseorang itu. Zanirah, dalam Islam, ajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Mahukah Zan menjadi saudara syaitan?"

Soalan ayah tanpa tapis, sedikit memberi tamparan kepada Zanirah. Malu ditegur direct seperti itu di depan Nabil. Terasa dirinya dicabar!

"Tapi ayah..kalau tidak ikhlas memaafkan seseorang, tidak guna jugakkan?" sedikit membentak Zanirah. Pasti sudah kurang sabar dengan situasi yang menghimpitnya kini. Mengapa tiada yang memahami dirinya?!

Mata Nabil berlaga dengan mata ayah. Jelas Nabil hampir putus asa. Hampir berbelas tahun dia memendam rasa, dan apabila tiba masanya, dia tidak dapat dimaafkan.

"Nak..berwudhuk. Berwudhuklah kamu. Sekarang."

Zanirah terkedu.



Zanirah menggigit bibir. Sungguh, usai solat, hatinya tenang. Sungguh tenang. Malah, bila memikirkan kehadiran Nabil pun, dia tidak marah lagi. Tapi..dia keliru, perlukah dia memaafkan Nabil ?

Zanirah bersandar di balik pintu depan rumah. Dia masih serba salah mahu keluar. Jika dia keluar, bererti dia sudah memaafkan lelaki itu.

"Zanirah..sudahlah tu. Yang lepas tu, biarkan berlalu. Ayah tak ajar anak ayah untuk menjadi seorang yang kejam, nak." Tegur ayah dari luar. Bukan dia tidak tahu, anaknya menyorok di balik pintu. Nampak benar, Zanirah terlalu mengikut kata hati. Ego.

Zanirah mengetap bibir. Maaf? Atau..tidak? Lama dia menyoal hatinya untuk mendapat kepastian, akhirnya dia yakin akan jawapannya yang satu.

Ya Allah, kuatkan hatiku agar tidak mudah kalah dengan usikan syaitan. Teguhkan hatiku Ya Allah. Aku lemah tanpa bantuan dariMu. Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan langkah teratur dan tenang lagi penuh keyakinan, dia keluar mendapatkan ayah dan Nabil.


"Tahniah! Wahhhhh..tak sangka, akhirnya bersatu jugak korang." Gelak tawa memeriahkan lagi suasana.

"Makbul jugak doa aku wehhh!" Suara Saiful dari belakang cukup kuat untuk hampir kesemua tamu yang datang memeriahkan majlisnya ini.

"Ahhh..konon. Ye ye je doakan." Balas suaminya riang. Tangan kanan suaminya masih lagi erat memeluk pinggang si isteri.

"Betoi apa aku cakap ni. Hangg ni pun." Saiful menarik muka.

"Yalah, yalah..kami percaya." Si isteri membalas.

Lagi sekali, mereka ketawa riang.

"Cepat-cepat tau dapat anak."

"Saing dengan aku. Amacam?"

"Wehhhhhhhh!!!!!!!!!!!"

Gamat lagi dengan tawa mereka.

"Zan, Bil..kawan-kawan kamu tu baru datang ke? Ajaklah mereka makan."

Serentak mereka berdua berlipat maut mencari kelibat mak. Kelihatan mak dengan wajah serius. Pasti mak kurang senang apabila tetamu yang datang tidak dijamu seperti yang patut.

"Eh..diorang dah makan dah mak. Tinggal nak balik je. Tapi sangkut duk usik si Zanirah ni." Pantas Nabil mencubit pipi isteri kesayangannya. Yalah, isteri kesayangan. Isteri yang dia sayang sejak zaman dibangku sekolah lagi.

Zanirah mencebik. "Mak, tengok Nabil ni. Sejak bila jadi ketam?!"

Tawa mereka berderai lagi. Masalah betul! Masa kawan dulu, tak adalah nak gaduh macam ni.

Mak menggeleng dari jauh. Malas mahu campur isu suami isteri yang gaduh manja, wanita itu masuk ke dalam rumah. Panas terik memaksa dia untuk cepat meninggalkan kawasan khemah.

Lama mereka melayan rakan kelas, akhirnya seorang demi seorang meninggalkan kenduri mereka. Demi mencari ruang untuk berehat, Nabil menarik Zanirah ke bawah rumah. Isterinya ditarik duduk di atas ribanya. Akhbar lama yang entah dari mana, dijadikan kipas untuk mengipas isterinya. Baju pengantin isterinya dilihat rimas olehnya. Sudahlah tebal. Pasti panas gila sayang aku ni.

"Panas?"

"Tak."

Diam.

"Ayah..mana ye?"

"Entah. Tak nampak dari tadi."

Zanirah melilau matanya ke sekeliling halaman rumah. Tangannya sedikit berpaut pada leher suaminya. Mana ayah?

"Peliklah ayah ni."

"Ayah ada lah tu kat mana-mana. Janganlah risau."

Zanirah akur. Tisu di hujung meja yang dekat dengan mereka, ditarik beberapa helai. Dilap peluh suaminya yang meleleh. "Kesian awak."

Nabil sengih. "Tak apalah. Peluh awak tu, laplah. Habis make up."

"Alah, biarkan je la. Wajah awak yang macho ni perlu dipelihara. Mana tahu, awak nak pasang lagi satu. Senanglah awak petik yang mana-mana kan?"

Nabil menjengilkan matanya seraya menarik tangan Zanirah daripada mengelap peluhnya yang lain. "Awak seorang je, cukuplah."

"Iyelah tu.."

"Betullah. Saya bersyukur sebab tanpa ayah awak, mungkin kita tak kahwin. Kan?"

"Kalau Allah tak izinkan, tak guna jugak, awak. Ingat..Allah itu Maha Berkuasa menggerakkan hati saya untuk terima awak tau."

"Yalah..saya tau tu. Tapi, ayah awak itu bagaikan sudah dititipkan buat kita berdua untuk bersatu. Sukar mahu cari ayah macam ayah awak tu. Baik, tenang..selalu beri kata-kata yang bermakna. Saya..nak ikut jejak dialah."

Zanirah tersenyum bangga. Dahi suaminya itu dikucup lama. Ya, dia sudah jatuh cinta akan suaminya. Biarlah hal dahulu itu berlalu dengan begitu sahaja. Perlukah dia menoleh ke belakang dan berendam air mata lagi?

Bukak buku barulah. Itu lagi seronok. Terima kasih kepada Allah, dan ayah. Tanpa doa ayah..tidaklah dia jadi seorang yang pemaaf. Apa yang dikatakan suaminya itu benar. Sukar mencari ayah seperti ayahnya. Dia sangat bersyukur memiliki ayah. Orang yang sangat sabar, tenang, tegas tapi lembut..itulah ayah dia.

"Kalau macam tu, bahagianya hidup saya dapat suami macam ayah saya tu. Memang itu saya idamkan."

"Insya-Allah...saya akan bimbing awak ke Jannah, ya sayang." Tangan isterinya dikucup lama.

Zanirah tersenyum bahagia. Lama dia memandang suaminya mengucup tangannya. Bahagia. Itu sahaja.

"Dia..pasti boleh bantu kita menjadi pasangan yang solehah."

"Dia? Siapa?"

"Dia, ayah saya."




31052013 : 0202am



NS2.. Terima Kasih di atas buah tangan ini..
Saya menghargainya. Malah saya sangat berbesar hati dengan karya ini.
Andai kata saya(Larkspur.Liyana), awak (NS2) dan awak (NilliaVanilla) ditakdirkan untuk menjadi penulis.
Kalau ada rezeki kita hasilkan karya bersama-sama.
In Sha Allah ^^




credit :

1. http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2370-sn231-hukum-pembunuhan-menurut-islam
2. http://www.surah.my/4
3. https://www.facebook.com/ustaznazrul/posts/217799874969057
4. http://al-islam.wikidot.com/rukun-islam
5. http://al-islam.wikidot.com/rukun-iman
6. http://mysaffiyah.wordpress.com/hadis-40-imam-nawaw/hadis-3/
7. http://ziyaadah.blogspot.com/2009/07/kemaafan-dalam-islam.html




0 Comments posted :

Post a Comment


Follow or leave ?

Chatting Here


Don't use harsh word
Put your blog url

SHOUTBOX CODE HERE
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: