'cookieChoices = {};' //Sweetest diary

ASSALAMUALAIKUM

Asssalamualaikum and hye visitor...Aku Liyana Lee. Boleh check IG aku @liyanairah_lee | Manusia Biasa | Masih sibuk mencari kebolehan diri | Doakan yg baik-baik utk aku dunia dan akhirat. Tekan Saya utk tutup blog ni


Friday 31 May 2013 • 00:17 • 0 Sweet hearts


Kesinambungan DIA AYAH SAYA.




Buah tangan daripada seorang sahabat. Kesinambungan DIA AYAH SAYA..
Oleh NS2.





"Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan." Ayah diam seketika. Sesekali, ayah mengusap lengan. Barangkali menghalau nyamuk yang leka menghisap darah. Ayah, tidak pernah memukul nyamuk. Kata ayah suatu ketika dahulu : Nyamuk juga makhluk Allah. Ia juga perlu darah untuk hidup. Macam manusia, yang perlukan nasi dan air untuk hidup.

"Kamu masih ingat rukun Islam, nak?" Ayah memandang sekejap wajah Zanirah.

Zanirah terkebil-kebil mendengar pertanyaan ayah. Terbejat seketika otaknya. Bukan dia tidak tahu rukun Islam. Cuma dia lupa rukun Islam ada berapa. 5 ? 6 ? 8 ?

"Ayah yakin, Zan mesti ingat ? Bukankah kita Islam ? Bukan Islamlah kita jika rukun Islam tidak ingat tapi lirik lagu yang berjela, sinopsis novel yang berpuluh perkataan kita ingat. Kan ?" Hujung kata, suara ayahnya bergetaran.

Zanirah melirik mata ke arah ayahnya. Walaupun keadaan lampu di anjung rumah tidak terang, jelas mata ayahnya ditakung air.

"Zan, ayah sedih melihat anak muda zaman sekarang. Terlalu leka dengan dunia. Tapi akhirah, mereka lupa. Mereka seseolah lupa akan wujudnya akhirah. Bibir hanya mengalunkan seni lagu tapi zikir ? Tidak pernah. Atau barangkali, tidak tahu zikir. Zan, kita ini sekadar perantau, nak. Perantau. Bukannya pemilik dunia. Bukannya pemilik alam semesta yang hidup selamanya. Tidak. Kita cuma perantau." Ayah mengelap air mata yang pastinya gugur. "Kamu tahukan kehidupan perantau bagaimana? Lihat tv, sudah cukup untuk kita gambarkan kehidupan perantau itu bagaimana. Kita sebagai perantau di atas muka bumi ini, harus sentiasa sedar yang hidup ini tidak selamanya. Bekalan yang kita perlukan untuk terus 'hidup' ialah amal kebaikan, nak. Amal ibadat itu penting. Biar di dunia kita diuji dengan pelbagai ujian, tapi biarlah diakhirat kita dilimpahi kebahagiaan selamanya."

Zanirah mengangguk. Sambil mendengar, dia cuba ingat kembali rukun Islam. Tak dapat dinafikan, agak sentap dia mendengar kata-kata ayahnya. Walaupun ayah mungkin tidak menyindirnya, tapi hatinya terasa ngilu kerana dia sendiri ingat lirik lagu tapi rukun Islam, dia lupa. Ahhhhh...mahu dia rujuk balik buku agama ayah di almari.

"Zan, jangan ya nak meruntuhkan agama Islam. Jangan jadi sebahagian daripada insan yang lupa akan agama Allah. Jika ada yang tergelincir dari landasan Allah, bimbinglah dia, nak. Agar dia bersama-sama dengan kita semua yang memelihara agama Allah. Kamu tahu bagaimana caranya tidak mahu meruntuhkan agama Islam, Zan?" Ayah memandang Zanirah.

Zanirah sekadar menekur lantai anjung rumah yang hanya papan. Dupdapdupdap..dia berharap ayahnya tidak menyoalnya lebih-lebih. Dia, sungguh lupa !

"Berpeganglah pada rukun Islam dan rukun iman. Tahu apa rukun Islam, nak ?"

Bagai ada batu menghempap, dia menggigit bibir.

"Mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah), menunaikan zakat. Dan rukun iman pula,  percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah." Ayah tersenyum melihat Zanirah. Dia tahu, anaknya itu pasti lupa. Dia tidak salahkan anaknya. Yalah, sekarang ini bukan mudah untuk menepis anasir-anasir luar yang mempengaruhi anaknya. Lagi-lagi dahulu anaknya tinggal di bandar. Pastinya mudah anaknya goyah.

Ayah bangkit dan menepis habuk yang barangkali melekat pada kain pelekat. Zanirah mengangkat wajah. "Ayah nak masuk tidur ke?"

Ayah mengangguk. "Nanti malam, ayah nak bangun solat tahajjud. Nanti ayah kejutkan Zan ya?"

Laju Zanirah mengangguk. Dia mengangkat dulang dan belum sempat dia mahu melangkah masuk ke dalam rumah, ayah menepuk bahunya.

"Jangan malukan diri kita sebagai umat Islam kerana lupa rukun Islam dan rukun iman. Kerana itu asas Islam. Dan tanpa rukun Islam dan rukun iman, maka runtuhlah Islam kita. Zan jangan malu tanya ayah perihal agama, ya? Ayah sentiasa ada. Ada membantu Zan jika masih kelam lagi soal agama."

Dan..ayah pun berlalu meninggalkan Zanirah yang membatu di anjung rumah.




Pagi-pagi lagi ayah sudah keluar. Entah kemana, Zanirah kurang pasti. Malah, ayah sudah siap membeli sarapan pagi. Walhal ayah sudah maklum yang setiap pagi, dia akan siapkan sarapan. Tapi kali ini..

"Assalamualaikum!"

Zanirah berhenti menyapu sampah di ruang tamu. Laju dia menuju ke pintu rumah. Sempat dia mencapai tudung yang sememangnya disangkutkan pada kerusi.

Salam dijawab.

Namun, semangatnya menjawab salam dan sedia menyambut tamu terus layu bagaikan kuntuman bunga yang layu tanpa zat. Melihat gerangan yang datang, dia menjadi takut dan juga marah. Dalam keadaan dia diamuk rasa marah dan takut yang bersilih ganti, tanpa sedar dia menyumpah seranah dalam hati akan kehadiran insan itu.

Kenapa tidak mati sahaja lelaki itu? "Kau nak apa?" Keras nadanya. Langsung tidak menyelitkan kemesraan menyambut tamu. Wajah insan itu langsung tidak dipandang. Khuatir akan termuntah pula. Jeliknya akan lelaki itu, hanya Allah sahaja yang tahu.

"Zanirah, aku datang nak lawat kau. Akhirnya, kau dah pulang setelah sekian lama kau tinggalkan kampung kita ini."

Kita? Berkerut dahi Zanirah mendengar kata nama 'kita' yang digunakan lelaki itu untuk menunjukkan seseolah mereka sangat mesra. Sejak kejadian itu, istilah 'kita' antara mereka berakhir. Berakhir !

"Kau apa khabar?"

Zanirah memeluk tubuh. Rahangnya kelihatan bergerak. Ternyata dia amat tidak senang kehadiran lelaki itu. Kerana lelaki itulah, dia..

"Kau tak nak, jemput aku masuk?"

"You better leave now!" Lurus tangan kanan Zanirah menyuruh lelaki itu segera pergi. Makin dia bersabar, makin marah pula dia. Ternyata, belum masanya untuk dia memaafkan lelaki ini.

"Zan.."

"Encik Nabil, awak faham atau tidak bahasa Inggeris? Saya rasa awak faham memandangkan awak tokoh pidato Bahasa Inggeris suatu ketika dahulu." Keningnya terangkat. Ya Allah, menghadapi hambaMu ini sangat mencabar imanku. Ku mohon, berikanlah aku kekuatan.

"Apa kata, kau dengar dulu apa aku nak cakap.."

"Tempoh untuk kau bagi penjelasan dah tamat. Dah lama tamat ! Kalau kau bagi penjelasan pun, dah tak ada gunanya. Now, better you leave atau aku panggil ketua kampung ?"

"Apa..susah sangat ke kau.."

Zanirah mencelah. "Nabil ! Tak cukup ke selama ni kau mendera aku? Hari ini kau nak dera aku lagi? Please, I'm begging you. Leave my house now."

Nabil terkedu. Melihat raut wajah Zanirah yang tegang, dia tahu, kawan baiknya suatu ketika dahulu masih tidak dapat memaafkan dia. Jika dia mengingati kisah dahulu, ya, dia akui, dia sangat kejam membiarkan Zanirah kesepian menepis segalanya. Dia..sememangnya sangat berdosa terhadap Zanirah.

Tapi, dia bukan tidak pernah cuba mencari Zanirah setelah mendapat tahu gadis itu merantau. Dia mencuba. Tapi, akhirnya menemui jalan buntu. Nak tak nak, dia terpaksa mengalah. Dan semalam, emaknya entah bagaiman terlepas cakap perihal kepulangan Zanirah yang hampir tiga minggu. Hanya Allah sahaja tahu betapa syukurnya dia mendengar berita tidak sengaja itu. Sungguh, dia mahu memohon ampun terhadap Zanirah.

"Okey. Aku..akan pergi. Tapi, please bagi aku peluang untuk cakap. Aku nak kau tahu yang.."

"Peluang ? Peluang 8 tahun lalu..tidak cukupkah, Encik Nabil? I think, it too much when I give you chance long time ago, but you never appear. So, dengan segala rasa hormatnya, sila pergi sekarang. And for your information, you should glad I'm does not kill you." Bergetaran nada Zanirah menahan amarah.

Sepantas kilat, dia menutup pintu rumah. Rapat. Akhirnya, dia bersandar pada pintu rumah dan melurut duduk menahan tangis. Amarah yang tadi dia cuba tahan, akhirnya menerbitkan airmata. Terhinggut-hinggut bahunya menahan tangis. Demi tidak mahu Nabil mendengar tangisannya, dia menggigit bibir sekuat hati.

Kenapa..lelaki itu harus muncul tatkala dia sudah menemui kebahagiaannya sendiri?


Nabil terkedu mendengar kata-kata Zanirah.

'And for your information, you should glad I'm does not kill you.'

Begitu marahnya Zanirah, sehingga Zanirah terfikir mahu membunuhnya. Ya Allah, sungguh aku kejam. Apa yang harus aku lakukan. Ku pohon, lembutkanlah hati Zanirah, Ya Allah. Nabil melepaskan keluhan berat. Bungkusan apam balik yang dibelinya tadi dipandang lama. Lambat-lambat, dia meletakkan bungkusan itu di atas tangga rumah ayah Zanirah.

Nabil mula membuka langkah meninggalkan rumah ayah Zanirah. Silap diakah kerana tidak datang pada masa yang tepat? Barangkali jika ayah Zanirah ada di rumah, Zanirah akan menjadi lembut. Tapi..sangkaannya meleset.

Zanirah yang dulu, bukan Zanirah yang sekarang. Watak dahulu dan sekarang, sangat jauh beza. Zanirah yang dulu sangat baik. Tidak pernah melenting. Sekalipun tidak pernah marah. Tapi, Zanirah sekarang hampir membuatkan dia jatuh terduduk. Silapnya kerana mengubah watak Zanirah.

Dia..rindu Zanirah yang dulu.

2005_

"Lusa dah nak SPM. Kau takut tak?"

"Mestilah takut. Penentu masa depan. Aku takut, aku tak pass je."

"Eyyy..mana boleh. Kau dapat anugerah pelajar terbaik setiap tahun, takkanlah tak pass SPM pulak."

Zanirah sengih. Tak tahu nak bidas apa lagi. Kata-kata Nabil ada benarnya.

"Kau, nak jadi apa nanti bila dah graduate?"

"Pensyarah..kot?" Zanirah meletakkan hujung jarinya di hujung bibir sambil matanya menelek langit seseolah memikir. "Aku pun, tak sure. Kau?" Wajah Nabil dipandang senang.

"Doktor. Doktor pakar bedah."

"Kau suka bedah orang?"

Nabil mengangguk.

"Kenapa?"

"Bila aku bedah orang tidak kiralah kat jantung ke, kepala ke, perut ke..aku dapat melihat dalam badan manusia. Masa tu, barulah aku tahu, betapa agungnya ciptaan Illahi yang selama ini tidak pernah aku nampak."

"Kat tv kan ada."

"Kau ingat tv tu betul ke?"

"Betullah. Takkan tipu kot."

"Tu semua tipu ajelah."

"Ye ke?"

"Kalau betul pun, mesti diaorang ambil mayat dari India."

"India?"

"India ni kalau kau nak tahu, merupakan sumber mayat no satu di dunia."

"Seriously?"

"Yep.."

Zanirah mengangguk mengerti dan membuang pandang ke arah sawah padi yang terbentang luas. Padi hampir menguning. Nanti, bolehlah tengok mesin padi memenuhi sawah. Awwhhhh..suasana yang sangat seronok. Sebab masa itu, keadaan sawah tidak lagi dipenuhi padi. Bolehlah main kejar-kejar di sawah nanti.

2013_

Tapi, itu semuanya sebelum keadaan makin teruk.

Ketika itu, semuanya menjadi kelam kabut.

Dan, masa itulah jugak dia mendapat tawaran ke luar negara bagi menyambung pelajaran ke Switzerland dalam medik. Nabil meraup wajahnya. Nak tak nak, dia terpaksa akur akan saranan emaknya dan akur akan situasi memburuk.

MEI 2006_

"Aii..Zanirah, mana buah hati pengarang jantung kau tu? Tak pulak aku nampak kau berkepit dengan dia macam dulu." Suara Mak Timah, pemilik kedai runcit memecah gegendang telinganya tatkala kakinya melangkah masuk ke kedai.

Zanirah mengetap gigi dan meneruskan langkahnya menuju ke rak makanan dalam tin. Tin sardin, diambil dua. Tin pes tomato diambil satu.

"Takkanlah betul apa orang cakap yang dia lari dari engkau sebab kau dah..mengandungkan anak dia, kot?" lagi sekali, Mak Timah melaung dari kaunter kedai.

Zuppp! Tali jantung Zanirah hampir terputus mendengar kata-kata Mak Timah. Jika tidak mengenangkan dia di kedai, mahu dia rebah di situ! Apa silapnya dia sampai orang menuduh dia membuntingkan anak Nabil! Bukan dia tidak tahu, dia selalu dikaitkan dengan Nabil, anak ketua kampung. Dan bila Nabil menghilang tiba-tiba, dia dituduh pula mengandung anak luar nikah. Astagfirullah. Fikiran apakah orang kampung ini?

DISEMBER 2005_

"Korang ni, bercinta ke?" soal Sara, penolong ketua kelas sebelum mereka meninggalkan sekolah buat kali terakhir sebagai seorang pelajar. Hari ini, rasminya tamat peperiksaan SPM. Girangnya tidak dapat digambarkan. Sungguh riuh dewan sekolah ketika itu.

Nabil ketawa. Zanirah mengerutkan dahi.

"Bercinta?" Soal mereka serentak. "Gi-la. Kitaorang kawan ajelah." Nabil menyambung.

"Habis tu, apasal korang asyik berkepit? Tak lemas?"

"Berkepit sebagai kawan baik, tu bukan bercinta namanya, Ra." Zanirah mengambil kedudukan menjawab pertanyaan Sara pula.

"Lagipun, rumah kitaorang sebelah-sebelah aje kot."

"Yeah.."

"So, tak bercintalah ye?"

Kedua-duanya mengangguk laju. Sara mengangguk kelihatan berpuas hati.

"Kenapa tanya? Kau jealous ye?" Nabil ketawa di hujung kata. Pernah juga ada dengar gossip mengatakan Sara menyukai dia. Tapi sejak Sara bertunang dengan seorang lelaki yang tua setahun dari mereka, gossip itu terkubur begitu sahaja. Muda betul Sara bertunang. SPM belum habis, dah bertunang.

"Taklah. Aku prihatin je. Pening kepala aku dengar cerita tak sedap pasal korang ni."

"Pasal apa?" soal Zanirah. Hatinya mula tidak enak. Nabil di sebelahnya lekas matikan tawa.

"Pasal koranglah. Tak habis-habis kata korang ni bercinta. Tunggu greelight dari parents je nak kahwin."

Terus mereka terbisu.

FEBRUARI 2006_

"Saya tak ada apa-apalah dengan Nabil tu. Kami cuma kawan."

"Kawan ke? Tak nampak macam kawan pun." Diam. "Kamu tu dah anak dara, Zan. Kena jaga batas pergaulan. Ingat, Nabil tu lelaki!"

"Mak Lang, kan saya dah cakap, saya memang tak ada apa-apa dengan Nabil. Kami kawan baik. Dia ambil berat pasal saya dan sebaliknya." Sukar betul apabila menghadapi bicara dengan Mak Lang - mak Sara.

Dia tahu, Mak Lang sangat prihatin akannya memandangkan dia merupakan tutor Sara. Tapi, ini sudah lebih. Dia langsung tiada apa-apa perasaan terhadap Nabil. Dan Nabil juga begitu.

"Yalah. Mana tahu, Nabil ada perasaan pada kamu."

"Apa Mak Lang ni!"

2013_

Zanirah berteleku di atas tikar sejadah. Suara ayahnya mengaji, sayup-sayup kedengaran. Ayah memang rajin mengaji. Dalam sebulan, adalah jugak beberapa ayah khatam. Kagum melihat si ayah. Pernah juga dia teringin khatam seperti ayahnya, tapi selalu sahaja gagal. Ada sahaja perkara yang membataskan niatnya.

Lama termenung, dia teringat pula Nabil - lelaki yang tanpa notis tiba-tiba sahaja muncul depan rumah ayahnya. Kejutan itu sedikit sebanyak memberi kesan dalam dirinya. Benci yang dulunya disimpan dalam hati kini marak kembali. Adakalanya dia terfikir, dosa apakah dia sehingga ditakdirkan untuk menjadi kawan kepada lelaki itu ? Dia yakin, tanpa lelaki itu, dia tidak akan mengalami peristiwa gelap.

Perstiwa yang menjadi punca dia hampir membunuh diri.

Mujur ayah ada. Jika tidak..

"Zanirah.."

Zanirah tersentak. Dia mengangkat wajahnya lambat-lambat. Kelihatan ayahnya sedang berdiri di pintu biliknya. Senyum. Ayah..tak pernah lekang dengan senyuman. "Ada apa, yah ?"

"Menungkan apa nak ?"

Terkebil-kebil anak mata Zanirah mendengar pertanyaan si ayah. Perlahan-lahan dia menegakkan badan dan berdehem. Tidak sangka dia perilakunya ditangkap ayah. Dah lama ke ayah berdiri situ ? "Err.."

"Kalau ada masalah, ceritalah pada ayah. Ayah, sedia mendengar."

Zanirah tidak beriaksi. Sebaliknya dia mengeluh berat.



"Zan..tak dapat maafkan dia ayah. Kemunculan dia pagi tadi pun dah cukup buat Zan rasa mahu jadi seorang pembunuh." Setitis air matanya tumpah ke pipi. Mengalir jatuh ke telekungnya.

Selanjur itu, ayah mengucap. Terkejut akan kata-kata anak daranya. Tidak sangka betapa dendamnya Zanirah terhadap Nabil sehingga terfikir mahu menjadi seorang pembunuh. Sedikit kesal kerana dia terlepas pandang akan anaknya ini. Sangkanya, Zanirah sudah lama melupakan hal itu dan mungkin Zanirah sudah tidak mahu ambil kisah lagi. Tapi..hari ini membuktikan tafsirannya selama ini silap.

Ya Allah. Ampuni aku kerana mengabaikan anakku ini. Silapku tidak mendidik sepenuhnya. Ayah menarik nafas dalam. "Zanirah, bawak mengucap nak. Kamu sedarkah apa yang kamu sudah katakan tadi ? Pembunuh ?"

Zanirah diam.

"Zanirah, kamu tahu tak jika kamu membunuh Nabil, itu dikira sebagai qatlu al-amad yang bermaksud pembunuhan sengaja ? Dalam Al-Quran Surah An-Nisa' 4:93 - Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.' Zan, kamu mahu masuk ke neraka Jahannam? Kalau benar kamu mahu membunuh Nabil, ingatlah akan peristiwa Qabil terhadap Habil. Qabil yang membunuh Habil, akhirnya menyesal akan tindakannya yang terburu-buru. Membunuh itu bukan jalan penyelesaiannya. Ayah yakin, kalau kamu membunuh Nabil, kamu tidak akan dapat kepuasan. Kepuasan di mana selama ini kamu mencari, Zan."

Lembut namun tegas. Mencucuk sanubarinya. Tidak semena-mena dia menangis kecil. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangis. Wajahnya memerah bagaikan udang bakar. Kalau tidak kerana Nabil, pasti dia tidak perlu laluinya.

Melihat anak daranya menangis, hatinya rawan. Ditarik anaknya dalam pelukan. Ditepuk lembut. Zanirah tiada emak sebaik sahaja isterinya meninggalkan alam fana ini. Sejak perginya isteri, dialah ibu, dialah ayah kepada Zanirah. Kini, Zanirah di hadapannya memerlukan dia dan juga isterinya. Anak yang dikasihi itu, dialunkan selawat.

"Ayah..sakit sangat bila dia tinggalkan Zan macam itu. Dia sikit pun..tak lindungi Zan. Zan sahaja seperti orang bodoh menegakkan benang basah." suaranya tenggelam dalam tangisan.

Akhirnya, pecah takungan air mata ayah. Ayah mengangguk faham. Bukan dia tidak tahu, dia tahu! Malah dia juga pernah rasa marah terhadap orang kampung dan Nabil yang menghilang - seseolah ambil ringan. Tapi, apakan daya. Dia mahu menentang orang kampung, adalah mustahil. Jalan terbaik, dia sujud dan mengadu pada yang Maha Mendengar.

"Allah..sentiasa menguji kita dengan pelbagai jenis dugaan. Antaranya, dugaan yang menimpa ke atas dirimu, nak. Jadilah orang yang sabar dan ikhlas, nak. Kerana itulah orang yang Allah paling sayang. Ingat ya, nak. Yakinlah, Allah sentiasa ada melindungimu."

MEI 2006_

"Nabil! Nabil!!!"

"Eh, Zanirah..kau dah hilang akal ke apa ? Terjerit-jerit panggil anak aku kenapa?" Dari belakang rumah, mak Nabil muncul membawah penyapu lidi. Barangkali, wanita itu sedang menyapu halaman belakang tatkala dia memanggil Nabil agaknya.

"Mak cik, Nabil mana?"

"Ada apa kau mahu mencari dia?" Terjengil anak mata wanita itu.

Zanirah menelan liur. Matanya melilau sekeliling mencari kelibat Nabil. "Nabil!" Mana Nabil? Bil, aku ni. Keluarlah!

Mak Nabil tidak duduk diam. Penyapu lidi dicampak ke tanah. Dia lekas merapati Zanirah. Bukan dia tidak kenal, Zanirah inilah punca nama anaknya menjadi busuk. "Kau nak apa cari dia?!"

"Mak cik..tolonglah saya. Mana Nabil ?"

"Dia tak ada! Kalau dia adapun, aku haramkan dia jumpa kau. Dasar perempuan murah! Hei, kalau tak kerana kau, anak aku tak dipandang hinalah dengan penduduk kampung!"

Zanirah terkedu. Nabil..tak ada ? Separuh jiwanya menghilang. Namun, sekejap sahaja. Kata cacian mak Nabil langsung tidak diendahkan. Itulah yang ditelan sejak akhir-akhir ini. Bukan mak Nabil aje, malah kesemua penduduk kampung mencemuhnya dengan cacian yang sama."Dia ke mana?" Kemana Nabil akan pergi, aku akan kejar. Hanya Nabil yang dapat bantu aku!

"Kenapa? Kau nak jadikan anak aku sebagai pak sanggup!?" Serentak kata-kata itu, mak Nabil menampar kuat perut Zanirah yang disangka 'berisi'. "Jangan harap Zanirah oiii! Aku haramkan dia jadi ayah kepada budak haram tu!"

"Apa mak cik ni! Kenapa percaya benda karut semua tu!? Kami sikit pun tidak pernah pegang tangan, apatah lagi mahu terlanjur. Ada baiknya mak cik jaga mulut mak cik! Jangan menyesal!"

Mak Nabil mendengus. "Kau ingat, aku takut dengan ancaman kau, perempuan murahan? Dasar penggoda. Tak cukup ayah kau, Nabil pun kau mahu jadikan sasaran?!"

Astagfirullah. Hampir pitam Zanirah mendengar tuduhan melampau mak Nabil. Nabil, mana awak..kenapa awak tiada dikala saya memerlukan awak? Tidak semena-mena Zanirah jatuh terduduk di atas tanah. Bahunya terhinggut menahan tangis. Tidak cukup Nabil, kini ayahnya pula ? Allah..dugaan apa ni? Kenapa berat benar ?

"Mak cik..Nabil..mana ?" serak suaranya bertanya.

"Untuk apa lagi? Jadi pak sanggup?!"

"Saya kata, mana dia!!!!!!!!" Cukuplah..dia sudah hilang sabar. Tipisnya kesabaran di kala ini, cukup mencabar imannya.

"Dia dah berangkat ke Switzerland. Bagus betul anak aku tu. Dengar cakap aku supaya tinggalkan kau yang bukan sahaja dah goda dia, tapi membuntingkan anak untuk dia!"

Zanirah tersengih dalam tangis. "Saya..masih ada maruah. Saya ada harga diri. Sikit pun takkan saya lakukan hal jijik itu jika ianya sudah terbentang luas di hadapan saya. Kenapa..mak cik tuduh saya yang bukan-bukan jika..mata kepala mak cik sendiri tidak melihatnya?"

"Sebab..satu kampung dah cerita pasal kaulah!"

"Alangkah bodohnya manusia." Lambat-lambat dia berdiri dan meninggalkan perkarangan rumah Nabil. Apalah gunanya dia berdebat dengan manusia begini? Benarlah kata Imam Syafie suatu ketika dahulu, 'Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu'.

Air mata Zanirah, gagal berhenti seiring langkahnya. Seiring itu, kepala kosong. Dadanya sebu. Dia, tidak dapat berfikir waras.

Tanpa ada yang sedar, tangannya sudah dilumuri darah. Rupanya, disebalik genggaman tangannya, terdapat serpihan kaca. Makk..Makk..adik, nak ikut mak.

Zanirah pengsan tidak sedarkan diri.

2013_

Melihat anaknya tidak beriaksi, ayah yakin, anaknya itu sudah terlelap. Wajah Zanirah yang sembab dan comot dengan bekas air mata, dilap lembut dengan serbannya.

Dengan segala kudrat yang ada, mengangkat anaknya. Walaupun tidak sekuat lelaki muda, dia mencuba. Tidaklah dia mahu mengejutkan anaknya yang penat menangis. Cukuplah anaknya penat melepaskan rasa. Biarlah anaknya berehat.

Dahi Zanirah dikucup lama. "Orang yang menangis, tidak selamanya menangis. Sabarlah sayangku. Kelak, air matamu akan Allah gantikan dengan bahagia."



Sekali lagi, Nabil singgah ke rumah ayah Zanirah.

Pagi.

Takut..memang takut. Tapi, dia harus. Harus mendapat kemaafan dari Zanirah. Sumpah dia katakan, sejak dia berangkat ke Switzerland dulu, hidupnya kucar kacir. Semuanya serba tidak kena.

Zanirah.

Ya..kerana Zanirah, dia jadi begitu. Bersalahnya dia pada gadis itu bagaikan bukit yang tinggi.

"Assalamualaikum. Nabil ya?" Ayah yang entah dari mana, memberi salam dari belakang. Kelihatan ayah menuntun basikal tua masuk ke halaman rumahnya.

Nabil terkejut. Melihat ayah Zanirah, lekas dia mendapatkan lelaki itu dan mereka bersalaman. Sedikit segan apabila bukan Zanirah yang muncul tapi ayah Zanirah. Basikal yang dituntun ayah cuba diambil untuk membantu. Namun, ayah melarang lembut.

"Pergilah duduk. Nanti, pak cik bukak pintu depan. Zanirah memang macam tu. Pagi-pagi jarang bukak pintu rumah. Bukak pintu dapur aje tau. Tunggu ya, nak."

Nabil mengangguk seraya menghantar ayah dengan pandangan mata. Lega kerana ayah menerimanya dengan baik. Tidak macam Zanirah. Ahhh..Nabil, bukan silap Zanirah untuk layan kau ibarat sampah. Ini semua silap kau!

Nabil tunduk memandang tanah. Ya..silap aku.

APRIL-MEI 2006_

"Nabil..kamu tu elok-elok sikit dengan si Zanirah tu. Aku tengok dia tu miang semacam."

"Miang macam mana tu pak cik?" balas Nabil malas tatkala ditegur Pak Lut di gerai kuih hujung jalan. Malas sungguh apabila pagi-pagi lagi telinganya sudah disumbat dengan kutukan.

"Pak cik tengok..dia tu macam nak pancing kamu jadikan umpan dia. Yalah, tak cukup ayah, kamu pulak dijadikan sasaran."

Astagfirullah. Nabil diam tidak berkata apa.



"Aku hairan betul tengok si Nabil tu."

"Nabil mana?"

"Nabil anak kaulah!"

Mak Nabil mencebik. "Kenapanya?!" sedikit bentak wanita itu.

"Selalu sangat berkepit dengan Zanirah. Bukan itu aje, selalu betul Nabil tu belikan makanan untuk Zanirah. Aii..tak tahulah pulak aku si Zan tu tak berkaki." Mak Som menenyeh sireh ke dalam mulutnya. Laju dia mengunyah sireh. Sekejap sahaja, sudah oren giginya.

Mak Nabil mendengus. "Biarkanlah mereka. Diorang kawan kan? Takkan nak halang!"

"Yalah tu! Jangan-jangan si Zan tu mengidam!"

"Mengidam kenapa pulak?"

"Yalah, dah mengandungkan cucu kau!"

Terbelalak mata wanita tua itu.

2013_

"Dah lama ke sampai?" tegur ayah tatkala pintu depan dibuka ayah.

Sedikit tunduk hormat Nabil kepada orang tua itu. "Tak adalah lama sangat pak cik. Tak sampai seminit pun saya berdiri masa pak cik sampai tu." jawabnya mesra.

Ayah mempelawa Nabil duduk di sofa yang sememangnya diletakkan di anjung rumah. Ayah melepaskan lelah. "Pak cik sebenarnya baru aje balik dari kandang lembu. Bagi makan. Lepas tu jumpa Pak Deris. Dia nak tumbang seekor lembu untuk majlis kahwin anaknya dia nanti. Tak sangka pulak kamu nak datang. Kalau pak cik tau, pak cik keluar lambat sikit tadi sambut kamu datang."

"Eh..tak perlu susah-susah pak cik. Pak cik terima kedatangan saya ni pun, saya dah cukup bersyukur sangat." Suaranya mengendur. "Saya takut..pak cik tak terima kedatangan saya. Itu aje."

Bahu Nabil ditepuk. "Tidaklah. Jangan risau. Pak cik sentiasa sambut sesiapa yang sudi bertandang ke teratak buruk pak cik ini. Kalau kamu fikir, pak cik masih terasa dengan sikap kamu beberapa tahun yang lalu, kamu silap. Sudah lama pak cik lupakan. Sedikit pun, pak cik tak simpan dendam. Kamu perlu risaukan.."

"Ayah, siapa datang tu? Nak Zan buatkan teh ke?" Suara Zanirah tiba-tiba kedengaran dari dalam rumah.

Kedua-dua kening Nabil dan ayah terangkat dan bibir mereka menguntum senyum. Panjang umur Zanirah. Ayah menepuk bahu Nabil lagi sebelum bangun mahu mendapatkan Zanirah. Nabil sudah tidak keruan. Terasa memulas perutnya memikirkan hal yang akan berlaku kelak jika Zanirah tahu dia muncul lagi.

Namun, terlambat untuk ayah bertindak.

Zanirah terlebih dahulu menjengah ke anjung rumah siap bertudung. Dan keadaan seseolah berhenti seketika.

Mata Zanirah yang sedikit sembab jelas menunjukkan betapa kecewanya dia melihat susuk tubuh Nabil. Lama dia memandang Nabil yang kelihatan serba salah sebelum beralih pada ayahnya. Bertentangan dengan mata ayah, dia jadi lemah. Hatinya yang mula dirasuk dendam, kembali normal.

Lambat-lambat dia tersenyum. Biarpun tidak manis seperti selalu.

"Zanirah..buatkan teh." dan gadis itu meninggalkan tempat mereka.


"Aku..minta maaf, Zanirah."

Ayah yang memerhati sekadar mengangguk. Hujung matanya memerhatikan pula tindak balas si anak. Jauh dari sudut hati, dia berdoa agar Allah lembutkan hati Zanirah.

Zanirah diam. Maaf ?

HUJUNG APRIL 2006_

"Aku penat dengar mereka mengata aku. Sekali dua dengar, tidak mengapalah. Tapi..ini sudah melampau. Ke mana sahaja aku pergi mereka kata aku mahu memancing kau. Aku pandang kau sebagai manusia. Kenapa kau dipandang mereka seekor ikan?"

Nabil ketawa kuat. Kelakar betul kata-kata Zanirah. Karipap yang tadinya mahu disuapkan ke dalam mulutnya, tidak jadi dia suap.

"Kenapa kau ketawa?"

"Kelakar."

"Apa yang kelakar?"

Nabil menggeleng. Kalau diterangkan pun, Zanirah pasti akan mempersoalkan lagi dan lagi.

"Kau tak penat mereka mengata kita berdua?"

"Alah..biarkanlah mereka nak kutuk kita pun. Pahala mereka, free aje transfer kat kita."

"Mudahnya kau berkata."

"Betullah aku cakap. Buat apa nak kisah pasal orang yang mengata kita? Mereka itu mengata kita tanpa bukti sahih. Biarlah mereka mengata kita. Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. So, jangan risau. Suatu hari nanti..Allah akan balas segala perbuatan mereka."

"Tapi..hati aku sakit."

Nabil diam.

2013_

"Kau hilang..tanpa sedikit pun beritahu aku. Dan bila aku pulang sini, kau minta maaf?"

Nabil menelan liur. Silapnya tidak memaklumkan hal itu kepada Zanirah. Walhal, Zanirah awal-awal lagi sudah berpesan agar memaklumkan jika dia mahu berangkat ke mana-mana.

"Aku..aku fikir mak aku akan bagitahu kau."

Zanirah tersengih tawar. "Mak kau..memang bagitahu aku. Tapi kau tahu apa sebagai tambahan?" Lambat-lambat Zanirah memandang tepat anak mata Nabil. Kelihatan anak matanya dibanjiri air mata yang bila-bila masa sahaja akan tumpah. "Cacian. Makian." Ditekan suaranya. "Aku cari kau bagai nak gila, tapi kau tak ada. Rupanya..dah beribu batu kau tinggalkan aku. Hairannya, kau begitu santai meninggalkan aku seseolah aku hidup aman damai disini dengan segala makian orang kampung. Mana belas kasihan kau, Nabil!" Tegas.

Nabil kehilangan kata. "Aku..aku.."

"Kau dah janji akan ada di samping aku tidak kira macam mana pun dugaan. Tapi.."

APRIL 2006_

"Aku ada. Kau jangan risau. Teruk macam mana kau pun, aku tetap ada menjadi pelindung kau. Kau jangan risau. Aku janji!"

MEI 2006_

Nabil melepaskan nafas berat. Perlahan-lahan fotonya bergambar dengan Zanirah dikoyak empat dan dilepaskan ke lantai KLIA. Lambat-lambat dia melangkah meninggalkan balai berlepas.

Maafkan aku Zanirah. Aku..pergi meninggalkan kau demi mencari kehidupan baru.

Teringat kata emaknya malam tadi. 'Kau tak payahlah duduk sini, Bil. Cari kehidupan baru di sana. Kampung ini, tahu ajelah macam mana. Mulut orang itu tidak reti duduk diam. Lupakan Zanirah. Kalau dia betul kawan kau, pasti dia tahu kau akan berangkat esok!'

Walhal..emaknya tidak tahu, dia tidak beritahu Zanirah kerana khuatir Zanirah sedih ditinggalkan dia. Lagipun, jika Zanirah datang pun, emaknya akan halang Zanirah daripada jumpa dengan dia. Sudah maklum sangat perangai emaknya yang berubah menjadi agresif sejak fitnah antara dia dan Zanirah melanda kampung mereka ini.

Zanirah..kenapa kau tidak tepis fitnah mereka? Benarkah kata-kata orang kampung kau mahu jadikan aku..sebagai..ahh.

Tapi..Nabil, kau dah janji untuk kawan dengan dia tidak kira apa pun berlaku. Kau janji dengan dia untuk lindungi kau. Mana janji-janji kau Nabil? Kau tak kasihankan Zanirah yang keseorang difitnah? Kalau tak kerana kau, pasti semua tidak berlaku. Kau sendiri mahu berkepit dengan Zanirah walaupun beberapa kali Zanirah menolak.

Konon..Zanirah sangat selesa dijadikan kawan baik. Malah..isteri?

Langkah Nabil terhenti. Dipandang ke belakang. Agak jauh balai berlepas dia tinggalkan. Kini, dia tersepit.

Zanirah..

2013_

"Aku  keliru. Aku.." Nabil menarik nafas dalam. "Jujur aku katakan, sepanjang aku di sana, aku sangat hilang arah. Kelibat kau ada di mana-mana. Hidup aku tidak tentu arah. Semakin hari, semakin menggunung dosaku pada kau. Saban hari aku berharap dapat pulang ke Malaysia. Tapi, kau sendiri tahu..aku ditaja JPA. Bukan mudah untuk aku pulang sesuka hati. Kalau raya pun..aku beraya di sana. Kau pasti tidak tahu kan yang aku 6 tahun berturut tidak pulang kerana mahu mengumpul wang untuk pulang habis grad nanti. Dan bila aku dapat tahu kau sudah pulang ke kampung ini, aku rasa bersyukur sangat. Dan aku berharap dapat mendapat kemaafan dari kau. Tapi..mungkin belum masanya untuk kau maafkan aku." hujung kata, suara Nabil tenggelam timbul. Pastinya cuba menahan sebak.

Lagi sekali, Zanirah buat tidak peduli. Nak tak nak, ayah masuk campur. Degil juga anaknya ini.

"Nabil..kemaafan itu bila-bila masa sahaja boleh diberikan. Tidak ada tempoh tertentu untuk memaafkan seseorang itu. Zanirah, dalam Islam, ajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Mahukah Zan menjadi saudara syaitan?"

Soalan ayah tanpa tapis, sedikit memberi tamparan kepada Zanirah. Malu ditegur direct seperti itu di depan Nabil. Terasa dirinya dicabar!

"Tapi ayah..kalau tidak ikhlas memaafkan seseorang, tidak guna jugakkan?" sedikit membentak Zanirah. Pasti sudah kurang sabar dengan situasi yang menghimpitnya kini. Mengapa tiada yang memahami dirinya?!

Mata Nabil berlaga dengan mata ayah. Jelas Nabil hampir putus asa. Hampir berbelas tahun dia memendam rasa, dan apabila tiba masanya, dia tidak dapat dimaafkan.

"Nak..berwudhuk. Berwudhuklah kamu. Sekarang."

Zanirah terkedu.



Zanirah menggigit bibir. Sungguh, usai solat, hatinya tenang. Sungguh tenang. Malah, bila memikirkan kehadiran Nabil pun, dia tidak marah lagi. Tapi..dia keliru, perlukah dia memaafkan Nabil ?

Zanirah bersandar di balik pintu depan rumah. Dia masih serba salah mahu keluar. Jika dia keluar, bererti dia sudah memaafkan lelaki itu.

"Zanirah..sudahlah tu. Yang lepas tu, biarkan berlalu. Ayah tak ajar anak ayah untuk menjadi seorang yang kejam, nak." Tegur ayah dari luar. Bukan dia tidak tahu, anaknya menyorok di balik pintu. Nampak benar, Zanirah terlalu mengikut kata hati. Ego.

Zanirah mengetap bibir. Maaf? Atau..tidak? Lama dia menyoal hatinya untuk mendapat kepastian, akhirnya dia yakin akan jawapannya yang satu.

Ya Allah, kuatkan hatiku agar tidak mudah kalah dengan usikan syaitan. Teguhkan hatiku Ya Allah. Aku lemah tanpa bantuan dariMu. Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan langkah teratur dan tenang lagi penuh keyakinan, dia keluar mendapatkan ayah dan Nabil.


"Tahniah! Wahhhhh..tak sangka, akhirnya bersatu jugak korang." Gelak tawa memeriahkan lagi suasana.

"Makbul jugak doa aku wehhh!" Suara Saiful dari belakang cukup kuat untuk hampir kesemua tamu yang datang memeriahkan majlisnya ini.

"Ahhh..konon. Ye ye je doakan." Balas suaminya riang. Tangan kanan suaminya masih lagi erat memeluk pinggang si isteri.

"Betoi apa aku cakap ni. Hangg ni pun." Saiful menarik muka.

"Yalah, yalah..kami percaya." Si isteri membalas.

Lagi sekali, mereka ketawa riang.

"Cepat-cepat tau dapat anak."

"Saing dengan aku. Amacam?"

"Wehhhhhhhh!!!!!!!!!!!"

Gamat lagi dengan tawa mereka.

"Zan, Bil..kawan-kawan kamu tu baru datang ke? Ajaklah mereka makan."

Serentak mereka berdua berlipat maut mencari kelibat mak. Kelihatan mak dengan wajah serius. Pasti mak kurang senang apabila tetamu yang datang tidak dijamu seperti yang patut.

"Eh..diorang dah makan dah mak. Tinggal nak balik je. Tapi sangkut duk usik si Zanirah ni." Pantas Nabil mencubit pipi isteri kesayangannya. Yalah, isteri kesayangan. Isteri yang dia sayang sejak zaman dibangku sekolah lagi.

Zanirah mencebik. "Mak, tengok Nabil ni. Sejak bila jadi ketam?!"

Tawa mereka berderai lagi. Masalah betul! Masa kawan dulu, tak adalah nak gaduh macam ni.

Mak menggeleng dari jauh. Malas mahu campur isu suami isteri yang gaduh manja, wanita itu masuk ke dalam rumah. Panas terik memaksa dia untuk cepat meninggalkan kawasan khemah.

Lama mereka melayan rakan kelas, akhirnya seorang demi seorang meninggalkan kenduri mereka. Demi mencari ruang untuk berehat, Nabil menarik Zanirah ke bawah rumah. Isterinya ditarik duduk di atas ribanya. Akhbar lama yang entah dari mana, dijadikan kipas untuk mengipas isterinya. Baju pengantin isterinya dilihat rimas olehnya. Sudahlah tebal. Pasti panas gila sayang aku ni.

"Panas?"

"Tak."

Diam.

"Ayah..mana ye?"

"Entah. Tak nampak dari tadi."

Zanirah melilau matanya ke sekeliling halaman rumah. Tangannya sedikit berpaut pada leher suaminya. Mana ayah?

"Peliklah ayah ni."

"Ayah ada lah tu kat mana-mana. Janganlah risau."

Zanirah akur. Tisu di hujung meja yang dekat dengan mereka, ditarik beberapa helai. Dilap peluh suaminya yang meleleh. "Kesian awak."

Nabil sengih. "Tak apalah. Peluh awak tu, laplah. Habis make up."

"Alah, biarkan je la. Wajah awak yang macho ni perlu dipelihara. Mana tahu, awak nak pasang lagi satu. Senanglah awak petik yang mana-mana kan?"

Nabil menjengilkan matanya seraya menarik tangan Zanirah daripada mengelap peluhnya yang lain. "Awak seorang je, cukuplah."

"Iyelah tu.."

"Betullah. Saya bersyukur sebab tanpa ayah awak, mungkin kita tak kahwin. Kan?"

"Kalau Allah tak izinkan, tak guna jugak, awak. Ingat..Allah itu Maha Berkuasa menggerakkan hati saya untuk terima awak tau."

"Yalah..saya tau tu. Tapi, ayah awak itu bagaikan sudah dititipkan buat kita berdua untuk bersatu. Sukar mahu cari ayah macam ayah awak tu. Baik, tenang..selalu beri kata-kata yang bermakna. Saya..nak ikut jejak dialah."

Zanirah tersenyum bangga. Dahi suaminya itu dikucup lama. Ya, dia sudah jatuh cinta akan suaminya. Biarlah hal dahulu itu berlalu dengan begitu sahaja. Perlukah dia menoleh ke belakang dan berendam air mata lagi?

Bukak buku barulah. Itu lagi seronok. Terima kasih kepada Allah, dan ayah. Tanpa doa ayah..tidaklah dia jadi seorang yang pemaaf. Apa yang dikatakan suaminya itu benar. Sukar mencari ayah seperti ayahnya. Dia sangat bersyukur memiliki ayah. Orang yang sangat sabar, tenang, tegas tapi lembut..itulah ayah dia.

"Kalau macam tu, bahagianya hidup saya dapat suami macam ayah saya tu. Memang itu saya idamkan."

"Insya-Allah...saya akan bimbing awak ke Jannah, ya sayang." Tangan isterinya dikucup lama.

Zanirah tersenyum bahagia. Lama dia memandang suaminya mengucup tangannya. Bahagia. Itu sahaja.

"Dia..pasti boleh bantu kita menjadi pasangan yang solehah."

"Dia? Siapa?"

"Dia, ayah saya."




31052013 : 0202am



NS2.. Terima Kasih di atas buah tangan ini..
Saya menghargainya. Malah saya sangat berbesar hati dengan karya ini.
Andai kata saya(Larkspur.Liyana), awak (NS2) dan awak (NilliaVanilla) ditakdirkan untuk menjadi penulis.
Kalau ada rezeki kita hasilkan karya bersama-sama.
In Sha Allah ^^




credit :

1. http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2370-sn231-hukum-pembunuhan-menurut-islam
2. http://www.surah.my/4
3. https://www.facebook.com/ustaznazrul/posts/217799874969057
4. http://al-islam.wikidot.com/rukun-islam
5. http://al-islam.wikidot.com/rukun-iman
6. http://mysaffiyah.wordpress.com/hadis-40-imam-nawaw/hadis-3/
7. http://ziyaadah.blogspot.com/2009/07/kemaafan-dalam-islam.html





Thursday 23 May 2013 • 12:26 • 0 Sweet hearts


Sila tutup lagu blog ini... Tekan lagu di bawah.




"Ayah! Kakak dapat straight A's!!!" Ayah memandang anak gadisnya yang sedang memegang kertas yang sangat penting. Keputusan SPM.

"Iye? Bak sini ayah tengok." Zanirah menyerahkan slip keputusan SPM-nya itu. Dia pergi ke sekolah bersendirian. Sengaja tidak mahu menyusahkan ayahnya untuk ke sekolah. Kalau dekat tak mengapa juga. Ini jauhnya... hanya mereka yang bersekolah disitu sahaja yang tahu.

Ayah memerhatikan gred sembilan subjek anaknya itu.

'Hmm, BM= A+, BI= A-,PAI= A+, SEJ= A+, MM= A+, MT= A, PHY= A-, KIM= A-, BIO= A-'

Setelah berpuas hati menelek kertas tersebut, ayah mengukir senyuman.

"Alhamdulillah. Tak sia-sia ayah penat hantar kakak pagi, petang, siang, malam ke sekolah." Ayah mengusap kepala anak gadisnya itu.

'Terima Kasih Ayah' Zanirah hanya mampu berkata di dalam hati. Dia tidak mampu untuk melontarkan kata-kata tersebut kerana dia berasa sebak. Zanirah hanya menghadiahkan senyuman lalu memeluk ayahnya. Sekali lagi ayah mengusap kepalanya.

"Kakak nak beli apa-apa tak?" Ayah menyoal. Walaupun ayah nampak tenang tetapi percayalah di dalam hati, perasaan gembira membuak-buak. Segala kepayahan selama ini membuahkan hasil.

"Tak payah lah. Kakak tak nak apa-apa pun" Zanirah tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Ayah tersenyum lagi.

Walaupun anak gadisnya menyatakan dia tidak mahu apa-apa hadiah, ayah tahu, jauh di sudut hati anaknya mahu hadiah daripadanya. Ayah tidak kesah semua itu. Asalkan anaknya bahagia. Asalkan anaknya tidak menerima nasib yang sama seperti dirinya sewaktu kecil.

Ye, itu semua kenangan silam. Pengalaman pahit manis yang membuatkan ayah menjadi lelaki yang tabah. Yang membuatkan ayah mejadi lelaki yang bersemangat. Yang membuatkan ayah menjadi lelaki yang hebat.

"Siap cepat. Lepas zohor kita gerak." Ayah bersuara memberikan arahan.

"Gerak ke mana?" soal Zanirah.

"Ikut jelah" Zanirah hanya mengangguk.




Tapi itu cerita dulu.

Zanirah mengesat air matanya. Terasa berdosa.

Astaghfirullahaladzim...

Zanirah menuju ke bilik air. Dia segera berwuduk. Kemudian, dia membuka tafsir al-quran, surah Luqman ayat 14 menjadi tatapannya. Maksud ayat tersebut, "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

Setelah itu, Zanirah menangis lagi. Dia terkenangkan arwah ibunya. Malah dia turut terkenangkan ayahnya yang berada di kampung. Sekali lagi dia berasa berdosa.



Zanirah memandang ombak yang memukul pantai. 'Bila lah aku nak balik ni ye? Sampai bila aku nak jadi macam ni?'

Zanirah mengeluh. Dia kemudian hanya termenung jauh. Dia terkenangkan kisah ayahnya...


 "Assalamualaikum pak cik." Ayah menyapa seorang lelaki tua yang sedang membaca surat khabar. Ketika itu usia ayah 16 tahun. 

"Waalaikumusalam nak. Nak pesan apa?" Lelaki tua itu bersedia untuk mngambil pesanan.

"Eh... bukan-bukan. Saya datang ni ada hajat." Ayah mengukirkan senyuman. Berharap lelaki tua itu tadi bersetuju dengan hajatnya nanti.

"Hajat? Hajat apa?"Lelaki tua itu menyoal. Ayah cuba mengawal gentar di dalam hati.

"Sebenarnya pak cik, saya nak kerja dekat warung pak cik ni.... Boleh?" kata ayah.

"Oh. Kerja. Eh... boleh..boleh.. Lagi bagus. Sebab minggu lepas pekerja pak cik dah berhenti sebab dia sambung belajar. Tapi, kerja apa yang kamu nak?" Lelaki tua itu menyoal ayah kembali.

"Apa-apa kerja pun boleh." Wajah ayah berseri-seri. Terpancar kegembiraan pada wajahnya.

"Baiklah kalau macam tu. Anak tolong cucikan pinggan mangkuk dekat belakang tu. Oh... Anak nak mula kerja bila?" soalan lain pula yang terpancul daripada mulut lelaki tua itu.

"Hari ni pon boleh!" Ayah begitu gembira.

"Bagus-bagus..." 

Ayah kemudian memulakan kerjanya. Soal gaji sudah ditanya. RM 15 ringgit seminggu. Alhamdulillah. Lebih banyak nilainya jika dibandingkan gaji yang ayah perolehi hasil daripada menjaga anak buahnya. Iaitu anak kepada kakaknya. Hanya RM 20 sebulan. Mana lebih untung? 

Sudahlah ayah terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membeli susu, dan barang-barang lain untuk anak buahnya itu. Lebih menyiksakan apabila anak buahnya itu tidak sihat. Sekali lagi ayah terpaksa menggunakan duit sendiri yang sepatutnya untuk menampung perbelanjaan diri ayah, semata-mata hendak menghantar kakak saudara Zanirah ke klinik.

Walaupun begitu, ayah tetap juga membantu kakaknya. Kerana ayah tahu kakaknya sibuk dengan kerja. Lagi pun ayah masih bersekolah. Belum memahami apa-apa tentang pekerjaan kakaknya itu.
Ayah hanya redha dalam menjadi penjaga kepada anak buahnya.


Zanirah menghela nafas. Sesak dadanya menahan sebak. Dia tahu kisah hidup ayahnya. Kerana ayahnya selalu berkongsi cerita dan pengalaman. Kerana Zanirah tahu ayah tiada tempat untuk mengadu. Sejak dari ayah kecil, ayah memang tiada tempat mengadu. Selepas ibu Zanirah meninggal dunia, ayah sekali lagi tiada tempat berkongsi rasa. Jadi, Zanirah dengan rela hati menjadi pendengar setia.

Setiap kali mendengar cerita ayahnya, Zanirah berusaha menahan air matanya daripada mengalir. Walaupun wajah ayah ketika bercerita seperti tiada apa-apa. Zanirah tahu, ayahnya sangat terkilan.

Zanirah mengaku, ayah sangat tabah. Zanirah mengaku, dia tidak mampu untuk menjadi setabah ayahnya.

Lagi sekali, Zanirah terkenangkan lagi kisah ayahnya...


"Alamak... esok periksa Ilmu Hisab." Pak Cik Karim mengeluh. Ayah hanya memerhati abangnya itu. Ayah tahu esok merupakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Am Pelajaran.

Pak Cik Karim berjalan ke bilik. Ayah masih memerhati. Kemudian, Pak Cik Karim keluar semula. Ayah terlihat pada tangan Pak Cik Karim terdapat sehelai baju sekolah, sebuah buku dan pensil.
Pak Cik Karim berlalu pergi ke sawah. Ayah mengekori Pak Cik Karim secara senyap-senyap.

Pak Cik Karim kemudian duduk di bawah sepohon pokok berdekatan dengan sawah. Ayah bersembunyi di dalam sebuah pondok usang. Ayah tertanya-tanya tentang apa yang ingin dilakukan oleh abang keduanya itu.

Pak Cik Karim kemudiannya menyelak buku yang dibawa. Mata pensil mula menulis sesuatu pada baju sekolah tersebut. Barulah ayah mengerti. Rupanya Pak Cik Karim menulis nota pada baju sekolahnya. Ayah hanya menggeleng kepala. Tidak tergamak dia mahu membongkarkan rahsia abangnya itu. Biralah ianya terbongkar sendiri.

Pada keesokannya, ayah dan Pak Cik Karim menuju ke sekolah. Ayah membuat muka selamba. Pak Cik Karim tidak sabar hendak menduduki peperiksaan.

Beberapa bulan kemudian...

Keputusan peperiksaan Pak Cik Karim keluar. (Ibu kepada ayah) Nenek begitu bangga dengan keputusan Pak Cik Karim. Ayah hanya tersenyum hambar. Bukan apa, ayah cuma tidak sanggup hendak membayangkan bertapa kecewanya hati nenek sekiranya nenek tahu bahawa Pak Cik Karim meniru di dalam peperiksaan.

Tahun berikutnya, giliran ayah pula yang menghadapi peperiksaan besar seperti Pak Cik Karim. Nenek tidak tahu hendak mengatakan apa kerana nenek tidak pernah melihat ayah membuat ulangkaji.

Namun, ayah sentiasa tenang. Ayah tidak pernah risau tentang pelajarannya. Bagi ayah, cukuplah sekadar ayah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Walaupun ayah selalu ponteng sekolah.

Sehinggakan pada suatu hari, ayah hendak pulang ke rumah. Namun hasrat ayah mati kerana seorang guru Cina datang ke rumah. Ayah tahu mengapa guru tersebut datang. Dalam diam ayah bersembunyi. Ayah mencuri dengar perbualan antara guru Cina tersebut dengan atuk dan nenek.

Barulah ayah tahu...

Guru tersebut memberitahu bahawa ayah sebenarnya berpotensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Guru tersebut meminta bantuan daripada atuk dan nenek supaya memujuk ayah untuk sentiasa hadir ke sekolah. Rupa-rupanya nama ayah naik sebagai pelajar harapan sekolah.

Selepas beberapa lama berbincang , guru tersebut pulang ke rumah. Ayah berlalu pergi ke surau. Ayah tidak mahu pulang ke rumah dahulu. Kerana ayah tahu atuk dan nenek pasti bertanya berkenaan hal tersebut.

Setelah ayah yakin untuk pulang... Ayah melangkah masuk ke dalam rumah. Ketika itu atuk sedang duduk sambil membelek surat khabar.

"Lambat balik." Atuk bersuara. Ayah hanya membisu.

"Tadi cikgu kau datang. Kau nak sekolah ke tak nak?" Atuk bertanya dengan nada yang santai. Ayah masih diam. Ayah tidak tahu hendak memberikan jawapan apa.

"Abah tak kesah kau nak sekolah ke tidak. Kalau tak payah sekolah lagi bagus. Tak payah abah keluarkan duit untuk sekolah kau." Atuk kemudian bangun lalu mengusap kepala ayah.

Ayah hanya berdiri kaku. Tidak sangka, atuk langsung tidak kisah tentang hal persekolahan ayah.

Ayah cuba berfikir positif. Memang benar kata atuk, sekiranya ayah tidak bersekolah, atuk tak perlu bersusah payah untuk menampung perbelanjaan sekolah ayah. Sudahlah keadaan keluarga mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Walaupun ayah masih juga ponteng sekolah. Ayah datang juga ke peperiksaan besar tersebut.

Ketika itu merupakan kertas peperiksaan yang terakhir iaitu matapelajaran Ilmu Hisab. Semasa di dalam dewan peperiksaan, ayah masih tenang. Ayah menjawab soalan-soalan tersebut seperti tiada  perkara yang perlu dibimbangkan. Setelah setengah jam berlalu. Akhirnya ayah selesai menjawab. Seperti biasa, ayah memerhatikan rakan-rakan sekelas ayah. Masing-masing kelihatan tegang. Ayah kemudian bangun, lalu menghantar kertas Ilmu Hisab tersebut yang lengkap dijawab kepada pengawas peperiksaan.

Lalu ayah berlalu pergi. Rakan-rakan ayah hairan melihat ayah kerana ayah menjawab kertas tersebut terlalu cepat.

Keesokkannya, kawan ayah dan ayah sedang bermain bola. Ketika itu peperiksaan sudah tamat semalam. Kawan ayah bertanya.

"Weh, cepat betul kau keluar semalam. Kau jawab semua ke?"

"Ye, aku jawab semua. Kenapa?"

"Aku rasa soalan ilmu hisab tu susah lah. Macam mana kau boleh jawab ?"

"Eh? Aku rasa senang je."

Kawan ayah hanya mendiamkan diri. Dia tahu ayah merupakan pelajar yang boleh dikatakan senang memahami apa yang dia pelajari. Walaupun ayah selalu tidak hadir ke sekolah. Tanpa sedari kawan ayah mengagumi kehebatan ayah.

Setelah beberapa bulan peperiksaan tersebut tamat. Akhirnya keluar juga keputusan peperiksaan tersebut. Ayah seperti biasa, tenang.

Ayah melihat rakan-rakannya sudah membuat muka ketakutan dan gentar.

Tanpa menunggu lama, ayah mengambil keputusan peperiksaan tersebut daripada guru bertugas. Guru bertugas tersebut mengucapkan tahniah. Ayah hanya tersenyum tawar. Bagi ayah tiada apa yang perlu dibanggakan kerana keputusan ayah tidak terlalu hebat seperti Pak Cik Karim. Walaubagaimanapun, keputusan ayah memang cemerlang!

Ayah pulang ke rumah seperti tiada apa-apa. Atuk bertanya kepada ayah tentang keputusan ayah. Ketika itu nenek sedang berborak dengan jirannya. Ayah menunjukkan keputusan peperiksaan ayah kepada atuk. Atuk hanya mengangguk lalu menyerahkan kepada nenek.

Nenek pula melihat keputusan peperiksaan ayah. Nenek tidak menunjukkan wajah gembira seperti semasa Pak Cik Karim menunjukkan keputusannya. Wajah ayah tidak beriak.

Kemudian jiran ayah yang ada disitu bertanya kepada nenek.

"Macam mana dengan keputusan periksa?" Nenek lalu menyerahkan keputusan tersebut kepada perempuan yang sebaya dengannya.

"Alhamdulillah... Pandai ye anak kau." Perempuan tersebut menepuk-nepuk bahu ayah. Ayah tersenyum.

Namun senyuman ayah mati apabila nenek bersuara.

"Entah. Aku tak tahu lah dia meniru ke apa."

Ayah hanya mendiamkan diri. Ayah cuba bersabar. Ayah tahu, sejak kecil lagi nenek seolah-olah tidak pernah suka dengan apa yang ayah kerjakan. Ayah selalu terkilan. Tetapi lama-kelamaan, ayah menjadi lali. Sudah biasa dengan sikap nenek.

Ayah mengambil kembali keputusan tersebut. Lalu menuju ke bilik.

Di dalam bilik ayah mula terfikir untuk mencari kerja esok.


Zanirah melipat sejadah dan telekungnya selepas dia selesai bersolat. Zanirah merancang untuk pulang ke rumah ayah pada hari itu. Emosinya mula stabil. Dia kemudian memanaskan enjin kereta sebelum mula bertolak ke kampung.

Kemudian, Zanirah memulakan perjalanannya. Zanirah sempat membelikan sedikit buah tangan untuk ayah.

Ketika Zanirah sedang memandu... Sekali lagi Zanirah teringat akan cerita ayah.


Ayah berjalan di sekitar tempat perhentian bas itu. Ayah mencari-cari kelibat sahabantnya. Ketika itu ayah berada di Kuala Lumpur. Nenek dan atuk tidak tahu ayah ke situ. Sebabnya mereka tidak pernah peduli. Ini bukan kali pertama ayah berjalan jauh dari kampung tapi sudah berkali-kali.

"Assalamualaikum, sahabat lama." Irfan menepuk bahu ayah. Ayah bersalaman dengan Irfan.

"Waalaikumusam." Ayah menjawab salam.

"Jom. Kita pergi temuduga tu." Ayah mengikut langkah Irfan.

Setelah jauh berjalan, akhirnya mereka sampai juga disebuah bagunan. Ayah memandang Irfan. Irfan mengangguk. Memahami apa yang bermain di benak ayah.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bagunan tersebut.

Ayah dan Irfan mengambil giliran untuk ditemuduga. Mereka kini berada di sebuah pejabat kerajaan. Hanya beberapa orang yang ada disitu untuk menjalani proses temuduga bagi mendapatkan pekerjaan di pejabat tersebut.

Sejam berlalu. Tibalah giliran ayah untuk ditemuduga.

Ayah melangkah masuk. Ayah tersenyum sedikit. Sesi temuduga bermula.




"Macam mana tadi? Rasanya kau boleh dapat tak kerja dekat situ?" Irfan menyoal ayah. Ketika itu mereka berdua berada di sebuah kedai mamak, sedang menikmati roti canai bagi mengisi perut yang sudah kelaparan.

"Entah. Dia suruh aku buat benda pelik." Ayah mencicah roti canai tersebut ke dalam kuah kari.

"Haha... Mesti dia suruh kau angkat meja besar tu kan?" Irfan meneka.

"Haha... Betullah tu." Ayah mengiyakan. Mereka berdua ketawa.

"Habis, kau buat tak apa yang dia suruh." Irfan bertanya lagi.

"Tak. Sebab dia kata tak perlu. Aku pon duduk jelah." Irfan mengangguk.

Dua hari kemudian, ayah mendapat satu panggilan. Panggilan itu adalah daripada pihak kementerian yang ayah pergi temuduga beberapa hari yang lalu. Ayah mendapat tahu bahawa, ayah diterima untuk bekerja disitu.

Ketika itu ayah masih di Kuala Lumpur. Ayah berada di rumah Irfan.

Irfan pula, tidak berjaya untuk mendapat tempat disitu. Namun, Irfan tidak kesah kerana dia masih malas untuk bekerja.

Keesokannya, ayah mula bekerja di kementerian tersebut. Ayah memaklumkan kepada nenek bahawa ayah menetap di Kuala Lumpur. Nenek hanya mengambil ringan. Tidak kisah. Ayah juga tidak kisah.

Akhirnya setelah tiga bulan ayah bekerja di situ, gaji ayah mencukupi untuk ayah membayar sewa rumah dan membeli sebuah motorsikal. Sebenarnya ayah tidak sepenuhnya menggunakan duit gaju ayah, tetapi ayah banyak menggunakan duit ayah semasa ayah bekerja di warung, dan menjaga anak buahnya. Selama ini, ayah hanya menyimpan duit tersebut untuk membeli motorsikal.

Semua urusan ayah uruskan sendiri. Ayah tidak mengaharapkan atuk dan nenek. Ayah akan pulang ke kampung sebulan dua kali apabila ayah tidak sibuk.

Apabila ayah mempunyai duit lebih, ayah akan kirimkan duit tersebut kepada atuk dan nenek bagi menampung keperluan seharian. Ekonomi kewangan ayah mula stabil. Tidak lagi seperti dahulu.


Zanirah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah batu. Zanirah tidak sabar hendak melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

Sudah 3 bulan dia tidak kembali. Semuanya kerana Zanirah takut hendak berhadapan dengan ayahnya. Zanirah telah melakukan kesilapan. Iaitu terlalu berharap kepada ayahnya. Jadi sepanjang 3 bulan itu, Zanirah cuba hidup berdikari.

Berpandukan kisan dan pengalaman ayahnya, Zanirah menjadi kuat. Semangatnya kuat.

Dia sedar bahawa dia beruntung kerana memiliki seorang ayah yang hebat. Walaupun ada banyak lagi kisah yang meruntun hati Zanirah tentang ayahnya, Zanirah mengerti bahawa ayah sangat kuat semangat.

Zanirah sedar ayahnya selalu juga diburukkan namanya di khalayak ramai oleh neneknya sendiri. Tetapi Zanirah tahu ayahnya sudah lali. Sudah tidak kisah. Oleh sebab itu, hidup ayahnya semakin senang kerana apa sahaja fitnah, tuduhan yang ayah terima semuanya tidak memberi kesan kepada emosi ayah. Malah ianya merupakan satu kelebihan untuk ayah supaya berani untuk hidup sendiri.

"Assalamualaikum ayah!" Zanirah masuk lalu memeluk ayahnya seerat-eratnya.

"Waalaikumusalam. Ayah ingat anak ayah ni tak nak balik dah. Merajuk lagi ke?" Ayah menyoal. Ayah tak pernah tersinggung dengan perilaku Zanirah.

"Zanirah nak mintak maaf dengan ayah. Zanirah memang hilang akal. Zanirah tak bermaksud nak lukakan hati ayah." Zanirah mengucup tangan ayah. Ayah hanya trsenyum..

Seperti biasa, kepala Zanirah diusap. Zanirah mahu menangis.

"Ayah.... macam mana ayah boleh tabah ye selama ni?" Ayah mengelap air mata Zanirah.

"Senang je. Sabar, berdoa, dan usaha. Anggaplah semua masalah tu hanyalah permainan yang perlu diselesaikan. Jangan lari daripada masalah." Zanirah mengangguk. Lalu pelukan Zanirah dieratkan lagi. Terasa rindu kepada ayahnya.

Ayahnya betul-betul memberikan dia semangat untuk terus hidup.

Sebenarnya kesilapan Zanirah ialah dia cuba untuk  membunuh diri kerana orang ramai menghina dan memfitnahnya. Zanirah tidak tahan dengan tekanan yang dia hadapi. Dia menjadi tertekan.

 Ketika itu keadaan Zanirah tinggal nyawa-nyawa ikan. Tetapi, ayahnya mendapat tahu. Zanirah mengkelar tangannya. Ayah sempat membawa Zanirah ke hospital.

Sebaik sahaja Zanirah pulih dan stabil. Ayah menasihati Zanirah.

Tetapi Zanirah mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada ayahnya kerana dia tidak berpuas hati. Dia berpendapat ayahnya hanya menyalahkannya seorang. Sedangkan, punca dia bertindak sedemikian adalah kerana orang ramai.

Tetapi, Alhamdulillah. Sepanjang Zanirah menghilangkan diri, Zanirah mendapat petunjuk daripada Allah SWT bahawa dia perlu bertaubat. Zanirah sedar bahawa tindakan bodohnya itu bukanlah jalan penyelesaian. Dia mengaku bahawa nasihat ayahnya sangat betul!

Akhirnya, Zanirah memperbaiki dirinya sepanjang dia meghilangkan diri itu. Dia selalu bermuhasabah diri. Lebih-lebih lagi apabila dia selalu terkenangkan kisah hidup ayahnya yang lebih sukar daripada hidupnya.

Dia bersyukur kerana memiliki seorang ayah yang hebat. Dia menyesal kerana menyusahkan ayahnya. Dia tahu, dahulu imannya tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan dia lupa hukum hakam.

Berkat doa ayahnya, Zanirah kembali ke jalan yang betul. Zanirah semakin rajin mendekatkan diri kepada Ilahi. Ayahnya menjadi sumber inspirasi.

Zanirah tidak tahu sejak bila dia mula suka dan selesa dengan kehidupannya kini.

Apa yang dia tahu, dia berazam untuk tidak lagi mengecewakan ayahnya lagi. Dia akan berusaha untuk sentiasa menjaga hati ayahnya. Dia akan berusaha mengikut nasihat dan tunjuk ajar ayahnya.

Zanirah berbangga kerana dia memiliki ayah yang memahami dirinya. Ayah begitu sabar dengan kerenah Zanirah yang  selalu menyusahkan ayahnya.


"Ayah.... ayahlah lelaki yang paling kakak sayang" Air mata Zanirah mengalir deras. Ayah hanya tersenyum. Ayah memujuk Zanirah agar tidak menangis lagi.

Akhirnya, kehidupan ayah dan Zanirah kembali seperti biasa. Zanirah menjadi anak yang paling ikhlas menjaga hati ayahnya. Dia berusaha menjadi anak yang solehah.

-THE END-


Merepek? Tak kesahlah... janji aku puas hati... Tata... Assalamualaikum ^^

Labels:



Monday 22 April 2013 • 12:25 • 1 Sweet hearts




^.^

Flashback~

"Eh... Awak. Maaf. Ini phone awak. Ada orang call." Sabrina memandang lelaki itu. Kemudian matanya beralih memandang telefon bimbitnya. 'Nasib baik vibrate je. Kalau tak aku dah kena halau daripada library ni.'. Dia mengambil telefon bimbitnya.

"Owh. Terima kasih." Lelaki itu hanya tersenyum. Lalu dia bergerak keluar daripada perpustakaan KPTM yang serba lengkap itu.

'Pelik. Comel jugak encik tu.. Macam Lee Jong Suk...'

Sabrina keluar daripada perpustakaan. Lalu dia membuat panggilan telefon kepada si pemanggil yang sebentar tadi tidak sempat dijawab panggilan phone-nya.


^.^

Bukan flashback~ (Hehe... pening ke?)

Do you ever feel like breaking down?  
Do you ever feel out of place?  
Like somehow you just don't belong  
And no one understands you
Do you ever want to run away?  

Do you lock yourself in your room?  
With the radio on turned up so loud  
That no one hears you screaming
 
No you don't know what it's like  

When nothing feels alright  
You don't know what it's like  
To be like me...


Lagu Simple Plan memekakkan telinga...

Di satu sudut...
'Macam mana aku nak buat ni? Mampos kalau mereka-mereka tahu. Kantoi nanti. Tak pon perang dunia. Hmm... Susah..susah.. Kena ada back up plan ni!' Hatinya menjerit. Buntu dengan masalah yang sudah lama dia fikirkan jalan penyelesaian. Dah berbulan-bulan dia fikir. Satu idea pon tak masuk. 

Lagi lama dia biarkan, macam-macam masalah pulak yang datang. Sekarang masalah semakin rumit! Semakin teruk!

Dia kembali menyiapkan kerja. Matanya tidak boleh fokus membaca lagi. Ingat senang sangatlah jadi pekerja yang bekelulusan ijazah dalam bidang Computer Science. Huhu... Sakit kepala. Adoi. Nak buat macam mana... nak cari rezeki. Kenalah bersusah-susah dahulu. Kan?

Rumah itu sepi. Tiada sebarang aktiviti yang memekakkan telinga seperti selalu. Dia hanya bersendiri. 

'Esok nak kena jumpa dengan pak cik Mi. Apa aku nak cakap eh? Huhu.' Fikirannya ligat berfikir tentang hari esok. Hari di mana, dia akan berbincang dengan bakal bapa mertuanya! Kompem ada test! Huhu...

Dia menguap... Laptop dimatikan....

Dia menghempaskan badannya ke atas katil....Akhirnya dia terlelap...


^.^

"Selamat Pagi!" Ikmal menjerit kuat. Dia berjaya menyedarkan Azham yang masih berat matanya. Khaliq pula sibuk menyediakan sarapan. Hailaaa... Memang bab makanan selalunya Khaliq yang bertanggungjawab. Nak diharapkan yang lagi dua tu, memang kebulurlah masing-masing.

"Assalamualaikum. Bukan pagi je yang selamat. Kita pon selamat dan sejahtera." Khaliq menegur Ikmal.

Ikmal menggaru-garu kepalanya. Lalu dia membalas kata Khaliq.

"Eheh.. Sory bos."

"Macam kenal pulak dialog yang korang cakap tadi." Azham yang baru lepas menguap bersuara.

"Memang pon. Kan tu dialog iklan dalam Sinar FM, radio kegemaran kau Azham oii.." Ikmal membalas. Khaliq hanya menggeleng.

"Owh.. Iyelah. Patutlah. Haha." Mereka bertiga ketawa. Khaliq yang telah siap menggoreng telur mata kerbau meletakkan makanan tersebut di atas meja.

Ikmal dan Azham pula menyusun pinggan dan cawan. Walaupun budak berdua tu 'slow like a sloth' dalam bidang masak-memasak ni... setidak-tidaknya diorang tahu nak menolong Khaliq yang sememangnya bukan calang-calang orang dalam bidang memasak!

Akhirnya nasi lemak yang dimasak oleh Khaliq itu menjadi santapan mereka bertiga di pagi Sabtu itu.

Salah seorang di antara mereka bertiga, walaupun raut wajahnya nampak tenang, namun di hati resah gelisah. Dia berdebar-debar hendak ke rumah 'Pak Cik'nya. Huhu.


^.^

"Ha... Sampai pun bakal menantu pak cik ni." Pak Cik Mi menyapa lelaki yang wajahnya seiras Lee Jong Suk yang merupakan pelakon di dalam sebuah drama korea suatu ketika dahulu.

"Assalamualaikum Pak Cik." Dia menyalami tangan bakal bapa mertuanya.

"Waalaikumusalam. Duduklah."

'Tak sangka Pak cik Mi nak jumpa aku dekat cafe depan pejabat aku. Ingatkan nak jumpa dekat rumah je. Huhu... Terharu.' Dia membebel di dalam hati. Ye lah, siapa tak terharu... Malam tadi dia baru teringat yang dia bekerja pada hari Sabtu. Baru nak mintak cuti hari ni,,, Alih-alih, Pak Cik Mi nak jumpa dekat tempat dia bekerja.  Selamat...

"Jadi... kiranya kalau Pak Cik nak satukan kamu dengan anak Pak Cik... kamu setuju?" Pak Cik Mi menyoal. Sangat berterus-terang tanpa belok-belok...

'Kesian budak ni. Mak bapak dah tak ada. Terpaksa masuk meminang sendiri. Bagus..bagus.' Hati Pak Cik Mi memuji keberanian lelaki muda itu untuk berterus terang dengannya beberapa bulan yang lalu.

"Kalau Pak Cik izinkan saya untuk menjadikan anak Pak Cik, Sabrina sebagai isteri saya... Saya setuju. Sekiranya tidak.. saya redha" Khaliq tersenyum. Akhirnya, ayat yang keluar daripada mulutnya tidak sama dengan dialog yang di hafal semalaman. Ayat yang lahir daripada mulutnya tadi datang daripada hatinya tanpa dia sedari.

"Macam ni lah. Eloklah kalau kamu dengan Sabrina kahwin cepat-cepat. Sebabnya dua minggu yang lepas, ada dua keluarga datang nak masuk meminang anak dara Pak Cik tu. Kamu jangan risau ye Aliq... Pak Cik tak berkenan dengan budak berdua tu pun." Pak Cik Mi yang merupakan ayah kepada Sabrina menepuk bahu Khaliq. Yang bermaksud Khaliq akan disatukan dengan Sabrina tanpa sebarang halangan.

'Huhu.. Pak Cik... Saya tahu siapa budak berdua tu. Masalahnya macam mana saya nak terangkan dekat mereka berdua? Huhu' Hati Khaliq menangis.

"Err.. Pak Cik... " Khaliq teragak-agak hendak berkata.

"Ye? Ada masalah?" Pak Cik Mi meneguk kopi yang dia pesan sebentar tadi.

"Saya ada satu masalah lah pak cik." Khaliq berterus terang.

"Aik? Masalah apa? Kewangan? Kalau pasal kewa..." Belum sempat Pak Cik Mi mengabiskan kata-katanya. Khaliq terlebih dahulu memotong.

"Eh.. bukan masalah kewangan.. Bab tu saya stabil.. In Sha Allah..." Khaliq hanya tersenyum.

"Saya ada masalah yang lebih rumit daripada masalah kewangan. Ini masalah yang melibatkan hubungan sesama insan." Khaliq menunjukkan muka resah. Pak Cik Mi memahami. Dia menanti Khaliq menyambung kata-katanya.

"Masalahnya.... budak berdua yang datang masuk meminang Sabrina hari tu... Sebenarnya...." Khaliq berjeda bebrapa saat.  Kemudian dia menyambung semula ayatnya......

"...Sebenarnya... housemate saya." Khaliq meraup wajahnya. Terasa beban yang sekian lama dia simpan sendiri menjadi sedikit ringan selepas di luahkan.

Pak Cik Mi sedikit tersentap.

'Tak sangka... Anak dara aku jadi rebutan.' Tiba-tiba hati Pak Cik Mi sedikit bangga.

"Emm... macam ni lah Aliq... Pak Cik ada cadangan... Apa kata..." Akhirnya Khaliq menjadi sedikit lega apabila Pak Cik Mi memahami situasinya. Mereka berdua bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang satu itu.

Syukur...

^.^

'Hmm.. apa aku nak buat ni eh? Taktik baru....' Ikmal mundar mandi di dalam bilik tidurnya. Tidak cukup dengan itu, di ke ruangtamu pula. Dia buntu memikirkan teknik mengambil hati Sabrina. 7 kali dia cuba taktik yang berbeza-beza, penghabisannya Sabrina menolak dirinya.

Jawapan yang diberikan oleh Sabrina ialah... 'Maaf, saya dah berpunya. Please jangan ganggu saya lagi.'

Walaupun sudah 7 kali Sabrina mengulang ayat yang sama... Ikmal tetap tidak percaya. 'Mana bukti yang dia dah berpunya? Dia dah bertunang ke? Rasanya belum.' Ikmal menidakkan kenyataan Sabrina.

Sementara.... Azham  juga sedang berkerut-kerut dahinya memikirkan strategi baru. Dia turut menerima nasib yang sama seperti Ikmal. Dia  di tolak mentah-mentah. Cuma, untuk Azham, ada sedikit tambahan ayat daripada Sabrina... iaitu.. 'Lagipun saya tak kenal awak.'. Wow... ayat yang menyebabkan Azham makan dalam. Huhu..

Tidak lama kemudian...

"Argh! Serabut!" Akhirnya Ikmal dan Azham menjerit kuat. Khaliq yang baru sahaja membuka pintu rumah, terkebil-kebil apabila mendengar jeritan daripada kedua-dua sahabatnya itu.

'Apehal pulak tu?' Khaliq meletakkan gugusan kunci itu di atas meja. Dia berjalan menuju ke ruang tamu.

"Weah.. korang. Dah makan ke belum ni? Kenapa menjerit tadi?" Khaliq membuka butang baju kameja hitam-nya yang begitu melemaskan itu. Kesian betul, hari Sabtu pun kena kerja. Huhu. Tapi tak apa, Khaliq dah biasa.

"Belum. Tak selera." Ikmal menjawab.

"Malas nak makan." Azham pula memberikan jawapan.

Khaliq hanya menggeleng kepala. Dia kemudian berjalan menuju ke dapur. Baju kamejanya di masukkan ke dalam mesin basuh. Badannya terasa melekit.

Bukannya dia tidak tahu mengapa budak berdua tu jadi macam tu... Mana pernah budak berdua tu tolak nak makan. Itu semua tipu belaka.

Tengoklah nanti, lepas dapur rumah tu berasap, kompem budak berdua tu datang ke dapur dan bertanya... 'Aliq, kau masak apa ni?' , tak pun 'Aliq, kenapa makanan yang kau masak ni kuat sangat baunya?'. Kesimpulannya, kedua-dua ayat tersebut, membawa maksud... 'Kami lapar. Nak makan sekali boleh?'.

Khaliq yang sudah tidak berbaju itu, mencapai tuala, dia menuju ke bilik air. Untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, pintu tandas dibuka. Khaliq menuju ke ruangtamu. Kelihatan kedua-dua sahabatnya tertidur. Ikmal dah lena atas sofa. Manakala, Azham terbongkang atas lantai.

Agaknya letih sangat kut berperang dengan diri sendiri.

'Patutlah sunyi sepi. Tidur rupanya kanak-kanak ni.' Khaliq melangkah mendekati mereka berdua. Dia mengejutkan kedua-duanya.

"Weah.. Lu dah solat ke belum ni? Bangun...bangun." Itulah ayat untuk mengejutkan mereka berdua daripada lena.

Akhirnya, Khaliq berjaya menyedarkan kedua-duanya daripada lena. Mereka bertiga solat berjemaah.


^.^

Sabrina sedang membasuh pinggan mangkuk yang telah penuh di dalam singki tanpa sebarang bunyi.

Ayahnya masuk ke dapur.

"Kakak..... buatkan ayah Kopi.. hantar dekat depan ye." Sabrina mengagguk. Akur.

Selang beberapa minit....

"Nah.. ni kopinya ayah." Selesai melaksanakan tugasnya, Sabrina hendak melangkah ke dapur semula. Namun langkahnya mati apabila ayahnya bersuara.

"Kakak.. duduk sekejap. Ayah ada benda nak bincang." Wajah Pak Cik Mi kelihatan tegas. Sabrina mula cuak.

'Ada apa ni? Aku ada buat salah ke? Tak pun....Eh! Takkanlah ayah tahu yang budak berdua tu sibuk nak ngorat aku?'

Sabrina melabuhkan punggunya di sofa panjang berdekatan dengan kerusi malas yang sedang diduduki oleh ayahnya.

"Kakak... kakak kenal dengan Khaliq?" Pak Cik Mi memulakan bicara.

'Khaliq? Khaliq senior masa aku belajar dulu tu ke? Seingat aku, dia tu jelah Khaliq yang aku kenal pun... Khaliq mana yang ayah maksudkan ni?'

"Khaliq... yang sama-sama belajar dekat KPTM dengan kakak tu lah." Pak Cik Mi memberitahu. Nampak jelas kerutan di wajah anak daranya itu.

'Aik? Ayah ni boleh baca fikiran orang ke?'

"Hmm.. membebel apa dalam hati tu? Ayah tanya ni, kenapa tak jawab?" Pak Cik Mi menggeleng kepala.

'Ish... Seram pulak dengan ayah ni. Betul ke ayah boleh baca fikiran Sab ni? Huhu.'

"Owh, Khaliq tu... Kenal lah jugak. Kenapa dengan dia?" Gila lah! Khaliq yang muka macam Lee Jong Suk tu mestilah aku kenal! Haha... Aku kan peminat dia! hoho...

"Baguslah kalau macam tu. Ayah ingat nak buat dia jadi menantu ayah." Lancar sahaja mulut Pak Cik Mi menyatakan hasrat yang sebenar.

Sabrina pua tercengang. Degupan jantung berdetak dengan laju. Darah pula sedang  meluncur laju di dalam saluran darah. Nafas sudah tidak teratur.

Sabrina tidak tahu hendak membalas kata-kata ayanhnya. Dia juga mengalami masalah untuk memberikan reaksi. Namun, wajahnya jelas kelihatan pucat.

'A...aku... salah dengar ke?' Sabrina menelan liur.

"Haa... kakak... Dah kenapa pulak muka tu pucat? Kenapa? Tak setuju ke?"

Sabrina terus mengangguk laju. 'Eh! Sab setujulah ayah!' Namun, ayat itu hanya di dalam hati. Sabrina gembira bukan kepalang! Terasa seperti terbang di awangan! Terasa bahagia kerana dia bakal menjadi milik kepada putera impian. Yeay!

"Amboi... Lajunya angguk. Tak malu rupanya anak ayah ni ye." Pak Cik Mi yang sudah bangun itu hanya menggosok kepala anaknya.

Sabrina kebungkaman.

Setelah ayahnya berlalu pergi... Dia menepuk perlahan kepalanya sambil berkata, "Aduh Sab! Kenapalah kau ni gatal sangat? Kan dah kantoi! Huhu."


^.^

Selang beberapa hari...

'Alright! Masa untuk menjalankan misi!' Khaliq memberikan semangat kepada dirinya semasa dia berdiri di hadapan cermin.

Khaliq keluar daripada biliknya. Dia sabar menunggu kepulangan Ikmal dan Azham.

'Hmm... tengok tv dulu lah.' Televisyen dihidupkan. Khaliq melayan cerita kegemarannya, 'School'. Khaliq terlalu suka dengan cerita korea tersebut sehingga dia sanggup membeli CD untuk cerita tersebut. Nak kata dia ni peminat cerita-cerita Korea, tak ada pon. Dia mana kenal cerita korea selain daripada cerita 'School' tu. Huhu...

Owh ye! Sebenarnya, Khaliq gemar dengan cerita tersebut adalah kerana dia pernah terbaca di dalam blog Sabrina semasa mereka belajar dahulu! Sabrina menyatakan wajahnya seiras dengan seorang pelakon di dalam cerita tersebut! Jadi, alasan itulah yang telah mendorong dirinya untuk meminati cerita korea yang satu itu. Huhu....

Hey... Ingat Ikmal je ke yang ushar blog Sab? Khaliq pon sama. Yang bagusnya, Ikmal langsung tak perasan bahawa nama Khaliq pernah menjadi topik di dalam entri untuk blog Sabrina. Hehe... Memanglah Ikmal tak perasan, sebab Sabrina guna nama glamor Khaliq semasa dia masih bergelar pelajar di KPTM, iaitu 'Senior Kapista'.

Asal bagi gelaran 'Senior Kapista' adalah daripada pensyarahnya sendiri. Sebabnya semasa semester pertama, Khaliq teramatlah nakal dan jahat terhadap pensyarahnya itu. Mujurlah pensyarahnya itu seorang yang penyabar. Walaupun pada ketika itu Khaliq sangat kapista, dia tetap juga membantu pensyarahnya itu. Dia sengaja mahu mengusik pensyarahnya kerana pensyarahnya itu merupakan kakak tirinya.

Pada ketika itu, Khaliq tidak menyangka yang dia akan bertemu semula dengan kakak tirinya selepas mereka terpisah kerana ayah dan ibu tirinya meninggal di dalam kemalangan.

Semasa ibu tiri dan ayah Khaliq masih ada, dia selalu juga mengamalkan perangai kapistanya terhadap kakak tirinya itu. Tetapi Khaliq masih lagi menghormati kakak tirinya itu. Dia kapista kepada insan itu kerana kakak tirinya itu terlalulah lemah orangnya. Tidak tahu hendak mempertahankan dirinya sendiri.

Namun, di akhir cerita kakak tirinya semakin pandai mempertahankan diri dek kerana perbuatan kapista Khaliq yang sedikit sebanyak telah menguatkan semangatnya.  Jadi, Khaliq tak adalah nak kapista sangat dengan dengan Kak Ila. Dia cuma mahu mengajar kakak tirinya itu supaya tidak terlalu lemah semangatnya.

Jadi, itulah kisah asal usulnya gelaran 'Senior Kapista'! (Kapista-Jahat)

Kemudian, Ikmal dan Azham pulang ke rumah serentak. Mereka sejak tadi memandang Khaliq yang terleka menonton cerita kegemarannya. Ops... silap, dia bukan menonton tetapi mengelamun.

"Assalamualaikum Ya Khaliq. Kenapa kau nak kami balik awal ni?" Ikmal terus merampas alat kawalan jauh daripada tangan Khaliq yang baru sahaja tersedar daripada mengalamun. Ikmal mengambil pula bantal kecil yang elok terletak di atas sofa. Dia berbaring di hadapan televisyen. Siaran ditukar.

Azham pula mencapai pemotong kuku, dia memotong kukunya yang semakin panjang. Nasib baik bersih.

"Owh... Aku ada benda nak settle dengan korang kejap lagi. So, aku nak mintak korang untuk pakai baju Melayu kejap lagi. Ikut aku pergi satu tempat."

Serta merta... Krik..krik..krik... Aktiviti Ikmal dan Azham terhenti.

"Er...... Apa jadahnya nak kena pakai baju Melayu? Apa kau nak ajak kami pergi kenduri kahwin kah?" Azham bersuara. Pelik dengan permintaan Khaliq. Ikmal dan Azham saling berbalas pandangan.

"Ikut jelah. Okey? Aku nak siap dulu. Cepat sikit siap. Sebab hal ni penting sangat." Khaliq bangun, meninggalkan sahabatnya.

'Jangan terkejut beruk sudah. Huhu' Sempat lagi Khaliq berharap.


^.^

"Er... kenapa kita pergi masjid? Zohor kan dah lepas? Nak tengok ceramah ke? Kalau nak tengok ceramah.. kenapa tak cakap awal-awal... Kalau tak aku dah bawak buku nota. Ish..." Ikmal merengek. Dia tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan yang mereka akan mendengar ceramah.

"Ish.. kau ni... Bukan nak dengar ceramah. Tu.. cuba tengok. Kau rasa ada apa?" Khaliq menunjukkan mereka berdua orang ramai yang baju mereka hampir sama warnanya. Ye... warna baju tu hampir sama dengan baju Khaliq. Bezanya. Baju Khaliq lebih menyerlah.

'Kejap! Kenapa aku perasan baju Khaliq ni macam baju.... err..... ' Ikmal memandang Khaliq dari atas hingga bawah. Dia berfikir...

Akhirnya mereka bertiga berhenti di hadapan  pintu masjid. Orang ramai sudah masuk ke dalam. Tinggal mereka bertiga sahaja yang masih ada di luar.

Khaliq akhirnya... Menarik tangan kedua-dua rakannya. Mereka bertiga saling berpandangan.

Khaliq menarik nafas sedalam-dalamnya. Lalu dihembuskan dengan perlahan. Supaya debaran di hati menjadi tenang.

Ikmal dan Azham menanti Khaliq memulakan bicara. Tangan dilepaskan.

"Er... korang..." Khaliq membetulkan suaranya...

"Sebenarnya... Aku nak menikah hari ni." Khaliq memberitahu cerita sebenarnya.

"Apa lu cakap?! Cicak kobeng lah kau! Lain kali kasi tahu awal-awal lah der! Adoi. Lu bikin gua terkezut ma!" Ikmal tersenyum lalu menepuk-nepuk bahu Khaliq tanda dia gembira dan senang mendengar berita yang tidak di sangka-sangka itu. Namun, wajah Khaliq kelihatan tawar. (Pale? Pucat...Heh)

"Aik... Aliq? Kenapa kau nampak macam tak gumbira? Bukan ke sepatutnya.. sepatutnyalah.. kau gembira?" Azham perasan dengan air muka Khaliq yang tidak menunjukkan riak kegembiraan.

"Ke kau kena kahwin paksa? Atau perempuan yang bakal jadi isteri kau tu bukan pilihan kau?" Ikmal pulak menyoal.

"Weh korang. Aku sebenarnya keberatan nak bagitahu korang. Sebab aku takut korang benci dengan aku lepas ni." Khaliq sekali menggenggam lengan kedua-dua sahabatnya.

Ikmal dan Azham menunjukkan riak tidak mengerti.

"Tak faham? Keberatan nak bagitahu apa ni?" Kening Azham ternaik sedikit.

"Listen carefully. Ehem..ehem.. Bismillahirrahmanirrahim.." Khaliq sekali lagi mengela nafas. Ikmal dan Azham sabar menanti.

"Sebenarnya... aku akan berkahwin dengan Sabrina. Perempuan yang korang gaduhkan tu. Aku...aku.. mintak maaf sangat... Aku memang dah lama nak bagitahu... Aku nak bagitahu masa hari yang korang masuk meminang Sabrina. Masa tu aku ingat nak kasi tahu Ikmal je. Sebab aku tahu Ikmal memang dah lama minat dekat Sabrina. Tapi, aku terkejut masa tu. Sebab kau, Azham dengan Ikmal sama-sama nak masuk meminang Sabrina masa hari yang sama. Sumpah aku memang terkejut yang korang sebenarnya nak masuk meminang Sabrina." Khaliq berhenti bercerita. Dia menundukkan wajahnya.

Ikmal dan Azham... hanya mengeluh. Tidak tahu hendak marah atau bersimpati.

Kemudian, Ikmal menepuk perlahan bahu Khaliq.

"Bro, sebenarnya kau dah lama suka dekat Sab ke? Patutlah senang sangat kau dapat semua butiran pasal Sab hari tu." Ikmal cuba mengawal perasaannya yang sedang bercampur aduk itu. Dia perlu berfikiran positif. Member nak mendirikan masjid beb... Takkan nak marah-marah? Bunga bukan sekuntum. Chill sudah.

Khaliq hanya mengangguk.

Giliran Azham bersuara.

"Aliq... Hmm... Macam mana aku nak cakap eh. Okey...okey... Aku dah lama kawan dengan kau. Aku .. aku.... " Dia berjeda. 'Ya Allah, tabahkanlah hati ku. Janganlah Engkau biarkan aku memusuhi sahabatku sendiri.' Azham berdoa.

Dia menyambung ayatnya... "... aku redha kalau jodoh aku dengan Sabrina tak ada. So, kau tak perlu takut. Aku sokong kau untuk jadi suami untuk Sabrina. Mungkin kau lebih sesuai untuk Sabrina. Buktinya, kau lebih matang daripada kami berdua. Mungkin kau jodoh yang terbaik untuk Sabrina."

Ikmal hanya mengiyakan kata-kata Azham sebentr tadi. Entah mengapa, hati mereka menjadi lembut untuk menerima kenyataan itu.

Khaliq menjadi sedikit lega. Akhirnya mereka bersama-sama berpelukan. Air mata Khaliq mula menitis. Dia terharu dengan keteguhan ikatan persahabatan di antara mereka bertiga.

"Tapikan bro. Ada syarat." Ikmal memandang Azham. Mereka berdua mengangguk sambil tersenyum.

"Apa dia?"

"Jaga crush kitorang baik-baik. Jangan lukakan hati dia eh?" Mereka bertiga ketawa.

Pak Cik Mi yang sedari tadi hanya memerhati. Keluar daripada tempat persembunyian. Dia menepuk bahu Khaliq.

"Dah selesai. Jom, masuk... Majlis dah nak bermula." Pak Cik Mi menghadiahkan senyuman kepada ketiga-tiga anak muda itu.

Ikmal, Khaliq dan Azham menyalami Pak Cik Mi.

Akhirnya , majlis berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah berlaku. Semua yang hadir gembira melihat majlis yang sangat bermakna itu. Majlis di mana dua insan disatukan dengan keredhaan Allah. In Sha Allah.

Sabrina sah menjadi isteri kepada putara idamannya, Khaliq. Menitis juga air mata Sabrina. Terharu. Rupanya selama ni dia tidaklah bertepuk sebelah tangan.

Siapa kata, kalau kita terlalu bencikan seseorang itu, orang yang kita benci tu jadi milik kita? Hey... jodoh tu rahsia Allah.

Jadi, berdoalah agar kita ditemukan dengan jodoh yang sesuai dengan kita. Okey?


^.^

Jadi, setelah setahun berlalu. Khaliq tidak lagi tinggal serumah dengan Azham dan Ikmal. Namun, mereka tetap bertemu. Masih lagi utuh hubungan persahabatan mereka seperti selalu.

Sabrina pula semakin tembam. Khaliq selalu mencubit pipi Sabrina yang tembam dan gebu itu. Maklumlah, orang sedang berbadan dua ni memang kiut miut. Ecece... Dengar cerita nak dapat kembar... Wah! Murah rezeki! Ececece...

Semenjak Sabrina mengandung, banyak pantang larang si Khaliq. Dah mengalahkan doktor dan bidan pulak gayanya. Nasib baiklah Sabrina ni isteri yang taat. Untung Sabrina, dapat suami yang caring, pandai memasak dan protactive. Hehe.. Dan semestinya romantik! Haha...

Yang bagusnya, lepas sahaja sebulan lebih majlis perkahwinan Khaliq dengan Sabrina berlangsung... Ikmal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya sendiri yang dia kenali di pejabat. Manis orangnya.  Namanya, Sabrina jugak... Haha..... Jangan salah faham, bini Okmal tu bukan bini Khaliq. Nama je sama. Orang lain-lain ye. Harap maklum. Hehe.

Manakala, Azham pula baru sahaja bertunang dengan gadis yang selalu dia benci suatu ketika dahulu... Iaitu, Fiya. Gadis yang pernah mendapat gelaran daripada Azham dan Ikmal semasa di sekolah menengah iaitu "Minah Laser'.

See.. kan dah kata, jodoh itu rahsia Allah.

Kerja kita sekarang ni, berusaha untuk memperbaiki diri agar sentiasa menjadi hamba yang baik kepada Allah SWT dan berdoa agar kita ditemukan dengan jodoh yang sesuai dengan kita. Supaya kita dan pasangan kita dapat melahirkan baitul Muslim. Supaya generasi akan datang adalah generasi yang kuat iman dan taqwanya serta mampu membangunkan agama Islam agar berdiri teguh seperti zaman kegemilangannya dahulu. Di mana, orang Islam sangat kuat agamanya dan sentiasa taat kepada perintah Allah dan rasulnya.

Semoga kita menjadi hamba yang baik disisi-Nya. Amin.. In Sha Allah.

THE END.



^.^

- So, itulah kisahnya. Jadi... CC kepada Sabrina (N2)... This story utk you.. okey? And, sorry sebab jalan cerita yang sedikit tunggang-langgang. And... terima kasih kerana sudi membaca karya ku yang tidak seberapa ini. TQ.. Assalamualaikum. May Allah Bless you.-


Labels:



Follow or leave ?

Chatting Here


Don't use harsh word
Put your blog url

SHOUTBOX CODE HERE
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: