'cookieChoices = {};' //Sweetest diary

ASSALAMUALAIKUM

Asssalamualaikum and hye visitor...Aku Liyana Lee. Boleh check IG aku @liyanairah_lee | Manusia Biasa | Masih sibuk mencari kebolehan diri | Doakan yg baik-baik utk aku dunia dan akhirat. Tekan Saya utk tutup blog ni


Thursday 23 May 2013 • 12:26 • 0 Sweet hearts


Sila tutup lagu blog ini... Tekan lagu di bawah.




"Ayah! Kakak dapat straight A's!!!" Ayah memandang anak gadisnya yang sedang memegang kertas yang sangat penting. Keputusan SPM.

"Iye? Bak sini ayah tengok." Zanirah menyerahkan slip keputusan SPM-nya itu. Dia pergi ke sekolah bersendirian. Sengaja tidak mahu menyusahkan ayahnya untuk ke sekolah. Kalau dekat tak mengapa juga. Ini jauhnya... hanya mereka yang bersekolah disitu sahaja yang tahu.

Ayah memerhatikan gred sembilan subjek anaknya itu.

'Hmm, BM= A+, BI= A-,PAI= A+, SEJ= A+, MM= A+, MT= A, PHY= A-, KIM= A-, BIO= A-'

Setelah berpuas hati menelek kertas tersebut, ayah mengukir senyuman.

"Alhamdulillah. Tak sia-sia ayah penat hantar kakak pagi, petang, siang, malam ke sekolah." Ayah mengusap kepala anak gadisnya itu.

'Terima Kasih Ayah' Zanirah hanya mampu berkata di dalam hati. Dia tidak mampu untuk melontarkan kata-kata tersebut kerana dia berasa sebak. Zanirah hanya menghadiahkan senyuman lalu memeluk ayahnya. Sekali lagi ayah mengusap kepalanya.

"Kakak nak beli apa-apa tak?" Ayah menyoal. Walaupun ayah nampak tenang tetapi percayalah di dalam hati, perasaan gembira membuak-buak. Segala kepayahan selama ini membuahkan hasil.

"Tak payah lah. Kakak tak nak apa-apa pun" Zanirah tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Ayah tersenyum lagi.

Walaupun anak gadisnya menyatakan dia tidak mahu apa-apa hadiah, ayah tahu, jauh di sudut hati anaknya mahu hadiah daripadanya. Ayah tidak kesah semua itu. Asalkan anaknya bahagia. Asalkan anaknya tidak menerima nasib yang sama seperti dirinya sewaktu kecil.

Ye, itu semua kenangan silam. Pengalaman pahit manis yang membuatkan ayah menjadi lelaki yang tabah. Yang membuatkan ayah mejadi lelaki yang bersemangat. Yang membuatkan ayah menjadi lelaki yang hebat.

"Siap cepat. Lepas zohor kita gerak." Ayah bersuara memberikan arahan.

"Gerak ke mana?" soal Zanirah.

"Ikut jelah" Zanirah hanya mengangguk.




Tapi itu cerita dulu.

Zanirah mengesat air matanya. Terasa berdosa.

Astaghfirullahaladzim...

Zanirah menuju ke bilik air. Dia segera berwuduk. Kemudian, dia membuka tafsir al-quran, surah Luqman ayat 14 menjadi tatapannya. Maksud ayat tersebut, "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

Setelah itu, Zanirah menangis lagi. Dia terkenangkan arwah ibunya. Malah dia turut terkenangkan ayahnya yang berada di kampung. Sekali lagi dia berasa berdosa.



Zanirah memandang ombak yang memukul pantai. 'Bila lah aku nak balik ni ye? Sampai bila aku nak jadi macam ni?'

Zanirah mengeluh. Dia kemudian hanya termenung jauh. Dia terkenangkan kisah ayahnya...


 "Assalamualaikum pak cik." Ayah menyapa seorang lelaki tua yang sedang membaca surat khabar. Ketika itu usia ayah 16 tahun. 

"Waalaikumusalam nak. Nak pesan apa?" Lelaki tua itu bersedia untuk mngambil pesanan.

"Eh... bukan-bukan. Saya datang ni ada hajat." Ayah mengukirkan senyuman. Berharap lelaki tua itu tadi bersetuju dengan hajatnya nanti.

"Hajat? Hajat apa?"Lelaki tua itu menyoal. Ayah cuba mengawal gentar di dalam hati.

"Sebenarnya pak cik, saya nak kerja dekat warung pak cik ni.... Boleh?" kata ayah.

"Oh. Kerja. Eh... boleh..boleh.. Lagi bagus. Sebab minggu lepas pekerja pak cik dah berhenti sebab dia sambung belajar. Tapi, kerja apa yang kamu nak?" Lelaki tua itu menyoal ayah kembali.

"Apa-apa kerja pun boleh." Wajah ayah berseri-seri. Terpancar kegembiraan pada wajahnya.

"Baiklah kalau macam tu. Anak tolong cucikan pinggan mangkuk dekat belakang tu. Oh... Anak nak mula kerja bila?" soalan lain pula yang terpancul daripada mulut lelaki tua itu.

"Hari ni pon boleh!" Ayah begitu gembira.

"Bagus-bagus..." 

Ayah kemudian memulakan kerjanya. Soal gaji sudah ditanya. RM 15 ringgit seminggu. Alhamdulillah. Lebih banyak nilainya jika dibandingkan gaji yang ayah perolehi hasil daripada menjaga anak buahnya. Iaitu anak kepada kakaknya. Hanya RM 20 sebulan. Mana lebih untung? 

Sudahlah ayah terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membeli susu, dan barang-barang lain untuk anak buahnya itu. Lebih menyiksakan apabila anak buahnya itu tidak sihat. Sekali lagi ayah terpaksa menggunakan duit sendiri yang sepatutnya untuk menampung perbelanjaan diri ayah, semata-mata hendak menghantar kakak saudara Zanirah ke klinik.

Walaupun begitu, ayah tetap juga membantu kakaknya. Kerana ayah tahu kakaknya sibuk dengan kerja. Lagi pun ayah masih bersekolah. Belum memahami apa-apa tentang pekerjaan kakaknya itu.
Ayah hanya redha dalam menjadi penjaga kepada anak buahnya.


Zanirah menghela nafas. Sesak dadanya menahan sebak. Dia tahu kisah hidup ayahnya. Kerana ayahnya selalu berkongsi cerita dan pengalaman. Kerana Zanirah tahu ayah tiada tempat untuk mengadu. Sejak dari ayah kecil, ayah memang tiada tempat mengadu. Selepas ibu Zanirah meninggal dunia, ayah sekali lagi tiada tempat berkongsi rasa. Jadi, Zanirah dengan rela hati menjadi pendengar setia.

Setiap kali mendengar cerita ayahnya, Zanirah berusaha menahan air matanya daripada mengalir. Walaupun wajah ayah ketika bercerita seperti tiada apa-apa. Zanirah tahu, ayahnya sangat terkilan.

Zanirah mengaku, ayah sangat tabah. Zanirah mengaku, dia tidak mampu untuk menjadi setabah ayahnya.

Lagi sekali, Zanirah terkenangkan lagi kisah ayahnya...


"Alamak... esok periksa Ilmu Hisab." Pak Cik Karim mengeluh. Ayah hanya memerhati abangnya itu. Ayah tahu esok merupakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Am Pelajaran.

Pak Cik Karim berjalan ke bilik. Ayah masih memerhati. Kemudian, Pak Cik Karim keluar semula. Ayah terlihat pada tangan Pak Cik Karim terdapat sehelai baju sekolah, sebuah buku dan pensil.
Pak Cik Karim berlalu pergi ke sawah. Ayah mengekori Pak Cik Karim secara senyap-senyap.

Pak Cik Karim kemudian duduk di bawah sepohon pokok berdekatan dengan sawah. Ayah bersembunyi di dalam sebuah pondok usang. Ayah tertanya-tanya tentang apa yang ingin dilakukan oleh abang keduanya itu.

Pak Cik Karim kemudiannya menyelak buku yang dibawa. Mata pensil mula menulis sesuatu pada baju sekolah tersebut. Barulah ayah mengerti. Rupanya Pak Cik Karim menulis nota pada baju sekolahnya. Ayah hanya menggeleng kepala. Tidak tergamak dia mahu membongkarkan rahsia abangnya itu. Biralah ianya terbongkar sendiri.

Pada keesokannya, ayah dan Pak Cik Karim menuju ke sekolah. Ayah membuat muka selamba. Pak Cik Karim tidak sabar hendak menduduki peperiksaan.

Beberapa bulan kemudian...

Keputusan peperiksaan Pak Cik Karim keluar. (Ibu kepada ayah) Nenek begitu bangga dengan keputusan Pak Cik Karim. Ayah hanya tersenyum hambar. Bukan apa, ayah cuma tidak sanggup hendak membayangkan bertapa kecewanya hati nenek sekiranya nenek tahu bahawa Pak Cik Karim meniru di dalam peperiksaan.

Tahun berikutnya, giliran ayah pula yang menghadapi peperiksaan besar seperti Pak Cik Karim. Nenek tidak tahu hendak mengatakan apa kerana nenek tidak pernah melihat ayah membuat ulangkaji.

Namun, ayah sentiasa tenang. Ayah tidak pernah risau tentang pelajarannya. Bagi ayah, cukuplah sekadar ayah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Walaupun ayah selalu ponteng sekolah.

Sehinggakan pada suatu hari, ayah hendak pulang ke rumah. Namun hasrat ayah mati kerana seorang guru Cina datang ke rumah. Ayah tahu mengapa guru tersebut datang. Dalam diam ayah bersembunyi. Ayah mencuri dengar perbualan antara guru Cina tersebut dengan atuk dan nenek.

Barulah ayah tahu...

Guru tersebut memberitahu bahawa ayah sebenarnya berpotensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Guru tersebut meminta bantuan daripada atuk dan nenek supaya memujuk ayah untuk sentiasa hadir ke sekolah. Rupa-rupanya nama ayah naik sebagai pelajar harapan sekolah.

Selepas beberapa lama berbincang , guru tersebut pulang ke rumah. Ayah berlalu pergi ke surau. Ayah tidak mahu pulang ke rumah dahulu. Kerana ayah tahu atuk dan nenek pasti bertanya berkenaan hal tersebut.

Setelah ayah yakin untuk pulang... Ayah melangkah masuk ke dalam rumah. Ketika itu atuk sedang duduk sambil membelek surat khabar.

"Lambat balik." Atuk bersuara. Ayah hanya membisu.

"Tadi cikgu kau datang. Kau nak sekolah ke tak nak?" Atuk bertanya dengan nada yang santai. Ayah masih diam. Ayah tidak tahu hendak memberikan jawapan apa.

"Abah tak kesah kau nak sekolah ke tidak. Kalau tak payah sekolah lagi bagus. Tak payah abah keluarkan duit untuk sekolah kau." Atuk kemudian bangun lalu mengusap kepala ayah.

Ayah hanya berdiri kaku. Tidak sangka, atuk langsung tidak kisah tentang hal persekolahan ayah.

Ayah cuba berfikir positif. Memang benar kata atuk, sekiranya ayah tidak bersekolah, atuk tak perlu bersusah payah untuk menampung perbelanjaan sekolah ayah. Sudahlah keadaan keluarga mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Walaupun ayah masih juga ponteng sekolah. Ayah datang juga ke peperiksaan besar tersebut.

Ketika itu merupakan kertas peperiksaan yang terakhir iaitu matapelajaran Ilmu Hisab. Semasa di dalam dewan peperiksaan, ayah masih tenang. Ayah menjawab soalan-soalan tersebut seperti tiada  perkara yang perlu dibimbangkan. Setelah setengah jam berlalu. Akhirnya ayah selesai menjawab. Seperti biasa, ayah memerhatikan rakan-rakan sekelas ayah. Masing-masing kelihatan tegang. Ayah kemudian bangun, lalu menghantar kertas Ilmu Hisab tersebut yang lengkap dijawab kepada pengawas peperiksaan.

Lalu ayah berlalu pergi. Rakan-rakan ayah hairan melihat ayah kerana ayah menjawab kertas tersebut terlalu cepat.

Keesokkannya, kawan ayah dan ayah sedang bermain bola. Ketika itu peperiksaan sudah tamat semalam. Kawan ayah bertanya.

"Weh, cepat betul kau keluar semalam. Kau jawab semua ke?"

"Ye, aku jawab semua. Kenapa?"

"Aku rasa soalan ilmu hisab tu susah lah. Macam mana kau boleh jawab ?"

"Eh? Aku rasa senang je."

Kawan ayah hanya mendiamkan diri. Dia tahu ayah merupakan pelajar yang boleh dikatakan senang memahami apa yang dia pelajari. Walaupun ayah selalu tidak hadir ke sekolah. Tanpa sedari kawan ayah mengagumi kehebatan ayah.

Setelah beberapa bulan peperiksaan tersebut tamat. Akhirnya keluar juga keputusan peperiksaan tersebut. Ayah seperti biasa, tenang.

Ayah melihat rakan-rakannya sudah membuat muka ketakutan dan gentar.

Tanpa menunggu lama, ayah mengambil keputusan peperiksaan tersebut daripada guru bertugas. Guru bertugas tersebut mengucapkan tahniah. Ayah hanya tersenyum tawar. Bagi ayah tiada apa yang perlu dibanggakan kerana keputusan ayah tidak terlalu hebat seperti Pak Cik Karim. Walaubagaimanapun, keputusan ayah memang cemerlang!

Ayah pulang ke rumah seperti tiada apa-apa. Atuk bertanya kepada ayah tentang keputusan ayah. Ketika itu nenek sedang berborak dengan jirannya. Ayah menunjukkan keputusan peperiksaan ayah kepada atuk. Atuk hanya mengangguk lalu menyerahkan kepada nenek.

Nenek pula melihat keputusan peperiksaan ayah. Nenek tidak menunjukkan wajah gembira seperti semasa Pak Cik Karim menunjukkan keputusannya. Wajah ayah tidak beriak.

Kemudian jiran ayah yang ada disitu bertanya kepada nenek.

"Macam mana dengan keputusan periksa?" Nenek lalu menyerahkan keputusan tersebut kepada perempuan yang sebaya dengannya.

"Alhamdulillah... Pandai ye anak kau." Perempuan tersebut menepuk-nepuk bahu ayah. Ayah tersenyum.

Namun senyuman ayah mati apabila nenek bersuara.

"Entah. Aku tak tahu lah dia meniru ke apa."

Ayah hanya mendiamkan diri. Ayah cuba bersabar. Ayah tahu, sejak kecil lagi nenek seolah-olah tidak pernah suka dengan apa yang ayah kerjakan. Ayah selalu terkilan. Tetapi lama-kelamaan, ayah menjadi lali. Sudah biasa dengan sikap nenek.

Ayah mengambil kembali keputusan tersebut. Lalu menuju ke bilik.

Di dalam bilik ayah mula terfikir untuk mencari kerja esok.


Zanirah melipat sejadah dan telekungnya selepas dia selesai bersolat. Zanirah merancang untuk pulang ke rumah ayah pada hari itu. Emosinya mula stabil. Dia kemudian memanaskan enjin kereta sebelum mula bertolak ke kampung.

Kemudian, Zanirah memulakan perjalanannya. Zanirah sempat membelikan sedikit buah tangan untuk ayah.

Ketika Zanirah sedang memandu... Sekali lagi Zanirah teringat akan cerita ayah.


Ayah berjalan di sekitar tempat perhentian bas itu. Ayah mencari-cari kelibat sahabantnya. Ketika itu ayah berada di Kuala Lumpur. Nenek dan atuk tidak tahu ayah ke situ. Sebabnya mereka tidak pernah peduli. Ini bukan kali pertama ayah berjalan jauh dari kampung tapi sudah berkali-kali.

"Assalamualaikum, sahabat lama." Irfan menepuk bahu ayah. Ayah bersalaman dengan Irfan.

"Waalaikumusam." Ayah menjawab salam.

"Jom. Kita pergi temuduga tu." Ayah mengikut langkah Irfan.

Setelah jauh berjalan, akhirnya mereka sampai juga disebuah bagunan. Ayah memandang Irfan. Irfan mengangguk. Memahami apa yang bermain di benak ayah.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bagunan tersebut.

Ayah dan Irfan mengambil giliran untuk ditemuduga. Mereka kini berada di sebuah pejabat kerajaan. Hanya beberapa orang yang ada disitu untuk menjalani proses temuduga bagi mendapatkan pekerjaan di pejabat tersebut.

Sejam berlalu. Tibalah giliran ayah untuk ditemuduga.

Ayah melangkah masuk. Ayah tersenyum sedikit. Sesi temuduga bermula.




"Macam mana tadi? Rasanya kau boleh dapat tak kerja dekat situ?" Irfan menyoal ayah. Ketika itu mereka berdua berada di sebuah kedai mamak, sedang menikmati roti canai bagi mengisi perut yang sudah kelaparan.

"Entah. Dia suruh aku buat benda pelik." Ayah mencicah roti canai tersebut ke dalam kuah kari.

"Haha... Mesti dia suruh kau angkat meja besar tu kan?" Irfan meneka.

"Haha... Betullah tu." Ayah mengiyakan. Mereka berdua ketawa.

"Habis, kau buat tak apa yang dia suruh." Irfan bertanya lagi.

"Tak. Sebab dia kata tak perlu. Aku pon duduk jelah." Irfan mengangguk.

Dua hari kemudian, ayah mendapat satu panggilan. Panggilan itu adalah daripada pihak kementerian yang ayah pergi temuduga beberapa hari yang lalu. Ayah mendapat tahu bahawa, ayah diterima untuk bekerja disitu.

Ketika itu ayah masih di Kuala Lumpur. Ayah berada di rumah Irfan.

Irfan pula, tidak berjaya untuk mendapat tempat disitu. Namun, Irfan tidak kesah kerana dia masih malas untuk bekerja.

Keesokannya, ayah mula bekerja di kementerian tersebut. Ayah memaklumkan kepada nenek bahawa ayah menetap di Kuala Lumpur. Nenek hanya mengambil ringan. Tidak kisah. Ayah juga tidak kisah.

Akhirnya setelah tiga bulan ayah bekerja di situ, gaji ayah mencukupi untuk ayah membayar sewa rumah dan membeli sebuah motorsikal. Sebenarnya ayah tidak sepenuhnya menggunakan duit gaju ayah, tetapi ayah banyak menggunakan duit ayah semasa ayah bekerja di warung, dan menjaga anak buahnya. Selama ini, ayah hanya menyimpan duit tersebut untuk membeli motorsikal.

Semua urusan ayah uruskan sendiri. Ayah tidak mengaharapkan atuk dan nenek. Ayah akan pulang ke kampung sebulan dua kali apabila ayah tidak sibuk.

Apabila ayah mempunyai duit lebih, ayah akan kirimkan duit tersebut kepada atuk dan nenek bagi menampung keperluan seharian. Ekonomi kewangan ayah mula stabil. Tidak lagi seperti dahulu.


Zanirah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah batu. Zanirah tidak sabar hendak melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

Sudah 3 bulan dia tidak kembali. Semuanya kerana Zanirah takut hendak berhadapan dengan ayahnya. Zanirah telah melakukan kesilapan. Iaitu terlalu berharap kepada ayahnya. Jadi sepanjang 3 bulan itu, Zanirah cuba hidup berdikari.

Berpandukan kisan dan pengalaman ayahnya, Zanirah menjadi kuat. Semangatnya kuat.

Dia sedar bahawa dia beruntung kerana memiliki seorang ayah yang hebat. Walaupun ada banyak lagi kisah yang meruntun hati Zanirah tentang ayahnya, Zanirah mengerti bahawa ayah sangat kuat semangat.

Zanirah sedar ayahnya selalu juga diburukkan namanya di khalayak ramai oleh neneknya sendiri. Tetapi Zanirah tahu ayahnya sudah lali. Sudah tidak kisah. Oleh sebab itu, hidup ayahnya semakin senang kerana apa sahaja fitnah, tuduhan yang ayah terima semuanya tidak memberi kesan kepada emosi ayah. Malah ianya merupakan satu kelebihan untuk ayah supaya berani untuk hidup sendiri.

"Assalamualaikum ayah!" Zanirah masuk lalu memeluk ayahnya seerat-eratnya.

"Waalaikumusalam. Ayah ingat anak ayah ni tak nak balik dah. Merajuk lagi ke?" Ayah menyoal. Ayah tak pernah tersinggung dengan perilaku Zanirah.

"Zanirah nak mintak maaf dengan ayah. Zanirah memang hilang akal. Zanirah tak bermaksud nak lukakan hati ayah." Zanirah mengucup tangan ayah. Ayah hanya trsenyum..

Seperti biasa, kepala Zanirah diusap. Zanirah mahu menangis.

"Ayah.... macam mana ayah boleh tabah ye selama ni?" Ayah mengelap air mata Zanirah.

"Senang je. Sabar, berdoa, dan usaha. Anggaplah semua masalah tu hanyalah permainan yang perlu diselesaikan. Jangan lari daripada masalah." Zanirah mengangguk. Lalu pelukan Zanirah dieratkan lagi. Terasa rindu kepada ayahnya.

Ayahnya betul-betul memberikan dia semangat untuk terus hidup.

Sebenarnya kesilapan Zanirah ialah dia cuba untuk  membunuh diri kerana orang ramai menghina dan memfitnahnya. Zanirah tidak tahan dengan tekanan yang dia hadapi. Dia menjadi tertekan.

 Ketika itu keadaan Zanirah tinggal nyawa-nyawa ikan. Tetapi, ayahnya mendapat tahu. Zanirah mengkelar tangannya. Ayah sempat membawa Zanirah ke hospital.

Sebaik sahaja Zanirah pulih dan stabil. Ayah menasihati Zanirah.

Tetapi Zanirah mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada ayahnya kerana dia tidak berpuas hati. Dia berpendapat ayahnya hanya menyalahkannya seorang. Sedangkan, punca dia bertindak sedemikian adalah kerana orang ramai.

Tetapi, Alhamdulillah. Sepanjang Zanirah menghilangkan diri, Zanirah mendapat petunjuk daripada Allah SWT bahawa dia perlu bertaubat. Zanirah sedar bahawa tindakan bodohnya itu bukanlah jalan penyelesaian. Dia mengaku bahawa nasihat ayahnya sangat betul!

Akhirnya, Zanirah memperbaiki dirinya sepanjang dia meghilangkan diri itu. Dia selalu bermuhasabah diri. Lebih-lebih lagi apabila dia selalu terkenangkan kisah hidup ayahnya yang lebih sukar daripada hidupnya.

Dia bersyukur kerana memiliki seorang ayah yang hebat. Dia menyesal kerana menyusahkan ayahnya. Dia tahu, dahulu imannya tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan dia lupa hukum hakam.

Berkat doa ayahnya, Zanirah kembali ke jalan yang betul. Zanirah semakin rajin mendekatkan diri kepada Ilahi. Ayahnya menjadi sumber inspirasi.

Zanirah tidak tahu sejak bila dia mula suka dan selesa dengan kehidupannya kini.

Apa yang dia tahu, dia berazam untuk tidak lagi mengecewakan ayahnya lagi. Dia akan berusaha untuk sentiasa menjaga hati ayahnya. Dia akan berusaha mengikut nasihat dan tunjuk ajar ayahnya.

Zanirah berbangga kerana dia memiliki ayah yang memahami dirinya. Ayah begitu sabar dengan kerenah Zanirah yang  selalu menyusahkan ayahnya.


"Ayah.... ayahlah lelaki yang paling kakak sayang" Air mata Zanirah mengalir deras. Ayah hanya tersenyum. Ayah memujuk Zanirah agar tidak menangis lagi.

Akhirnya, kehidupan ayah dan Zanirah kembali seperti biasa. Zanirah menjadi anak yang paling ikhlas menjaga hati ayahnya. Dia berusaha menjadi anak yang solehah.

-THE END-


Merepek? Tak kesahlah... janji aku puas hati... Tata... Assalamualaikum ^^

Labels:


0 Comments posted :

Post a Comment


Follow or leave ?

Chatting Here


Don't use harsh word
Put your blog url

SHOUTBOX CODE HERE
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: